Melancong dan Santapan Malaysia

Makanan Jalanan Malaysia diperkaya dengan citarasa dan tekstur yang berbeza serta yang paling utama - ia boleh didapati sehingga lewat malam. Ini adalah lokasi yang akan perlu pergi apabila berada di Malaysia.

Panduan: Wajib-Makan,Wajib-Lihat, Wajib-Buat di Kuching, Malaysia

Menghirup semangkuk laksa Sarawak yang panas cukup menyelerakan di bandaraya Kuching.

10 Resipi Hari Merdeka

Nyalakan sambutan dengan semangkuk panas laksa, berkongsi sate. Setiap bangsa mengenali makanan mereka sendiri dan kami tahu bagaimana membuatnya.

Panduan Lewat Malam: Kuching, Malaysia

Artikel

Panduan Lewat Malam: Kota Kinabalu

Menempatkan gunung tertinggi di Asia Tenggara, anda tidak perlu berasa bersalah untuk makan snek kerana anda boleh membakarnya semula ketika anda mendaki ke puncak.

Panduan Lewat Malam: Kuching, Malaysia

Buat yang suka bangun awal ataupun tidur lewat, Kuching mempunyai pelbagai destinasi awal pagi/lewat malam untuk anda menjamu selera, dan kami akan membawa anda ke lokasi kegemaran di sekitar Kuching.

Panduan Lewat Malam: Bintulu #1

Citarasa penuh selera di Bintulu, di sini adalah lokasi hangat yang anda perlu lawati di Bintulu, dan kami mempersembahkan bahagian kedua Panduan Lewat Malam jika anda mahukan lagi.

Panduan Lewat Malam : Bintulu #2

Jika anda telah membaca siri pertama, anda pasti sudah mengetahui apa yang menarik. Jika anda belum berkesempatan, kami cadangkan untuk anda terus membacanya selepas ini. Dari mi kenyal yang dihidang bersama isi ketam hingga ke jelajah hutan di Taman Tumbina, di bahagian kedua siri Panduan Lewat Malam, kami membawa anda terus menjelajah lokasi menu dan kembara di Bintulu.
Chicken

Ayam Masak Lemak

Masakan yang terkenal di Malaysia, diterjemahkan kepada ‘ chicken in turmeric coconut curry’ dikatakan berasal dari negara Sri Lanka.

Sambal Tumis Udang Istimewa

Udang pedas tumis yang memberi kepuasan, kesedapan sehingga menjilat jari.

Cekodok Pisang (Bebola Pisang Manis)

Juga dikenali sebagai ‘jemput-jemput pisang’, bebola pisang yang digoreng ini merupakan snek yang manis dan sedap!

Assam Laksa

Hidangan penaik selera dari Pulau Pinang yang sempurna, asam laksa adalah hidangan yang mempersonakan dengan rasa masam dan pedas yang membuatkannya sungguh menyelerakan. Jika anda pernah ke Pulau Pinang, anda mungkin tahu asam laksa terkenal Ayer Itam yang sangat lazat sehingga anda ingin membuatnya sendiri. Mengetahui bahan-bahan dan teknik yang tepat akan membawa anda kembali ke Pulau Pinang dan mengimbau rasa Asam Laksa Pulau Pinang yang popular.

Sajian Malaysia

Jika anda meminati perisa aromatik dan rempah ratus, sajian tradisional Malaysia pasti akan mengagumkan anda. Dari jem ‘kaya’ yang autentik kepada ‘rendang’ savori daging yang diperkayakan dengan rempah ratus dan herba, ia akan memberikan citarasa sempurna dalam setiap sajian.

Telah dicuba dan dirasai sendiri oleh komuniti pencinta makanan, resipi Malaysia kami akan dilengkapi dengan panduan terperinci yang mudah untuk diikuti di rumah. Langkah-langkah penyedian, video dan gambar akan membantu anda mengikuti proses untuk menghasilkan hidangan Malaysia anda sendiri di rumah - walaupun anda baharu sahaja bermula memasak. 

Pengaruh daripada kepelbagaian sajian dari rantau Asia Tenggara, anda pasti akan menjumpai pengaruh masakan Thai dan Cina dalam hidangan Melayu.

Sajian Dan Budaya Melayu

Menjadi wadah tumpuan pelbagai kebudayaan, Malaysia mempunyai variasi sajian makanan - dari hidangan utama kepada pemanis mulut, deria anda akan diberikan pengalaman kepuasan selera dalam mencuba resipi Malaysia yang autentik di rumah! Kombinasi rempah ratus yang menyelerakan dan pengaruh daripada sajian antarabangsa, pasti terdapat hidangan Melayu untuk semua orang.

Resipi Malaysia Yang Popular

Seperti serai yang sinonim dengan masakan Thai, rempah ratus kering (bunga lawang, biji sawi, jintan putih dan biji ketumbar), kelapa dan herba (kunyit, daun limau putut dan daun pandan) adalah sangat popular dalam resipi dan msakan Malaysia. Selalunya, resipi Malaysia juga akan menggunakan ‘sambal belacan’, campuran bawang merah, bawang putih, halia dan cili yang digoreng bersama untuk menghasilkan pes perasa yang pedas. Banyak sajian Malaysia, seperti ‘Nasi Lemak’ menggunakan ‘sambal’ ini sebagai hidangan iringan. 

Laksa Asam, Bebola Pisang Goreng (Cekodok Pisang) dan Ayam Masak Kicap adalah antara hidangan yang popular di Malaysia dalam membiaskan budaya kulinari di sana. Koleksi resipi sajian Malaysia kami dilengkapi dengan gambar serta video yang akan membantu anda bereksperimen untuk menghasilkan hidangan baharu.

Jika anda melancong ke Malaysia, kami menasihatkan anda untuk mencuba segala yang ditawarkan oleh budaya kulinari Malaysia. Dari semangkuk ‘Laksa’ panas di Sarawak kepada cucukan satay melekit di kedai jalanan, panduan kami lengkap buat anda nanti.

Sudahkah anda mencuba resipi kami?

Berminat untuk mencuba resipi baharu malam ini? Apa kata anda mencuba resipi hidangan Malaysia yang popular - hanya pilihan dari koleksi resipi di sini dan pastikan anda kongsi gambar anda di Instagram!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.