Panduan Lewat Malam: Cebu, Filipina

Panduan Lewat Malam: Cebu, Filipina

Cebu terkenal dengan banyak perkara, makanan yang enak, aktiviti solo atau mesra keluarga, kami akan memberikan panduan untuk anda lakukan di Cebu pada siang hari, dari hidangan panggang kepada golf mini.

Cebu adalah antara destinasi pelancongan popular di Filipina, dengan menampilkan pesisiran pantai pasir putih dan lokasi menyelam yang mengagumkan. Dikenali sebagai Queen City of the South, Cebu City mempunyai potensi besar dalam bidang perdagangan, perniagaan, pendidikan dan infrastruktur kerana lokasinya yang strategik dan sentral. Merupakan bandar paling tua dan ibu negara asal Filipina, Cebu mempunyai banyak lokasi sejarah dengan cerita-cerita yang menarik. 

Ketika siang hari, anda boleh memilih untuk mengikuti lawatan pelancongan ke tempat bersejarah di sekitar kota, atau menyelam di laut untuk mencari hidupan laut yang cantik dan penuh misteri. Tetapi apabila matahari mula terbenam, anda mungkin akan tertanya apa yang ada di Cebu. Untuk menjelajahi bandar yang pesat membangun itu, ini adalah Panduan Lewat Malam untuk syurga tropikal Cebu.

Makan

The Pig and Palm

MSY Tower, Pescadores Rd. Cebu Business Park, Cebu City

Isnin hingga Ahad | 11am – 12am

Cef British berbintang Michellin, Jason Atherton memberikan penghormatan kepada isterinya yang berbangsa Filipina dengan membuka restoran pertamanya di kampung isterinya di Cebu. Restoran ini menawarkan menu tapas Sepanyol moden yang fokus pada hidangan daging babi dan juga menampilkan sebuah bar dengan koktail yang inovatif. Fakta menarik! Nama restoran ini sebenarnya digunakan kerana Cef Jason pernah membayangkan babi-babi di Filipina sedang beristirehat di tepi pantai dan juga di bawah pokok kelapa. 

Restoran ini menampilkan susunan atur tradisional pada ruang makan utama dan kerusi bar yang boleh melihat cef sedang beraksi, dalam menyediakan hidangan. Walaupun diuruskan oleh cef berbintang Michellin, The Pig and Palm ini sangat berbaloi dengan kualiti makanan yang disajikan.

Restoran ini menggunakan bahan-bahan tempatan (daging babi datang dari kandang tempatan di Cebu). Jika ada satu hidangan yang anda perlu cuba, sudah tentu ia adalah Confit Pork Belly.

Daging babi disaluti garam selama tiga jam, kemudian dibarbeku, dan dimasak selama 24 jam! Bahagian perut babi yang disukai ramai ini disertakan dengan jem bawang dan karamel epal, bersama puri kentang dan cous-cous brokoli. Bahagian dalam daging yang lembut dan kerangupan sempurna pada bahagian luar.

Sugbo Mercado

Garden Bloc di IT Park | Khamis hingga Ahad | 5PM – 1AM

Cebu Business Park | Jumaat hingga Ahad | 4PM – 12AM (Dibuka pada 18 Nov)

City di Mare SRP | Jumaat hingga Ahad | 5PM – 11PM 

Tiada lokasi yang lebih tepat untuk menikmati variasi hidangan Filipina selain pasar makanan hujung minggu bukan? Sugbo Mercado adalah tempat yang sempurna buat pengusaha makanan Cebu untuk memperkenalkan hidangan atau produk mereka kepada penduduk tempatan dan pelancong. Dengan tiga lokasi strategik di sekitar Cebu, anda pasti tidak mahu melepaskannya.

Dengan lebih lima puluh buah kedai makan, anda pasti mempunyai banyak pilihan nanti. Jika anda mahu Lechon, Yakitori, Paella atau hidangan antarabangsa lain, anda perlu pergi ke sana. Pergi bersama rakan-rakan dan cuba daripada pelbagai kedai. Dengan itu, pasti perut anda mempunyai ruang untuk mencuba semua dan pemanis mulut nanti. Makanan dan minuman yang bagus perlu disertakan dengan muzik yang bagus. Kumpulan muzik akustik dan penyanyi akan menemani anda dengan lagu-lagu hit dan klasik.

Larsian Barbecue

Don Mariano Cui St, Cebu City, Cebu, Philippines

Isnin hingga Ahad| Dibuka 24 jam

Larsian adalah syurga barbeku yang menawarkan daging dan makanan laut panggang dengan pencucuk yang murah. Anda boleh memilih bahan-bahan yang anda suka dan pemilik gerai akan memanggang dan hidang kepada anda. 

Chorizo de Cebu adalah panggangan yang diperap manis berasap dengan sempurna. Lengkapkan pengalaman anda dengan hidangan terkenal Cebu; nasi gantung, atau juga dikenali sebagai “Puso”, adalah nasi yang dibalut dengan daun kelapa, sama seperti ketupat. Anda jangan pula meminta kutleri. Anda akan diberikan sarung tangan plastik supaya anda boleh makan seperti penduduk tempatan - menggunakan tangan. Larsian adalah restoran yang tidak mahal, anda boleh ke sana bersama rakan-rakan dan anda tidak akan melanggar bajet anda.

Gemma’s Puto Maya

Carbon Public Market, Cebu City, Cebu, Philippines

Isnin hingga Ahad | 24 jam

Jika anda mencari tempat makan yang murah, 

Carbon Public Market adalah pilihan yang terbaik. Ia menawarkan antara hidangan yang paling menyelerakan dan murah di Cebu, dan Gemma’s Puto Maya’s Puto Sikwate adalah salah satunya.

Kombo sarapan pagi yang popular buat penduduk tempatan, anda akan disajikan dengan sepinggan puto (nasi pulut) bersama gula untuk meningkatkan rasa dan secawan sikwate (coklat panas) pasa harga yang rendah. Sarapan pagi yang penuh energi!

Aktiviti

Melvin’s Reef Black Light Mini Golf

Sky Experience Adventure, Tower 1, Crown Regency Hotel and Towers, Fuente Towers, Fuente Osmeña Blvd, Cebu City, 6000 Philippines

Isnin hingga Jumaat | 2PM – 12AM

Sabtu hingga Ahad | 10AM – 2AM

Peluang anda untuk menonjolkan bakat seperti Tiger Woods dan mendapatkan hole in one. Melvin’s Reef Black Light Mini Golf menawarkan pengalaman golf di bawah permukaan air untuk anda bertanding dengan rakan-rakan bersama sinaran ultraungu hidupan laut dalam di sekeliling anda. 

Pengalaman sinaran dalam gelap yang laur biasa, seluruh lapangan golf ini disinari dengan warna-warni. Padang golf 9 lubang ini akan memberikan aktiviti yang relaks dan muda buat yang muda serta tua.

Terdapat banyak pilihan makanan yang akan mambuat anda kenyang dari malam hingga keesokan harinya, perut anda akan berterima kasih kepada anda. Berjalan untuk melawat lokasi bersejarah di sekitar kota tertua ini, dan apabila anda lapar semula, anda boleh ulanginya semula. Makan adalah cara terbaik untuk anda mengenali budaya sesebuah kota itu.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.