Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 500 g kerang lala(dengan kulit)

  • 2 sudu besar udang kering(direndam dan ditapis)

  • 5 g daun kari

  • 5 biji bawang merah

  • 6 biji cili padi(cili mata burung)

  • 1 sudu besar serbuk kari

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu besar kicap soya

  • 1 sudu kecil karamel masakan(boleh diganti dengan 1 sudu kecil kicap manis)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Lala Kam Heong

{{totalReview}}
‘Kam heong’ bermaksud harum keemasan. Hidangan lala yang harum dan pedas ini wajib dicuba untuk penggemar makanan laut!
  • Mudah
  • 45 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 20 min
  • 15 min

Lala Tumis Wangi & Pedas

Siapa sangka hidangan yang biasanya dimasak oleh chef profesional, sebenarnya sangat mudah untuk disediakan di rumah? Dikenali juga sebagai Lala Wangi Keemasan, hidangan ini menggunakan teknik tumisan Kam Heong. Kaedah masakan ini memanfaatkan bahan-bahan dari kebanyakan masakan Asia. Gabungan pelbagai jenis bahan dengan karakter perisa berbeza, tidak hairanlah hidangan sangat lazat.

Teknik tumis Kam Heong, atau pun apa cara tumisan sekali pun, merupakan cara memasak yang terkenal disebabkan beberapa faktor. Salah satunya adalah ianya hidangan satu periuk. Hanya perlu panaskan minyak, campak semua bahan-bahan ke dalam periuk dan siap! Anda dah berjaya siapkan satu hidangan ringkas dan mudah tanpa sebarang masalah. Biasa digunakan dalam masakan Asia, menumis adalah kaedah memasak yang selamat walaupun untuk chef junior. Jadi keluarkan periuk atau kuali anda dan bersiap sedia untuk mula masa resipi mudah yang melibatkan kaedah memasak cerdik ini!

Lala segar mengeluarkan rasa manis semula jadi yang sebati dengan rasa sos Kam Heong yang pedas dan enak. Diperbuat dengan daun kari, serbuk kari, sos tiram, kicap soya, udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili padi, bahan-bahan dalam Sos Kam Heong boleh diubah mengikut selera anda. Sos asas yang ringkas dan versatil membolehkan bahan-bahan lain menyerlah tanpa mengganggu perisa dan tekstur lain. Bukan itu sahaja, protein utama yang digabungkan dalam sos lazat ini juga boleh digantikan dengan makanan laut lain dan juga ayam.

Sama seperti namanya, lala adalah bintang utama dalam Lala Kam Heong. Lala boleh jadi mencabar untuk dimasak buat pertama kali. Macam mana nak pastikan lala masak sepenuhnya? Memasak lala merupakan proses yang pantas di mana lala biasanya dimasukkan ke dalam hidangan sebelum dialihkan daripada api. Dalam resipi ini, lala dimasukkan dalam langkah terakhir. Motifnya adalah untuk mengelakkan daripada lala terlebih masak dan mempunyai tekstur liat. Bila kulit lala mula terbuka, itu tandanya lala telah masak. Buang lala jika ada beberapa yang kulitnya tidak terbuka, kerana ia bermaksud lala itu tidak segar dan akan mengganggu keseluruhan rasa segar hidangan.

Pertama kali mahu cuba memasak hidangan beraroma dengan sos tradisional Kam Heong? Jangan risau -anda boleh dapatkan beberapa tip dengan membaca ruangan soalan sering ditanya di bawah dan dapatkan panduan untuk menghasilkan lala tumis gaya Kam Heong.

Soalan Sering Ditanya tentang Lala Kam Heong

1. Bolehkah saya buatkan sos Kam Heong jadi lebih pekat?

Ada orang gemarkan sos pekat yang akan melekat di celah-celah kulit dan isi lala. Anda hanya perlu tambah campuran tepung jagung dan air ke dalam kuali semasa menumis. Pastikan campuran itu ditambah masuk perlahan-lahan dan kacau dengan sebati setiap kali campuran tepung dituangkan - anda juga mesti mahukan sos meresap masuk ke dalam nasi bila menikmatinya dengan gaya zi char.

2. Bolehkah saya masak dahulu lala sebelum dimasukkan ke dalam sos?

Boleh! Ada orang yang lebih suka membersihkan lala dalam air panas untuk membuang kotoran yang mungkin terperangkap di dalam dan sekeliling kulit lala. Selepas lala dicuci, tapis dan celur di dalam air mendidih, kemudian tapis lagi sekali dan ketepikan sehingga sedia untuk dimasukkan ke dalam sos.

3. Bolehkah saya simpan Lala Kam Heong dalam peti sejuk dan panaskan semula keesokan hari?

Semestinya! Tak kisah sama ada lebihan atau baru dimasak, simpan lauk kegemaran keluarga ini dalam bekas kedap udara untuk didinginkan. Sos akan menjadi lebih pekat bila ditinggalkan dalam peti sejuk semalam, jadi anda perlu tambahkan sedikit air bila ia dipanaskan semula.

Tip & Petua untuk Menghidangkan Satu Pinggan Lala Kam Heong yang Pedas

1. Sediakan beberapa bahan-bahan lebih awal: Seperti kebiasaan, makanan laut perlu direndam dalam air sebelum dimasak. Teknik ini akan melembutkan isi dan membolehkan perisa meresap masuk bila dimasak dalam kuali panas.

2. Tambah sedikit perahan jus lemon atau limau: sedikit sitrus yang ditambah boleh meningkat rasa hidangan ke peringkat yang lebih tinggi. Jus daripada buah ini akan menyelinap masuk ke dalam perisa sos tiram dan memberikan rasa segar pada deria anda.

3. Eksperimen dengan bahan-bahan lain: Seperti yang dikatakan, sumber protein lain seperti udang atau ayam boleh digunakan selain lala. Bahan-bahan untuk menghasilkan sos juga boleh diganti. Penggunaan pes kacang soya yang diawet berbanding kicap soya, akan membuatkan bau hidangan lebih beraroma dan lebih berperisa.

Resipi: Cara Menyediakan Lala Kam Heong

Cara Penyediaan

  1. Buat pes rempah

    • Kisar bawang merah, 5 biji cili padi dan udang kering di dalam pengisar.

    | Kurang atau tambah cili mengikut tahap kepedasan yang anda gemar.



  2. Tumis pes rempah

    • Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar selama 5 minit, sehingga garing.

    • Bila sudah garing, tambah serbuk kari, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap soya dan 1 sudu kecil karamel masakan. Campur dan ketepikan pes.



  3. Tumis lala bersama sos

    • Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dalam kuali asing dan tumis daun kari dengan pes rempah.

    • Tambahkan lala, 3 sudu besar air dan 2 sudu besar gula..

    | Gunakan lala segar untuk rasa manis ekstra.

    Tumis lala bersama sos


Hias dan Hidang!

Alihkan lala ke dalam pinggan hidangan dan hiaskan dengan hirisan cili padi. Hidang panas-panas.

Hias dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 500 g kerang lala(dengan kulit)

    • 2 sudu besar udang kering(direndam dan ditapis)

    • 5 g daun kari

    • 5 biji bawang merah

    • 6 biji cili padi(cili mata burung)

    • 1 sudu besar serbuk kari

    • 1 sudu besar sos tiram

    • 1 sudu besar kicap soya

    • 1 sudu kecil karamel masakan(boleh diganti dengan 1 sudu kecil kicap manis)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki