Sarah Huang Benjamin

“Ada ramai penggemar dan pencinta makanan di Singapura. Saya juga tergolong dalam kategori yang sama kerana berpeluang membesar di negara ini. Saya masih ingat, saat berada di dapur di samping nenek saudara berbangsa Cina, menyediakan dumpling tradisional Hakka, kemudian beralih membantu menyediakan kambing panggang bersama bapa yang berasal dari Britain. Tidak lupa juga, bersiar-siar pada lewat malam bersama ibu yang berketurunan Peranakan, mencari durian yang paling harum.

Sejak dari usia muda, saya sedar yang makanan menyatukan kita, tidak kira jenis latar belakang. Saya mula memasak makanan Asia yang diidamkan apabila berhijrah ke luar negara untuk menyambung pelajaran, terpisah daripada masakan di rumah buat pertama kali. Saya juga mula menulis di blog untuk merakamkan pengalaman kulinari. Masakan saya terbukti mempamerkan kepelbagaian budaya dan citarasa, seperti Singapura dan juga keluarga saya. Sehingga hari ini, tiada apa yang mengukir senyuman di bibir selain daripada menjamu selera bersama keluarga tersayang, atau tetamu di majlis makan-makan.

Jika saya dapat mendedahkan anda kepada rasa Asia yang pelbagai atau memberi inspirasi untuk anda memasak, misi saya sudah selesai. Bersama saya di Asian Food Network - tonton video, baca artikel dan simpan resipi saya - dan terokailah keenakan makanan di negara ini.”

Sarah Huang Benjamin merupakan seorang chef dan penulis makanan yang berpangkalan di Singapura. Layari blog peribadinya di www.kitchenhoarder.com dan ikuti pengembaraan kulinari Sarah di media sosial @sarahhuangbenjamin.

Resipi oleh Sarah Huang Benjamin

Jamuan Semua Dalam Satu

Recipe

Okonomiyaki Quesadilla

Okonomiyaki (お好み焼き) merupakan sejenis lempeng Jepun yang wajib dicuba bila anda berada di Jepun. Tetapi jika anda mengidam untuk menikmatinya sekarang, versi ala Mexico ini sangat mudah disediakan dan mempunyai semua perasa seperti versi asli. Tambahkan sos okonomiyaki yang lazat dan ianya sedia untuk dimakan, sesuai dijadikan snek tengah hari atau makan malam ringkas.
Recipe

Telur Perap Bersama Brot Kicap Soya

Turut dinamakan “Drug Egg”, Mayak Gyeran pasti membuatkan anda mahunya lagi dan ia mudah untuk disediakan. Walaupun telur adalah bahan utama tetapi campuran sos kicap soya merupakan heronya - kehalusan seimbang sos kicap soya, air, gula, bawang putih kisar dan biji bijan. Mudah, bukan? Hidangkan bersama nasi untuk hidangan berselera atau hanya sebagai snek.
Kongsi Resipi
  • Salin Pautan
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.