Panduan Lewat Malam : Bintulu #2

Panduan Lewat Malam : Bintulu #2

Jika anda telah membaca siri pertama, anda pasti sudah mengetahui apa yang menarik. Jika anda belum berkesempatan, kami cadangkan untuk anda terus membacanya selepas ini. Dari mi kenyal yang dihidang bersama isi ketam hingga ke jelajah hutan di Taman Tumbina, di bahagian kedua siri Panduan Lewat Malam, kami membawa anda terus menjelajah lokasi menu dan kembara di Bintulu.

Antara permata tersembunyi di Malaysia, Bintulu menghidangkan juadah enak, pemandangan indah dan aktiviti mengujakan untuk memenuhi kehendak berbagai jenis pengembara. Lawati kota ini sementara ia masih belum begitu menyinar, anda berpeluang menikmati sendiri antara rahsia

tersembunyi Malaysia di sini.

Gambaran Keseluruhan

Jika anda telah membaca artikel terdahulu mengenai Bintulu, anda sudah pun mengetahui kota di tepi pantai ini semestinya antara rahsia tersembunyi buat Malaysia. Biarpun Bintulu bukanlah salah satu destinasi tarikan utama pelancongan, ia mula membina nama sebagai syurga buat para pengembara. Lokasi yang berdekatan dengan beberapa taman negara, anda boleh sahaja melarikan diri dari kesibukan kota dan kembali menikmati alam bila-bila masa sahaja di sini. Untuk yang menggemari kota, anda boleh menyelusuri jalan-jalan di Bintulu, membeli belah dan keenakan menu Sarawak.

Lihat bahagian kedua di Panduan Lewat Malam untuk Bintulu bagi pilihan menu menarik dan aktiviti mengujakan.

Makan

Apple Restaurant

No. 78-79, Ground Floor, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Park City Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 10AM hingga 2PM, 5PM hingga 10PM

Dikategorikan sebagai antara restoran terbaik di kota ini, Apple menyediakan beberapa juadah enak citarasa Cina yang halal! Dengan pilihan yang meluas dengan seleksi yang pelbagai, bermula dengan aneka daing kepada sayur juga makanan laut segar, anda bakal menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan apa yang sesuai untuk dipesan.

Namun begitu terdapat satu hidangan yang perlu anda cuba, semestinya menu unik Umai Ikan. Merupakan hidangan tradisi Melanau yang merupakan salah satu dari puak yang terdapat di Borneo, ia selalunya dinikmati oleh nelayan tempatan. Hidangan Asia yang seakan ceviche Peru, Umai Ikan

adalah juadah yang mengandungi ikan mentah dihiris nipis bersama campuran bawang, cili, garam dan jus limau. Asid yang terdapat dari jus limau ketika perapan mampu memasak isi ikan tanpa

menggunakan suhu panas. Jika anda merupakan penggemar menu yang menghidangkan pelbagai lapisan rasa, anda tentunya akan menghargai juadah ini.

Sudahi hidangan anda di Apple Restaurant dengan pencuci mulut yang mendapat saranan tertinggi – cadangan kami puding

Pasar Malam Bintulu

Off Jalan Abang Galau, Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad |  5PM hingga 10PM

Salah satu daripada lokasi menarik buat Kota Bintulu semestinya pasar malamnya yakni Pasar Malam. Biarpun anda mungkin merasakan ia kecil , ia mampu menarik kerumun penduduk local, juga tetamu dari kota yang berada di sekitarnya juga Bandar dan pelancong antarabangsa.

Menawarkan menu tempatan juga kepelengkapan harian, pasar malam ini merupakan pilihan yang baik untuk mendapatkan snek, buah-buahan tropika segar seperti durian belanda, rambutan dan durian, juga juadah jalanan Malaysia seperti sate, juga aneka kuih muih. Bergantung kepada musim, anda turut berpeluang membeli buah zaitun hitam ataupun engkala, buahan unik yang mempunyai kulit merah samar cerah, topi besar rona hijau juga memiliki rasa seakan avokado.

Untuk anda yang ingin mencuba sesuatu yang istimewa selain dari hidangan biasa seperti ayam panggang, anda turut boleh mencuba Bamboo Clamped Sardine, di mana keseluruhan ikan sardin dibakar di antara kepitan yang diperbuat dari buluh. Enak dan sarat dengan kebaikan!

Selera Pantai Timur

Lot 8224, Sublot 151 of Parent Lot 7668, Block 31, Kemena Land District, Medan Central, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad,| 10am to 11pm

Sarapan semestinya salah satu hidangan penting dalam memastikan ia hari yang anda akan lalui dilengkapi tenaga untuk aktiviti seharian yang telah dirancang. Benarlah apa yang diperkatakan ramai : nikmati sarapan anda seperti raja.

Di Selera Pantai Timur, anda disarankan untuk memesan mee goreng kuali bersama ketam laut! Kepedasan dan kekenyalan mee yang dipadankan bersama kesegaran dan krim isi ketam. Jika terdapat kata-kata untuk menerangkan tentang sarapan di sini, semestinya ia haruslah kelihatan mewah! Anda turut boleh menikmati menu ini ketika makan tengah hari juga makan malam andai itu pilihan anda kerana ia sempurna untuk dinikmati sepanjang hari.

Jika anda sukakan sayuran untuk hadir bersama juadah anda, midin merupakan pilihan yang perlu anda pertimbangkan. Paku pakis yang hanya boleh didapati di Sarawak, ia rangup dan kebiasaannya dinikmati dengan goreng kilas bersama belacan. Ia mungkin sedikit pedas tetapi ia padanan sempurna bersama nasi putih.

Aktiviti

Taman Tumbina

Taman Tumbina, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 9AM – 4.30PM

Untuk mereka yang menggemari keindahan alam, kunjungi Taman Tumbina yang bias menawarkan pelbagai tarikan juga untuk senaman yang baik, sementara anda menikmati keceriaan flora dan fauna di Sarawak. Bawa bersama air minuman dan sapukan perlindungan dari serangga. Elakkan dari pergi berseorangan kerana papan tanda dan peta agak mengelirukan. Untuk keselamatan anda dan mengelakkan sesat, sila tinggalkan taman ini sebelum matahari terbenam.

Dengan pilihan makanan, beli-belah dan aktiviti dalam dan sekitar Bintulu, anda akan semestinya dapat mencari sesuatu yang menarik perhatian kepada kota kecil nan indah ini. Jika anda turut bercadang untuk menjelajah lebih lagi di Sarawak, jangan ketinggalan untuk membaca cadangan kami untuk Kuching!

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.