Panduan Lewat Malam: Kota Kinabalu

Panduan Lewat Malam: Kota Kinabalu

Menempatkan gunung tertinggi di Asia Tenggara, anda tidak perlu berasa bersalah untuk makan snek kerana anda boleh membakarnya semula ketika anda mendaki ke puncak.

Anda tidak perlu rasa bersalah untuk makan pada lewat malam. Di Kota Kinabalu, anda boleh makan apa sahaja yang anda mahu dan anda boleh bersenam nanti untuk mengawal kalori anda. 

Terletak di pantai barat utara Borneo, Kota Kinabalu mempunyai pesisiran pantai yang mempersonakan, berhadapan Laut China Selatan. Kerana ia berdekatan dengan pulau-pulau indah, lautan kristal untuk menyelam skuba, hutan tropika tebal dan Gunung Kinabalu yang popular, ia terus menjadi destinasi percutian popular di Sabah dan Borneo.

Dengan seni kulinari yang sensasi, yang merangkumi sajian eksotik tempatan juga seleksi makan laut segar, lanskap yang mempersonakan dan penduduk tempatan yang ramah, pelancong pasti akan mengalami percutian yang menarik dan tidak masalah untuk mengisi masa mereka sepanjang hari sehingga malam. Mulakan eksplorasi anda dengan Panduan Lewat Malam Kami!

Makan

D’Place Kinabalu

Tingkat 2, Plaza Shell, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 11AM hingga 10.30AM

Tiada yang lebih autentik daripada D’Place Kinabalu. Dengan harapan untuk menjadi sajian Sabah boleh dimakan oleh semua orang, restoran ini terkenal dengan masakan tradisional Kadazan-Duzun. Kadazan dan Dusun adalah dua kumpulan etnik yang berasal dari negeri Sabah, jadi jika anda mencari pengalaman kulinari tempatan, di sinilah tempatnya.

Mulakan pesanan dengan Ambuyat Set adalah yang terbaik. Ambuyat adalah hidangan berkanji yang dihasilkan daripada bahagian dalam batang pokok sagu. Ia adalah makanan istimewa tempatan dan selalunya dimakan dengan digulungkan dengan alat istimewa seperti batang chopstik yang dikenali sebagai cantas dan dicicahkan dengan variasi sos. 

Ia hadir dengan beberapa seleksi perasa dan hidangan yang menyelerakan yang boleh dimakan bersama ambuyat, seperti jeruk sayuran, sambal, potongan halia liar, kari ikan, ikan mentah dengan jus limau dan ikan goreng. Jika anda sukakan rasa yang kuat, Ambuyat Set ini sesuai untuk anda kerana ianya pedas dan masam secara keseluruhannya.

Jika anda lebih berani, anda juga boleh mencuba butod, yang merupakan ulat sagu. Makanan istimewa Borneo ini adalah larva Kumbang Sawit Merah dan bukan untuk yang penakut. Secara tradisionalnya dimakan hidup-hidup, ia dikatakan kaya dengan nutrisi dan protein. Orang asli di Borneo telah memakannya sejak dahulu lagi dan penduduk tempatan percaya ia dapat mengelakkan asma dan mengurangkan kolestrol. Rasanya pula, ulat sagu dikatakan berkrim dan sedikit manis, seperti santan kelapa.

Untuk membuat makanan istimewa ini boleh dimakan oleh pelancong, ia boleh digoreng, diletak di atas piza atau dicicagkan dengan kicap soya bersama limau dan cili. Jika anda memilih untuk mencubanya, anda pasti tidak akan melupakan pengalaman tersebut.

Twinsky Seafood Restaurant

No. 16, Block D, Sedco Complex, Kampung Air, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 11.00am hingga 12.00am

Tidak pernah terlewat untuk menikmati makanan laut segar. Juga dikenali sebagai Suang Tain Seafood Restaurant, restoran kecil ini terletak di hujung medan selera bersama restoran lain, mungkin agak sukar untuk menjumpainya nanti. Ia akan menarik perhatian anda nanti dengan seleksi makanan laut segar yang diletakkan di hadapan kedai. Pengunjung boleh memilih sendiri ikan, udang, ketam dan kerang. Setiap sajian hadir dalam saiz dan harga yang berpatutan.

Jika anda mahu mencuba masakan yang lain daripada ketam atau kari kelapa ikan, Salt and Pepper Mantis Shrimp perlu anda cuba. Diperasa mudah, ia akan menampilkan rasa kemanisan dan berjus udang yang natural. 

Udang mantis ini mungkin kecil tetapi ia mempunyai kekuatan untuk memecahkan cengkerang lawan. Nelayan turut menggelarkannya “Thumb Splitter”, kerana kecederaan yang dilakukan oleh makanan laut tersebut.

TaukehFish Recipe

Jalan Kepayan, Kampung Ganang, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Isnin hingga Ahad | 8.30am hingga 2.00pm

TaukehFish Recipe menyediakan sarapan pagi yang luar biasa. Sajian Big Bowl Hao Liao yang terkenal mengandungi ikan tangkapan harian, vermicelli beras, bersama brot ikan dan tomato yang penuh perasa, dan disajikan dalam mangkuk sebesar 16 inci. Ikan yang digunakan paling segar, ia ditangkap, dibuang sisik, difilet, dimasak dan dihidangkan pada hari yang sama. Perasa brot itu juga berkhasiat kerana tidak menggunakan MSG atau garam. Walaupun besar, anda boleh memilih untuk menghabiskan semangkuk itu seorang diri.

Jika anda mahukan hidangan yang lengkap dan berkhasiat, buat panggilan terlebih dahulu untuk memastikan jenis makanan laut yang ada serta ruang di sana juga kecil. Sangat berbaloi untuk melakukannya.

ACTIVITY

Sabah Indoor Climbing Centre

24 Jalan Burung Puin, Taman Yakim Jaya, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Selasa hingga Jumaat| 4PM hingga 9PM

Sabtu hingga Ahad | 12PM hingga 9PM

Kami tahu mungkin sukar untuk menjarakkan diri anda dengan hidangan yang menyelerakan di Kota Kinabalu, tetapi bagus juga untuk meluangkan sedikit masa untuk bersenam. Berdekatan dengan pusat bandar, terletak Sabah Indoor Climbing Centre yang sempurna untuk beriadah. Ia menawarkan aktiviti untuk semua tahap tetapi ia merupakan syurga buat peminat rock climbing. Tempat yang sesuai untuk berkumpul dan memulakan degupan jantung anda.

Suria Indoor Soccer Centre

Jesselton Point Ferry Terminal, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Isnin hingga Ahad | Dibuka sehingga 12am

Jika anda sukakan sukan berkumpulan, pergi ke Suria Indoor Soccer Center untuk bermain bola. Tempat itu mempunyai beberapa gelanggang futsal AstroTurf yang sesuai untuk perlawanan lima sebelah. Jangan terkejut, tempat ini sesak dan popular walaupun pada lewat malam, jadi pastikan anda merancang dan menempah gelanggang dahulu. Keluarkan peluh dengan beberapa perlawanan futsal dan anda boleh meneruskan untuk menikmati makanan tanpa rasa bersalah.

Dengan keunikan sajian tempatan dan makanan laut segar yang dapat memenuhi selera anda, selain pemandangan nan indah dan pusat sukan untuk anda bersenam, Kota Kinabalu mempunyai keseimbangan antara kegembiraan, makanan dan kembara.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.