Perisa Dari Laut - Resipi Makanan Laut Asia Untuk Semua

Terdapat banyak perisa di lautan dalam yang boleh diterokai, sama ada udang kecil dan kerang atau udang kara dan ikan pari. Hidangan makanan laut, diiringi perasa seperti nasi dan mee, menawarkan sumber protein tanpa lemak yang kita perlukan untuk membina otot dan kekuatan tulang. Ia juga membantu mengekalkan tahap kolestrol dalam darah yang sihat, sekaligus melindungi kita daripada pelbagai jenis penyakit jantung. Makanan laut boleh disediakan mengikut cara berlainan mengikut budaya - buku resipi kami akan memberikan anda permulaan baik dalam kepelbagaian kulinari Asia!

Penyediaan makanan laut

Sebelum belajar cara-cara masak makanan laut, anda perlu ada pengetahuan untuk memilih yang terbaik di pasar. Ambil tahu tentang tiga perkara ini:

  1. Makanan laut perlu didinginkan atas ais tebal dan tidak cair.
  2. Makanan laut perlu berbau segar dan ringan - jika berbau hanyir, masam, atau ada yang kata seperti bau ammonia, maknanya sudah busuk dan jangan beli.
  3. Jika anda beli pakej makanan laut sejuk beku, pastikan anda tidak ambil paket yang sudah koyak atau hancur di hujungnya.

Tahu cara-cara untuk simpan makanan laut selepas dibeli juga adalah sama penting. Walaupun selamat untuk anda simpan makanan laut dalam beg plastik berbungkus dan disejuk beku, anda dinasihatkan untuk makan makanan laut dalam tempoh dua hari. Untuk mengekalkan dan menikmati perisa yang dihasilkan daripada kesegaran makanan laut, anda perlu masak dan makan pada hari sama makanan laut dibeli. Walaupun kaedah ini memerlukan sedikit perancangan, kami jamin usaha anda pasti berbaloi. Lagi pun, kegembiraan terhasil daripada kepuasan dalam perut!

Hidangan makanan laut untuk jamuan makan

Jika anda masih baru belajar cara-cara untuk masak makanan laut, anda boleh mulakan dengan memilih resipi makanan laut Asia kami yang ringkas dan mudah!

Gandingkan hidangan makanan laut dengan hidangan sampingan - resipi sayur-sayuran kami akan memberikan anda inspirasi!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.