Foodie Kami

Pencinta Makanan AFN

Sarah Huang Benjamin

Sarah Huang Benjamin merupakan seorang chef dan penulis makanan yang berpangkalan di Singapura.
Pencinta Makanan AFN

Ili Sulaiman

“Ibu saya berdarah kacukan Cina dan Inggeris. Bapa saya pula kacukan Sri Lanka dan Melayu. Saya membesar sambil menyemai rasa minat terhadap sajian berbeza-beza, walaupun membesar hanya di Malaysia. Saya didedahkan kepada masakan sejak berumur 7 tahun, sebab itu saya bersemangat bila bercakap tentang makanan. Makanan Malaysia sangat padat dengan perisa menyelerakan - rasa rempah ratus, kesegaran herba, kemanisan sayur-sayuran, buah-buahan tropika dan kepelbagaian makanan lauk dan daging segar. Baru-baru ini, saya mula beralih kepada makanan tanpa gluten dan tanpa tenusu, tetapi resipi autentik makanan Malaysia tetap saya ikut. Dan ramai orang kata masakan saya tetap sedap. Saksikan saya beraksi di dapur, simpan resipi yang saya kongsikan - bersama saya di AFN, anda pasti suka dengan masakan makanan Malaysia yang saya sangat gemari.”
Pencinta Makanan AFN

Janti Brasali

“Semuanya bermula di dapur - saya suka menonton bapa saya masak. Sejak itu, saya terus menjadi cef sepanjang hidup saya memasak segalanya dari nasi goreng hingga membuat kek black forest. Tapi anda tahu, sukar untuk menikmati makanan dan masih kekal kurus. Sudah beberapa tahun saya mencuba Keto. Hingga hari ini, saya masih mengamalkan keto. Mengapa? Sebenarnya, gaya hidup Keto ini menyihatkan, mudah dan mampan. Bagaimana? Perkara paling utama pada saya adalah membaca label. Daripada mengehadkan diri, saya mencari alternatif lain. Tapi jika anda adalah pengamal Keto, anda akan menyedari ianya mudah buat makanan savori dan bukannya pencuci mulut, kerana gula dan karbohidrat lebih mudah untuk dielakkan dalam hidangan savori. Saya masih mahukan roti dan pencuci mulut, tetapi pilihan mesra Keto sangat terhad, jadi saya membuatnya sendiri. Dan kawan-kawan saya, ada antaranya yang menghidapi diabetes, juga sukakannya. Tiada lagi karbohidrat tinggi dan gula dalam resipi saya! Tonton video-video saya, dan simpan - ikuti saya di Asian Food Network, dan saya akan bimbing anda ke arah yang mesra Keto.”
Pencinta Makanan AFN

Debbie Wong

“Untuk memahami makanan yang saya cinta, anda harus faham dari mana saya berasal - dan jawapannya sungguh panjang. Membesar di bandar imigran iaitu Hong Kong dan Vancouver, saya akan makan semua termasuklah aloo gobi, bun bo hue, pasta puttanesca, larbgai, onigiri, dan nasi claypot dalam satu minggu. Sekolah menengah Kanada saya mempunyai servis penghantaran teh boba pada waktu tengah hari, dan keluarga saya makan nasi goreng bersama ayam belanda ketika Thanksgiving. Telah menghabiskan masa sedekat lalu di kota New York, Montreal, Shanghai, dan San Francisco, masakan saya diinspirasikan secara global, dan dengan pendekatan mudah untuk menghasilkan hidangan klasik. Maksudnya kurang masa di dapur, dan lebih masa untuk berhubung. Oleh itu simpan resipi saya, dan ikuti saya di Asian Food Network di mana saya mengenali semula asal usul saya dari Hong Kong dan memperkenalkan penduduk dan makanan dari bandaraya antarabangsa ini. Anda pula bagaimana, anda dari mana?”
Pencinta Makanan AFN

Yuda Bustara

Memperolehi ijazah daripada Taylor’s College School of Hospitality Tourism di Malaysia, Yuda pernah bekerja di Crown Casino Hotel di Melbourne dan beberapa restoran fine dining dan bistro di Malaysia, sebelum dia kembali ke Jakarta untuk membantu di restoran vegan milik bapanya. Kini dia adalah Culinary Diplomat of Indonesia dan hos rancangan Urban Cooks serta menjadi pengajar masak di beberapa Cooking School di Asia. Bersama cef terkenal, Arimbi Nimpuno dan Putri Miranti, dia yang berusia 30 tahun menjalankan Tree Food Concept, servis makanan persendirian. Misi personalnya adalah untuk mengajar rakyat Indonesia untuk memasak hidangan harian yang mudah, berkhasiat dan menyelerakan.
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.