Indonesia

Dengan variasi hidangan tradisional dari wilayah yang berbeza di Indonesia, kami tidak boleh membezakan sesetengah sajian walaupun ia mungkin sama sebutannya. Sajian Indonesia kelihatan biasa tetapi ia penuh dengan perasa dan tidak semestinya pedas. Ini terdapat beberapa cerita, panduan dan resipi yang akan memberikan gambaran yang baharu kepada Indonesia dan cara terbaik untuk mengenalinya adalah melalui makanan.

Indonesia bersama GoFood

Bersedia untuk mengembara bersama AFN dan GoFood yang akan membawa anda hidangan terbaik di Indonesia. Kenali pengusaha makan terbaik dan ikuti cerita di sebalik kejayaan mereka.

Panduan Lewat Malam: Indonesia

Article

Panduan Lewat Malam: Bandung, Indonesia

Makanan yang menyelerakan, tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, kami membariskan senarai apa yang anda boleh lakukan di Bandung, lengkap bersama lawatan ke resort spa.

Panduan Lewat Malam di Medan, Indonesia

Dengan kepelbagaian budaya, Medan menawarkan pemandangan yang indah dan keenakan sajian yang pasti akan memuaskan selera anda dari pagi sehingga ke malam.

Panduan Lewat Malam: Padang, Indonesia

Antara lokasi terunggul saat membicarakan tentang hidangan lazat Indonesia termasuklah Nasi Padang, kemeriahan kota Padang semestinya tidak akan membiarkan anda lapar mahupun bosan. Pilihan yang tidak terhitung untuk diterokai juga ajnas pilihan menu untuk dinikmati, percutian ke Padang pastinya membekas dalam memori.

Resipi Indonesia Terkenal Yang Anda Mesti Cuba

Ayam Betutu

Terkenal dengan kehangatan kehidupan malam dan kelab pantai, tetapi mengapa hidangan ayam panggang stail Bali iaitu Ayam Betutu turut sama menghangatkan citarasa? Bahan utama dalam masakan ini adalah ayamnya - yang disaluti dengan Basa Gede iaitu pes rempah yang dihasilkan daripada cili dan herba Asia Tenggara yang wangi, dan dibalut dengan daun ubi kayu. Mulanya ia dilayurkan, kemudian dibaluti menggunakan daun Staghorn Fern di dalam daun pisang sebelum dimasak di dalam ketuhar. Hasilnya adalah sajian ayam yang penuh aroma dan kelazatan yang sempurna disajikan bersama nasi dan sambal goreng.

Ayam Taliwang

Nikmati sajian ayam goreng Indonesia yang berempah dan savuri ini, dan pasti akan membuat anda mahukannya lagi!
Recipe

Ayam Penyet

Kalau anda suka ayam goreng, kenapa perlu dipenyetkan? Satu-satunya sebab adalah untuk menghasilkan hidang unik yang berasal dari Jawa, Indonesia. Bukan saja di benua Asia, hidangan ini juga telah menjadi semakin popular di seluruh dunia. Ayam yang rangup di luar, isi lembut di dalam yang mudah dan cepat untuk dimasak, dihidangkan bersama sambal cili mengikut citarasa anda. Sedap dimakan bersama nasi putih dan biasanya dilengkapkan dengan lauk sampingan ringkas Indonesia seperti tempe goreng (protein soya).

Ayam Taliwang

Nikmati sajian ayam goreng Indonesia yang berempah dan savuri ini, dan pasti akan membuat anda mahukannya lagi!

Rendang Daging

Rendang Daging adalah masakan daging berempah dari Indonesia, dan ia sangat digemari ramai, terutamanya komuniti Melayu. Rendang daging ini boleh digantikan dengan ayam atau kambing dan ia terbaik dimakan bersama nasi! Resipi ini mudah untuk diikuti dan dihasilkan dengan hanya 3 langkah! Pastikan Rendang Daging direneh dengan api perlahan selama 1 jam atau sehingga ia bertukar menjadi perang gelap untuk mendapatkan tekstur yang lebih baik. Memang sangat berbaloi!
Recipe

Begedil Indonesia

Dikenali di Indonesia dan Malaysia sebagai begedil, ianya garing di luar dan sangat empuk di dalam. Begedil yang digemari ramai ini biasanya digandingkan dengan Soto Ayam & Nasi Lemak. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama hidangan lain.

Garang Asem

Kaya dan pedas, Garang Asem Bumbung adalah kari santan ayam Indonesia yang pasti membuat anda mahukannya lagi! Satu sudu masakan kari ini akan meletuskan palet anda dengan lapisan rasa yang mengagumkan, semuanya daripada kombinasi rempah ratus Asia Tenggara, dan cara memasaknya - goreng, reneh dan kemudian dikukus dalam pengukus buluh. Nikmatnya bersama nasi kukus!

