Late-Night Guide: Kuching, Malaysia

Late-Night Guide: Kuching, Malaysia

Buat yang suka bangun awal ataupun tidur lewat, Kuching mempunyai pelbagai destinasi awal pagi/lewat malam untuk anda menjamu selera, dan kami akan membawa anda ke lokasi kegemaran di sekitar Kuching.

Merancang untuk melancong ke Kuching? Ini adalah panduan makanan juga destinasi yang menyeronokan ketika lewat malam..

Kami sentiasa mencari lokasi rahsia dan bandar yang kurang dikenali untuk memuaskan nafsu kembara anda. Perangkap pelancong dan pantai yang sesak bukanlah lokasi yang sesuai untuk berehat. Terletak di barat daya Sarawak di kepulauan Borneo, Kuching adalah lokasi yang kurang menjadi tumpuan di Malaysia.

Dengan seleksi makanan menyelerakan yang boleh didapati sepanjang hari, setiap hari, taman negara dan suasana yang tenang, Kuching adalah destinasi pelancongan baharu yang perlu ada dalam senarai anda.  Sungai Sarawak menyusuri kota, dalam mencipta lanskap unik untuk menarik pelancong dan juga penduduk tempatan datang ke kawasan dermaga. Di sana, mereka boleh merasai sajian tempatan sambil menikmati pemandangan yang berlatar belakang gunung.

Seperti destinasi pelancongan lain, keseronokan tidak terhenti sehingga matahari terbenam. Dari kedai makan tempatan kepada pasar hujung minggu yang penuh tenaga, kami senaraikan Panduan Lewat Malam untuk membawa anda ke seluruh lokasi hangat sekitar Kuching!

Makan

The Barber Café & Bar

74, Jalan Wayang, Kuching, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia

Selasa hingga Ahad | 4:00pm - 1.30am

Jangan tertipu dengan nama dan dekorasinya! Dahulunya kedai gunting rambut ikonik di Kuching, ruang ini kini ditransformasikan menjadi kafe dan bar yang hangat dikenali sebagai The Barber. Menjamu selera di sini seperti kembali ke masa lampau dengan barangan untuk memotong rambut dan dekorasi masih dikekalkan, untuk memelihara magis silam dan nostalgia. 

Konsep unik ini bukan sahaja sebagai gimik. The Barber menyajikan seleksi hidangan gourmet dengan sentuhan sajian tempatan. Unik dan kreatif, senarai menu juga membiaskan satail kafe ini.

Jika anda mahu mencuba satu hidangan yang wajib, ia semestinya Duck Jepun Nasi Penyet, yang merupakan itik goreng rangup stail Malaysia bersama nasi aromatik Jepun yang diperisakan dengan nori (rumpai laut) dan bijan. Ia hadir bersama telur mata kerbau dan hidangan sayuran. Ia merupakan gabungan bijak antara masakan Jepun dan Malaysia serta kombinasi rasanya cukup melazatkan. The Barber adalah wajib dikunjungi dan kami pasti akan kembali ke sini semula. 

Pasti ada ruang lagi untuk pemanis mulut, dan anda mesti mahu menyimpan ruang utnuk O.M.F.G. Shake. Namanya sudah memberitahu segalanya! Koleh yang dipenuhi dengan keenakan yang merupakan susu kocak pisang dengan dihiasi bertih jagung dan sos karamel. Bibir koleh itu juga disaluti dengan coklat kerana… mengapa tidak?

Anda pasti menjangkakan rasanya sangat manis dan penuh krim tetapi ais hancur pada campuran susu kocak akan memberikan rasa yang menenangkan dan kesegaran berkualiti. Sebelum anda menikmati hidangan, jangan lupa untuk berkongsi di Instagram. Susu kocak ini sangat fotogenik.

