Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 600 g udang harimau besar (dibuang kulit dengan kepala dibiarkan)

  • 500 g nanas segar (dipotong dadu)

  • 4 biji cili padi

    (cili mata burung)

  • 6 biji bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • ½ sudu besar halia

  • ½ sudu besar kunyit

  • 1 batang serai

  • 1 cili merah besar (dihiris)

  • 5 helai daun limau purut

  • ½ sudu besar lengkuas

  • 4 biji terung Thai (boleh digantikan dengan terung biasa)

  • ¼ cawan santan kelapa

  • ½ cawan air

  • minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kari Udang Nanas

Sajian Kari Thai ini pasti membuat anda mahukan lagi, penuh krim dengan kemanisan yang membangkitkan selera!
  • Sukar
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 6 langkah-langkah
  • 6 Bahan-bahan
  • Sukar
  • 6 langkah-langkah
  • 6 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Potong nanas dan terung

    • Kupas kulit nanas dan buangkan terasnya. Potong nanas menjadi kiub atau kepingan tebal dan ketepikan. Potong terung Thai menjadi bentuk baji.


  2. Kisar pes kari

    • Dalam mesin pengisar, kisar daun limau purut, serai, lengkuas, kunyit, halia, 6 biji bawang merah dan cili padi sehingga halus. Jika campuran itu terlalu kering, anda boleh menggunakan minyak sayuran untuk mendapatkan tekstur halus yang konsisten.
    Kisar pes kari


  3. Buang kulit dan urat udang

    • Buang kulit dan urat udang, hanya membiarkan kepala udang. Ketepikan.

    | Kepala udang akan memberikan perasa tambahan dan kemanisan pada masakan anda.



  4. Masak kari

    • Dalam periuk dengan api sederhana, panaskan 3 sudu besar minyak sayuran dan goreng pes kari selama 10 minit, sehingga wangi dan pecah minyak.


  5. Tambah nanas dan terung

    • Masukkan potongan nanas dan terung Thai. Gaul sekata untuk 1 minit dan tambah ½ cawan air. Reneh dengan api sederhana rendah selama 10 minit.


  6. Tambah udang, santan dan perisakan secukup rasa

    • Masukkan udang dan santan. Kacau sebati dan biarkan ia mereneh untuk 5 minit lagi, tutup periuk. Tambah garam secukup rasa dan padamkan api. 

    | Jangan terlebih masak udang kerana ia akan membuat tekstur udang menjadi liat.

    Tambah udang, santan dan perisakan secukup rasa


Saji dan Hidang!

Sajikan di dalam mangkuk sajian dan hiaskan dengan hirisan cili merah. Hidang ketika panas.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 600 g udang harimau besar (dibuang kulit dengan kepala dibiarkan)

  • 500 g nanas segar (dipotong dadu)

  • 4 biji cili padi

    (cili mata burung)

  • 6 biji bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • ½ sudu besar halia

  • ½ sudu besar kunyit

  • 1 batang serai

  • 1 cili merah besar (dihiris)

  • 5 helai daun limau purut

  • ½ sudu besar lengkuas

  • 4 biji terung Thai (boleh digantikan dengan terung biasa)

  • ¼ cawan santan kelapa

  • ½ cawan air

  • minyak sayuran

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.