Waktu Perayaan yang Menyelerakan: Perayaan Tahun Baharu Cina di Vancouver dan Hong Kong

Waktu Perayaan yang Menyelerakan: Perayaan Tahun Baharu Cina di Vancouver dan Hong Kong

Terdapat daging bakar Kantonis yang enak - itik berjus, ayam potong putih, kulit babi rangup, dan ikan kukus - kegemaran saya. Di Vancouver, selalu terdapat ikan kod batu, tangkapan nelayan tempatan. Isinya berwarna putih, kenyal dan padat (ia adalah ikan air sejuk - kita berada di Kanada, sudah tentu), dan selalu dikukus mengikut tradisi Kantonis. Dengan bawang merah, halia racik helai, soya, daun bawang dan bawang merah lebihan untuk hiasan atas. Siraman minyak panas di akhir membangkitkan aromanya.

Jika hubungan saya dengan Tahun Baharu Cina adalah satu status Facebook, ia akan ditulis sebagai “It’s Complicated”.

Saya berhijrah ke Kanada dari Hong Kong pada umur satu tahun, dan tidak pernah walaupun sekali melawat Hong Kong (atau Asia, secara amnya) ketika saya membesar. Simbol tradisional ketika Tahun Baharu Cina - sampul merah, memakai pakaian merah, pergi ke pasar bunga, dan ucapan empat perkataan, rasa seperti aktiviti kebiasaan. Walaupun mengembirakan, ia tidak memberi makna kepada saya.

Tetapi makanannya, berbeza.

Hidangan untuk jamuan makan malam, adalah hidangan yang penting ketika Tahun Baharu Cina.

Sebagai pencinta makanan, bahagian Tahun Baharu Cina  yang saya paling gemar adalah duduk bersama untuk ‘Tuen Neen Fan’ - jamuan makan malam dalam bahasa Kantonis. Dalam tradisi orang Cina, jamuan ini berlaku pada malam Tahun Baharu Cina di mana seluruh keluarga berkumpul untuk menikmati hidangan yang penuh makna.

Sepinggang ikan kukus yang direndam dalam kicap wangi, adalah hidangan yang wajib ketika perayaan.

Terdapat daging panggang Kantonis yang enak - itik berjus, ayam potong putih, kulit babi rangup, dan ikan kukus - kegemaran saya. Di Vancouver, selalu terdapat ikan kod batu, tangkapan nelayan tempatan. Isinya berwarna putih, kenyal dan padat (ia adalah ikan air sejuk - kita di Kanada, sudah tentu), dan selalu dikukus mengikut tradisi Kantonis. Dengan bawang merah, halia racik helai, soya, daun bawang dan bawang merah lebihan untuk hiasan atas. Siraman minyak panas di akhir membangkitkan aromanya.

Kek beras pulut yang manis dan enak digoreng menjadi snek lazat pada Tahun Baharu Cina.

Akhirnya, hidangan ‘Neen Go’, kek beras pulut manis dalam bahasa Kantonis, dipotong petak, dicelup dalam telur dan goreng sehingga perang dan rangup. Dan Ho See Fat Choy, hidangan lumut hitam, pea salji, cendawan, wood ear dan tiram kering.

Saya tahu apa yang anda fikirkan: “ adakah ini di Kanada?!” Ini adalah kerana Vancouver adalah mini Hong Kong.

Tidak seperti kanak-kanak imigran Asia yang mempunyai cerita tentang menjadi ‘only Asian in school’, saya dikelilingi dengan orang seperti saya. Makanan, budaya, bahasa- tetapi saya merasa terpisah dari budaya Cina. Kehidupan di sekolah, kehidupan sosial, dan budaya popular yang saya ikuti dalam budaya barat: saya suka pasta dari nasi goreng, menonton Food Network, Gossip Girl, dan mendengar muzik R&B.

Kemudian, kehidupan membawa kelainan yang menarik.

Pada tahun 2014, saya berpindah balik ke Hong Kong, dan merayakan Tahun Baharu Cina di bandar kelahiran untuk kali pertama. Bermula dari detik itu, saya sudah merayakan tahun baharu sebanyak empat kali di Hong Kong. 

Pada mulanya, ia merupakan pengalaman yang lucu, berada di tempat asing tapi mengambil bahagian dalam tradisi yang sama, membeli baju merah baharu dan menikmati makanan tradisional yang sama. Rasa dari daging panggang dan Neen Go terutamanya menjadi ingatan tentang sambutan CNY semasa kecil di Kanada.

Ho See Fat Choy, hidangan yang dijamu untuk kesejahteraan terutamanya pada Tahun Baharu Cina

Ikan di kukus dengan bahan-bahan yang sama, tetapi kebiasaannya adalah ikan siakap tempatan, dagingnya lebih halus dari ikan kod batu yang biasa saya nikmati. Saya mempelajari bahawa Yu (fish) bermaksud kekayaan. Tentu sekali, terdapat nasi kukus dan sup yang enak, dan akhirnya yang paling popular Ho See Fat Chow, yang saya pelajari kemudiannya bermaksud “Kelakuan Baik, Memberi Kekayaan”.

Biji tembikai panggang, kadang-kadang dengan sedikit garam, snek Tahun Baharu Cina yang membuat anda ketagih

Terdapat satu memori Tahun Baharu Cina yang tidak dapat saya lupakan, kerana ia membuatkan saya dapat menghubungkan diri saya yang lepas dan sekarang. Di Kanada, ibu saya sering menikmati snek Gua Zi, atau biji tembikai panggang pada Tahun Baharu Cina. Dia akan menikmatinya beratus-ratus ketika menonton TV dan meninggalkan kulitnya yang banyak di atas meja kopi. Saya selalu ingatkan ia sesuatu yang lucu, kerana itulah satu-satunya masa yang dia akan membuat sepah. Beberapa tahun kemudian, apabila saya merayakan CNY di Hong Kong, saya dapati kakak ibu saya, Makcik May, melakukan benda yang sama.

Bagaimana dengan tradisi?

Berpindah dari Kanada merapatkan hubungan kekeluargaan, dan membolehkan saya menimba pengalaman tradisi dengan pandangan baharu.

Semua “aktiviti”- bertukar ucapan, menerima paket merah, dan makanan simbolik, menjadi lebih bermakna, dan perasaan terpisah yang saya rasakan ketika membesar kini telah hilang… jadi dalam dunia Facebook, anda boleh mengatakan hubungan saya dengan CNY adalah “In a relationship” - dan anda tahu bukan? Saya rasa ia akan bertahan selamanya.

Debbie Wong adalah seorang yang belajar memasak sendiri dan mempunyai latihan sebagai seorang pelakon di Hong Kong. Dia merupakan pengacara untuk Food Wars Asia, Kitchen Quickie, dan rancangan siri kulinari antarabangsa di YouTube-Debbie Wong’s Wok and Gong. Ikuti dia di semua laman sosial @ms.debbiewong.

Untuk lebih cadangan dan resipi enak pada Tahun Baharu Cina, layari laman Tahun Baharu Cina 2020 kami.

 

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.