Janti Brasali

“Semuanya bermula di dapur - saya suka menonton bapa saya masak. Sejak itu, saya terus menjadi cef sepanjang hidup saya memasak segalanya dari nasi goreng hingga membuat kek black forest. Tapi anda tahu, sukar untuk menikmati makanan dan masih kekal kurus. Sudah beberapa tahun saya mencuba Keto. Hingga hari ini, saya masih mengamalkan keto. Mengapa? Sebenarnya, gaya hidup Keto ini menyihatkan, mudah dan lestari. Bagaimana? Perkara paling utama pada saya adalah membaca label. Daripada mengehadkan diri, saya mencari alternatif lain. Tapi jika anda adalah pengamal Keto, anda akan menyedari ianya mudah buat makanan savori dan bukannya pemanis mulut, kerana gula dan karbohidrat lebih mudah untuk dielakkan dalam hidangan savori. Saya masih mahukan roti dan pemanis mulut, tetapi pilihan mesra Keto sangat terhad, jadi saya membuatnya sendiri. Dan kawan-kawan saya, ada antaranya yang menghidapi diabetes, juga sukakannya. Tiada lagi karbohidrat tinggi dan gula dalam resipi saya! Tonton video-video saya, dan simpan - ikuti saya di Asian Food Network, dan saya akan bimbing anda ke arah yang mesra Keto.”

Janti Brasali adalah seorang cef Indonesia. Dia telah menulis sebuah buku berjudul Keto Bun Enhancements, dan mengusahakan bakeri mesra Keto, Seriously Keto. Ikutinya di laman sosial @jantibrasali.

Kongsi Resipi
  • Salin Pautan
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.