Panduan Lewat Malam: Krabi, Thailand

Panduan Lewat Malam: Krabi, Thailand

Makanan laut, makanan laut, dan makanan laut. Krabi adalah tempat untuk mendapatkan makanan laut yang terbaik. Juga pasar-pasar yang dipenuhi dengan makanan.

Apabila matahari sudah terbenam, Krabu mula hidup. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan menarik dan mencari hidangan lewat malam yang menyelerakan.

Krabi terkenal dengan keindahan semulajadi, dengan pantai yang mengagumkan, hutan menghijau, formasi batu kapur dan pulau-pulau yang cantik dengan terumbu karang yang membuat kawasan ini sesuai untuk menyelam.

Habiskan masa untuk berjemur dan menikmati keindahan pantai dan laut ketika waktu siang. Menjelajahi pulau-pulau dan pantai yang tersembunyi dan tempat suci rahsia. Tetapi pada waktu malam pula, Krabi mula hidup dengan deretan bar pantai, kelab malam dan tinju tendang Muat Thai. Ini adalah panduan lewat malam buat anda berhibur di Krabi dari senja ke pagi.

Makan

The Hilltop Ao Nang

Moo 4 Tambon Ao Nang, Amphoe Mueang Krabi, Chang Wat Krabi 81000, Thailand

Isnin hingga Ahad | 11AM - 12AM

The Hilltop adalah restoran yang menjadi pilihan penduduk tempatan untuk membawa rakan-rakan untuk menarik hati mereka. Restoran yang menampilkan suasana romantik terletak di lereng gunung, mempunyai pemandangan indah pesisiran pantai Krabi, adalah mejadi kegemaran pelancong dan pasangan bercinta. Waktu yang paling sibuk untuk mengunjungi restoran ini adalah ketika matahari terbenam, oleh itu jangan lupa untuk membuat tempahan dahulu. Kumpulan pemuzik akan menemani anda dalam menikmati kedinginan bayu laut. 

Dengan menampilkan pemandangan Laut Andaman, sudah tentu anda perlu memesan hidangan makanan laut. Hidangan makanan laut panggang menampilkan ikan putih, sotong, kupang dan udang Karang Andaman yang terkenal. Ataupun, anda juga boleh memesan hidangan klasik Thai. Jika anda menetap di sekitar Ao Nang, anda boleh mendapatkan servis pengangkutan percuma dari dan ke hotel anda nanti.

Roots Rock Reggae Bar

15, 420/14-15 4203, Ao Nang, Krabi 81000, Thailand

Isnin hingga Ahad | buka 24 jam sehari

Sempurna untuk peminat muzik dan kaki parti, Bar Roots Rock Reggae adalah lokasi terbaik untuk menikmati hiburan malam di Krabi. Ia menampilkan pengunjung yang meriah terdiri daripada ekspatriat muda dan pelancong. Ia mungkin akan dipenuhi pengujung pada waktu malam, oleh itu anda perlu ke sana awal untuk mendapatkan tempat duduk. Bar menampilkan kumpulan muzik yang akan menghiburkan setiap malam dan walaupun dengan nama bar, ia tidaklah terhad kepada muzik rock dan reggae sahaja. Anda boleh meminta mereka untuk memainkan lagu kegemaran anda.

Tarikan utama Roots atau persembahan tarian api Thai pada setiap malam. Ia akan merancakkan suasana dan sorakan pengunjung. Roots tidak menyajikan hidangan makanan tetapi ia mempunyai variasi minuman yang murah dan menyelerakan.

The Last Fisherman Bar

266 Moo 2, Ao Nang, Krabi 81180, Thailand

Isnin hingga Ahad | 12PM - 12AM

Lokasi perdana di Ao Nang, The Last Fisherman Bar terletak betul-betul di tepi pantai dan sesuai untuk melihat matahari terbenam. Lepak, relaks dan menikmati malam yang tenang sambil menjamu hidangan dengan memijak pasir pantai. Menikmati baju laut dan ombak pantai sambil menghabiskan masa bersama rakan-rakan, keluarga ataupun yang teristimewa. The Last Fisherman menyajikan seleksi masakan Barat dan Thai, koktail dan juga smoothie. Smootie di sini menggunakan buah-buahan segar tanpa air untuk rasa sebenar. Hidangan barbeku untuk dua orang menjadi pilihan utama, kerana ia menampilkan variasi makanan laut dan daging yang dipanggang sempurna di tepi restoran. Hidangan sampingan jagung dan ubi kentang panggang juga disertakan sekali. Sos juga diberikan percuma seperti sos tartar, sos cili hijau Thai, dan sos BBQ terkenal mereka ditambah dengan nenas untuk kemanisan tambahan.

Beli-Belah

Pasar Maharaj

Maharat Soi 9, Krabi Town, Thailand

Isnin hingga Ahad | 3AM - 10AM

Asia Tenggara dibanjiri dengan bahan-bahan segar dan pasar tempatan menjadi lokasi terbaik untuk mendapatkannya. Pasar Maharaj adalah yang terbesar di Krabi dengan banyak seleksi buah-buahan, sayuran, daging, makanan laut, makanan kering dan kawasan untuk sarapan pagi. Pisang, kelapa, cili dan kunyit mudah untuk didapati di sini kerana ia digunakan oleh penduduk tempatan setiap hari di sini.

Pastikan anda melawat pada awal pagi untuk mencuba hidangan sarapan pagi tempatan, tetapi anda juga dapat melihat penduduk tempatan yang bangun awal untuk membeli-belah. Terdapat beberapa kedai yang menjual variasi Thai kanom (pemanis mulut), kari, kanom jeen, ayam goreng, sup organ babi dan banyak lagi.

Dengan pilihan makanan dan minuman di Krabi, anda boleh mendaftar diri ke kelas yoga ketika matahari terbit, atau menyelam skuba di tengah laut. Ini antara senaman yang anda boleh lakukan sambil menikmati pemandangan Krabi yang indah. Banyak yang anda boleh lakukan di Krabi, oleh itu mulakan eksplorasi anda sendiri nanti.

Kategori:

Ulasan

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.