Pasar Malam Siniawan 

Siniawan, 94000 Bau, Sarawak, Malaysia

Jumaat hingga Ahad | 5.00pm - 11.00pm

Terletak 45 minit dari pusat bandar, Pasar Malam Siniawan sangat berbaloi untuk dikunjungi. Ketika anda tiba di pekan kecil ini, anda akan disambut dengan barisan tanglung merah yang magikal (dan Insta-worthy), keharuman aroma makanan dan juga suara kecil pengunjung lain. Hanya dibuka pada hujung minggu, pasar ini mempunyai energi yang tersendiri - sangat lokal dengan keseimbangan sempurna antara meriah dan relaks. 

Pasar ini mengandungi dua barisan kedai yang dipenuhi dengan meja yang mengasingkan mereka pada bahagian tengah. Dengan jumlah 48 kedai, ada kemungkinan beberapa kedai yang menjual makanan yang sama, tetapi jangan risau, seleksi makanan jalanan, snek, kek dan kuih sudah cukup memuaskan sesiapa sahaja. Dengan daging dan makanan laut bakar, kepak ayam goreng dan rojak, pastikan anda datang dengan perut kosong.

Kami sukakan rusuk daging babi goreng yang dibalut dengan daun bunga teratai. Ketika anda membukanya, mulut anda pasti akan mengiur apabila menghidu aroma, dan sudah pasti, rasanya tidak akan mengecewakan anda. Daging babi berjus dan cukup menyelerakan, dan daun bunga teratai akan memberikan perisa umami yang indah.

Chong Choon Café

275, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 6.30am - 12.30pm

Hidangan epitome tempatan sudah tentu Laksa Sarawak (mi vermicelli beras dalam kuah masam pedas yang selalunya dihidangkan bersama udang) dan itulah yang anda perlu cuba di Chong Choon Cafe. Tanda laksa yang lazat adalah kuahnya dan bahan-bahan serta rempah ratus yang digunakan. Dah kuah ini harus mempunyai lapisan rasa yang seimbang. Penduduk tempatan selalunya akan makan ketika sarapan pagi dan akan faham mengapa selepas merasainya. Ia akan membuat anda terjaga. 

Kafe kecil ini membiaskan rasa seperti berada di sebuah gerai yang sudah lama. Ia dibuka pada awal pagi dan tutup pada waktu tengah hari. Ianya normal melihat kafe ini dipenuhi dengan pengunjung, oleh itu pastikan anda datang awal untuk merasai Laksa Sarawak yang popular sebelum ia habis pada jam 11 pagi.

Aktiviti

Sarawak River Cruise

Aras 1, Lot 42, Section 33, 124, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 5.30pm to 7.00pm

Menyusuri sepanjang Sungai Sarawak adalah cara terbaik untuk menikmati pemandangan bandar. Dari sungai, anda dapat melihat rumah kedai Cina kurun ke-19, kampung Melayu yang menarik dan seni bina Kuching yang mengagumkan seperti masjid berkubah keemasan dan istana dengan atap kayu yang majestik, dan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang mempunyai seni bina Asia Moden. Semua ini berlatar belakangkan keindahan banjaran gunung. The Daily Signature Sunset Cruise adalah yang disarankan kerana keindahan pemandangan yang disinari dengan senja nan merah. 

Hidangan ringan akan disajikan agar anda dapat menikmati tiupan angin bayu sambil minum minuman pilihan anda dan variasi snek Malaysia yang enak ketika di Sky Deck. Tidak akan salah dengan jus oren yang menyegarkan bersama kueh lapis. 

Menghayati lebih dalam kebudayaan di Kuching dengan pertambahan tradisional yang disediakan. Berharga RM65 untuk dewasa dan RM32 untuk makan-kanak, pengalaman yang menenangkan ini perlu anda cuba nanti.

Tugu Kucing di Kuching

cukup menenangkan. Bandar ini adalah destinasi ideal untuk menghabiskan hujung minggu jauh dari kesibukan kota. Peminat makanan dengan jadual yang bebas dan mudah boleh mencuba hidangan dengan campuran eklektik dan sajian tradisional tempatan, jadi kemas barang anda dan mula menjamu selera!

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.