Singapura

Stik tetapi dihidangkan dalam buihan kabus? Burn cheesecake dan burger ramen? Kami akan membawa anda ke sekitar Singapura untuk merasai sendiri trend kulinari baharu yang paling mengujakan serta menyelerakan dalam pengembaraan makanan yang menyeronokan.

Panduan: 5 Generasi Baharu Penjaja Makanan Yang Mencipta Semula Sajian Tempatan

Generasi penjaja makanan muda mengekalkan warisan kulinari Singapura dan keluarga mereka dengan sentuhan moden dalam harga yang berpatutan.

Ulasan: Rasa Autentik Sajian Cina-Indonesia di Kota88

Zi-char klasik disatukan dengan stail masakan Indonesia, sos serta rempah ratus adalah tarikan Kota88. Oleh Jessica Chan

Wow! Singapore

Wow SG

Wow! Singapura: Kek Keju Burnt Two-Face

Kek keju tanpa kerak ini sungguh padat, berkrim, separa pekat dan setiap keju dibakar sehingga anda tidak sabar menghabiskannya.

Wow! Singapura: Pasta Landak Laut

Kaviar, daging ketam, konfit lemon dan chorizo? Ia adalah empat kenikmatan rasa yang mengiringi pasta di The Masses di Pusat Bandar Singapura.

Wow! Singapura: Bao Ayam Arang

Anda akan menikmati ayam goreng rangup yang disaluti dengan bater arang yang boleh di makan bersama mayonis bawang putih di Bao Makers.

Wow! Singapura: Teh Bubble Alga Biru untuk Musim Perayaan

Untuk masa terhad, perisa enak yang dibuat dari ekstrak biru yang boleh dimakan seperti Ais Kisar Lemon Madu Alga Biru, Markisa Maju Alga Biru dan Teh Susu Beras Perang Madu Alga Biru.
Article

Wow! Singapura: Wafel Bubble

Tersembunyi di kawasan hipster di Jalan Arab, terdapat kedai wafel bubble Asia Rad Afters yang terkenal dengan 10 perisa ais krim buatan sendiri, termasuk Teh Susu Thai yang berkrim.

Wow! Singapura: Stellar Pork Ribs

Iga babi yang dibumbui dengan campuran cabai, tersembunyi di dalam mangkuk ajaib yang akan membuatmu terkesima. Sangat menyenangkan melihatnya, tunggu dan nikmatilah- duduk dan nikmati stellar pork ribs di Taikoo Lane Hotpot yang terletak di Chinatown.

Wow! Singapura: Burger Udang Karang

Burger dari patti ramen digril bersama penyepit udang karang yang berjus, anda juga boleh mencuba ais krim udang karang istimewa di Lobsters & Ice Cream.

Resipi Singapura Yang Diketahui Ramai Untuk Dicuba

Recipe

Adakah Singapura Mempunyai Char Kway Teow Terbaik

Terdapat pelbagai resipi Char Kway Teow di luar sana, semuanya dengan berbagai gubahan rasa - Char Kway Teow Pulau Pinang, berwarna terang sedikit dan tidak semanis Char Kway Teow Singapura. Resipi dan tekstur mee juga berbeza tetapi masih lazat. Tidak kira asalnya, resipi Char Kway Teow kami mudah diikuti, untuk hidangan mudah dinikmati bersama.

Mee Hokkien Singapura

Kalau hidangan boleh menjadi perasaan, Mee Hokkien Singapura pastinya dikenali sebagai ceria! Sepinggan mee kuning dan bee hoon, udang kemerahan, gegelang sotong dan helaian kucai Cina bergenang di dalam kuah yang dibuat dengan brot makanan laut dan dihidang dengan limau, hidangan popular ini boleh ditemui di Pusat Penjaja seluruh Singapura. Ingat tip ini - lagi lama anda renehkan brot makanan laut, lagi lazat rasanya!

Masak Ketam Cili Singapura Yang Paling Popular di Dunia, di Rumah!