Ikan Goreng Kicap

Buat pencinta ikan, resipi Ikan Goreng Kicap ini khas untuk anda! Seekor ikan, segar dan diperap dengan serbuk kunyit dan tepung jagung, digoreng sehingga garing keemasan bersama sos kicap pekat dipenuhi umami. Cukup enak dimakan sejurus selepas masak dan disajikan bersama daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.
Recipe

Ikan Kerisi Asam Jawa

Menganjurkan jamuan makan malam kecil-kecilan bersama keluarga dan rakan-rakan? Apa kata anda cuba masak Ikan Kerisi Asam Jawa - sajian yang akan membuatkan palet rasa anda bergelora! Seekor ikan yang dimasak dalam campuran masam dan pedas dengan rempah serta herba Asia Tenggara, dan… nanas! Jika anda kurang gemarkan rasa pedas, anda boleh kurangkan cili merah dalam pes rempah.

Nasi Goreng Indonesia

Nasi goreng Indonesia adalah antara hidangan paling popular di Indonesia dan seluruh Asia. Cepat, penuh rasa, autentik dan sesuai dimakan pada bila-bila masa dari sarapan ke makan malam. Ia boleh dimasak bersama pelbagai jenis daging dan sayuran, ayam antara pilihan yang paling popular. Cara masakan menggunakan sambal goreng ini menjadikan Nasi Goreng Indonesia bersama ayam kami sebagai makanan selesa Asia utama yang paling cepat, mudah dan enak.

Kerak Telur (Nasi Pulut Telur Dadar Pedas bersama Kelapa Parut)

Bukan telur dadar sarapan pagi kebiasaan, Kerak Telur adalah sajian telur dadar dari Betawi, budaya masyarakat asli dari Jakarta. Terdapat banyak ciri-ciri yang membuatkan hidangan ini menarik perhatian ramai, tetapi yang paling penting - penggunaan beras pulut, yang membuatkan telur dadar ini tebal dan kenyal. Tip mudah - Kerak Telur menggunakan telur itik secara tradisionalnya, kerana bukan sahaja ia lebih berkhasiat berbanding telur ayam, tetapi lebih berkrim dan berperisa!

Lontong

Lontong adalah hidangan yang mengandungi nasi impit direndamkan bersama kuah kari sayuran dengan santan. Selalunya ditemui di Indonesia, Malaysia dan Singapura. Hanya dengan dua langkah mudah, mengisar dan menumis pes rempah sebelum sayuran dan santan ditambah. Ya, as semudah itu untuk menghasilkan Lontong di rumah!

Sajian Indonesia

Indonesia adalah sebuah negara yang kaya dengan tradisi dan sejarah. Juga, makanan dan sajian Indonesia adalah biasan kepada budaya dan sejarahnya. Setiap resipi Indonesia mempunyai cerita tersendiri bergantung kepada wilayah di Indonesia ia berasal serta jika ia dipengaruhi oleh profil rasa dari negara lain, seperti Thailand, China atau Malaysia. 

Rempah ratus, herba dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan Indonesia telah memberikan kesegaran dan keunikan identiti yang tersendiri di Asia Tenggara. Nasi goreng dan nasi campur seperti ‘Nasi Goreng’ dan ‘Nasi Padang’ adalah keistimewaan hidangan Indonesia, tetapi wilayah ini juga menawarkan masakan kari daging savori dan pemanis mulut tradisional.

Makanan dan Budaya Indonesia

Profil rasa masakan Indonesia sangat berbeza mengikut wilayah. Sebagai contoh ‘Sate Sambas’ - terdapat lebih 30 resipi berbeza di seluruh Indonesia, dengan setiap resipi diadaptasikan untuk mewakili citarasa dan profil rasa tempatan. Bergantung dari mana anda mendapatkan hidangan daging manis bercucuk ini, anda akan menikmati variasi bahan-bahan yang digunakan, dari santan kepada campuran kari berrempah.

Mahu melancong ke Indonesia? Panduan kami berguna dalam memberikan informasi yang anda perlukan untuk mencuba variasi citarasa sajian Indonesia. Jika anda berada di Padang, Medan ataupun Bandung, pastikan anda mencuba hidangan Indonesia ikonik yang terdapat di sana:

  1. Panduan Lewat Malam di Padang

  2. Panduan Lewat Malam di Medan

  3. Panduan Lewat Malam di Bandung

Cuba Resipi Sajian Indonesia Kami!

Dari hidangan popular ‘Nasi Goreng’ kepada sajian daging savori seperti ‘Soto Ayam’ dan ‘Ayam Penyet’ yang klasik, masakan Indonesia akan memberikan kejutan dengan kepelbagaian dan variasi. Daripada keluar untuk makan malam, apa kata anda mencuba resipi Indonesia kami di rumah nanti? 

Dilengkapi dengan gambar, sebuah video dan panduan langkah demi langkah, Asian Food Network mempunyai koleksi resipi yang sempurna untuk memuaskan citarasa Indonesia anda.

Semarakkan selera anda dengan resipi Indonesia kami - mudah untuk diikuti, senang dan autentik.

Sudah Mencuba Resipi Kami? Kongsi Bersama Kami di Media Sosial

Suntikkan kelainan pada resipi kami dan hasilkannya dengan cara anda sendiri! Kongsi hidangan Indonesia anda bersama kami dengan tag di Instagram! Untuk resipi baharu, pastikan anda terus mengikuti kami di laman Facebook kami!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.