Pelbagai Jenis Mee

5 jenis mee Asia yang anda boleh mengantikan pasta.

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli

  5 jenis mee Asia yang boleh menggantikan pasta.

Jenis Mee Popular di Asia

Mee adalah satu makanan ruji dalam masak Asia, disamping nasi yang gemari ramai. Beberapa jenis hidangan Asia menggunakan jenis mee spesifik yang diperlukan untuk memberi keseimbangan perisa dan tekstur, manakala ada jenis mee boleh diguna untuk eksperimen, sama seperti bagaimana anda memilih mee untuk dinikmati di gerai mee sup kegemaran! Anda boleh boleh dapatkan mee hampir di mana saja dan ianya sesuai untuk hidangan sup, gorengan, salad, popia dan pastri goreng. Terdapat lebih daripada 10 jenis mee digunakan di seluruh benua, tetapi di sini kami memberikan fokus kepada 5 jenis mee paling popular dan wajar dikongsikan.

 

Cara-cara Penggunaan: Jenis Mee Asia Berbeza

Mee Udon

Fakta mee udon:

  • Mee gandum putih

  • Mee Jepun paling tebal

  • Saiz gemuk

  • Memberikan tekstur kenyal dalam setiap gigitan dan lenturan ketara bila diangkat dengan penyepit

  • Mempunyai perisa semula jadi dan sangat sesuai diganding bersama bahan-bahan kuat seperti halia dan kicap soya

     

    Cara-cara masak mee udon:

  • Selama 2 hingga 3 minit, rendam mee udon segar sehingga empuk dalam mangkuk berisi air mendidih bergaram. Jika mee kering, rendam selama 8 minit

  • Tapiskan mee dan bila sekejap di bawah aliran air sejuk untuk menghentikan proses masakan dan membuang sedikit kanji daripada permukaan supaya mee tidak melekat

     

    Cara-cara menyimpan mee udon:

  • Mee udon segar perlu disimpan dalam peti sejuk dan digunakan sebelum tarikh luput

  • Mee udon kering akan tahan lebih lama di almari dapur, jauh dari cahaya matahari

Mee ramen

 

Fakta mee ramen:

  • Mee telur kuning dan mee gandum kuning ala Cina

  • Nipis dan sangat panjang

  • Tekstur kenyal disebabkan penggunaan air alkali dalam doh

 

Cara-cara masak mee ramen:

  • Masak mee ramen segar dalam air panas atau brot mendidih selama 1 hingga 2 minit

  • Mee ramen kering perlu dimasak lebih lama sampai empuk

 

Cara-cara menyimpan ramen:

  • Mee ramen buatan sendiri boleh diletak atas kertas pembakar yang ditepung. Bungkus dan bekukan sehingga keras sehingga 2 minggu. Tidak perlu dinyahbeku sebelum memasak

  • Mee kering dibeli dari kedai boleh disimpan sehingga tarikh luput, jauh dari panas

     

    Mee wanton

  • Fakta mee wantan:
  • Berasal dari Canton, kini digelar Guangzhou

  • Sangat popular dalam hidangan Hong Kong

  • Pelbagai jenis saiz nipis dan lebar

     

    Cara-cara masak mee wantan:

  • Masak mee wantan dalam periuk berisi air bergaram mendidih selama 30 hingga 40 saat, jangan terlebih sehingga 1 minit

  • Bilas dengan air sejuk dan tapis sehabis baik untuk mengelakkan terlebih masak, sebelum mee digunakan untuk hidangan sup atau gorengan

     

    Cara-cara menyimpan mee wantan:

  • Mee wantan kering dalam pek yang dibeli dari kedai boleh disimpan di tempat kering dan sejuk, jauh dari cahaya matahari

 

Mee beras

Fakta mee beras:

  • Dibuat dari tepung beras dan air, kadangkala ditambah dengan tepung ubi atau tepung jagung untuk tambahan tekstur kenyal dan rupa jernih

  • Jenis popular di Asia adalah mee beras leper dan vermiseli beras

  • Vermiseli beras tebal biasa digunakan dalam hidangan laksa yang popular

 

Cara-cara masak mee beras:

  • Vermiseli beras dimasak dengan menuangkan air ke atasnya dan biar direndam sehingga lembut

  • Mee beras leper dimasak seperti pasta dalam air bergaram mendidih

 

Cara-cara menyimpan mee beras:

  • Mee beras segar boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3 hingga 4 hari

    Mee beras kering dibeli dari pasar raya boleh disimpan di tempat sejuk dan kering sehingga tarikh luput

     

    Mee tang hoon

    Fakta mee tang hoon:

  • Juga dipanggil mee soohoon

  • Dibuat dari kanji seperti kacang hijau, keladi atau keledek

  • Menjadi jernih bila dimasak

  • Kenyal dan tidak mempunyai perisa, jadi sesuai dihidang dengan sos atau kuah berlainan jenis

     

  • Cara-cara masak mee tang hoon:
  • Sebelum dimasak dalam sup atau digoreng, mee tang hoon mesti direndam dalam air panas selama 5 hingga 15 minit untuk biarkan ia mengembang

  • Ikut resipi Kekapis Selar dengan Tang Hoon kami untuk cuba masak mee ini

  • Cara-cara menyimpan mee tang hoon
  •  

    Mee tang hoon mentah dibeli dalam pek boleh disimpan di tempat sejuk dan kering, jauh dari cahaya matahari

     

 

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.