Bayangkan -ketam, paling manis di kalangan makanan laut, berenang-renang dalam kuah merah yang pekat dan bersalut dengan reben telur. Itulah Ketam Cili Singapura, kebanggaan negara dan popular seluruh dunia. Rasa yang sungguh lazat dari pes rempah - keharmonian cili, bawang putih, bawang merah dan halia - dicampur dengan sentuhan cuka, tomato dan nanas parut, digabung bersama kemanisan ketam. Makan dengan tangan, dan cicah roti dalam kuah untuk pengalaman kulinari yang penuh nikmat!

Telur Dadar Tiram

Peminat Telur Dadar Tiram (Ou Luak) tetapi masih mencari kedai yang menjualnya dengan nisbah telur, tepung, dan tiram yang sempurna? Mengapa tidak masak sendiri di rumah! Bukan hanya anda boleh mengawal jumlah bahan-bahan di dalamnya, anda juga boleh mengubah rasanya mengikut kemahuan - cili, sos ikan, dan juga jumlah tiram. Ikut kemewahan yang anda mahu, maka jadilah, Telur Dadar Tiram yang sempurna!

Budaya Kulinari Singapura

Dikenali sebagai ‘bintik merah kecil’, Singapura terkenal dengan kepelbagaian dan variasi dalam budaya kulinari - sajian tempatan di sini mencedok inspirasi dan pengaruh dari serata tempat. Dari gerai di pusat penjaja kepada restoran berbintang Michelin, restoran terbaik di Singapura menawarkan antara hidangan yang terbaik di dunia. Ramai yang merasakan sajian Singapura yang menjadi faktor bersama dalam memberikan identiti negara yang tersendiri. 

Antara hidangan yang popular dalam manjadi simbol kepada budaya kulinari Singapura adalah ‘Chili Crab’, ‘Mi Hokkien’, ‘Bak Kut Teh’, Nasi Ayam Hainan dan ‘Laksa’. Selalunya anda menikmati hidangan ini bersama minuman kegemaran tempatan seperti teh tarik panas (teh halia) atau bandung ais (susu ros dengan susu pekat). Singapore Sling pula ada koktail berasaskan gin yang dianggap sebagai minuman kebangsaan Singapura.

Menghasilkan Hidangan Popular Singapura dengan Resipi Kami

Terdapat semunya di Singapura untuk semua orang. Dengan kepelbagaian budaya kulinari tempatan, hidangan di Singapura selalunya diadaptasikan untuk membuatnya mesra kepada semua jenis diet pemakanan - untuk disesuaikan dengan Hindu, Melayu, India dan Cina yang hidup di sini dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Restoran di Singapura juga menampilkan hidangan versi vegetarian buat sajian kegemaran tempatan. 

Jika anda mahu mencari perasa ikonik Singapura, ‘Chili Crab’ dan ‘Mi Hokkien’ adalah dua masakan paling popular untuk penduduk tempatan. ‘Popiah’ dan “Cai Tow Kay’ (kek lobak goreng) adalah snek jalanan yang mudah dijumpai di pasar malam dan tempat makan tempatan.

Citarasa Sajian Singapura

Daripada anda memlih untuk memesan makan malam anda, apa kata anda cuba menghasilkan sendiri resipi makanan dan minuman popular Singapura? Resipi kami menggabungkan moden dan tradisional yang cukup mudah untuk diikuti. Dari hidangan pembukaan dengan sentuhan limau hingga makanan laut yang pedas dan savori, lanskap kulinari Singapura cukup meriah dengan kepelbagaian sajian. 

Terdapat juga agen penghantaran makanan di Singapura yang anda boleh cuba untuk memesan hidangan jika anda mahu menikmati makanan bungkus seperti GrabFood, Deliveroo dan FoodPanda. Dengan beberapa klik sahaja, anda boleh menikmati hidangan Singapura anda terus dari rumah. 

Untuk mencuba lebih banyak resipi Singapura yang menyelerekan, ikuti kami di Facebook. Sudah mencuba resipi kami? Kongsi bersama kami masakan anda di Instagram.

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.