Ulasan: Nikmati Burger Bulgogi Penuh Jus dan Ayam Goreng Manis-Pedas di Burger

Ulasan: Nikmati Burger Bulgogi Penuh Jus dan Ayam Goreng Manis-Pedas di Burger

Kedai burger yang mesra kanak-kanak di Orchard Road, Singapura ini menarik perhatian dengan citarasa Korea dan ais krim

Sama ada memesan hidangan utama, sampingan atau minuman, anda akan sedar dengan pantas yang kedai burger Singapura di Wisma Atria dan Clark Quay Central bukan biasa-biasa. Ia penuh dengan citarasa untuk semua yang di dalam menu. Ayuh kita huraikan.

 

(1/21) Hidangan

Makanan segera Amerika-Korea

(2/21) Apa Yang Berada Dalam Menu

Burger, Ayam Goreng, Kentang Goreng, Minuman, Ais Krim, Hidangan Kanak-Kanak

Menu yang panjang untuk kedai makanan segera, walaupun untuk sarapan pagi. Tetapi anda perlu mencuba salah satu daripada 11 burger, 6 perisa ayam goreng, susu kocak, atau minuman beralkohol. Untuk kanak-kanak pula, mereka boleh memilih seleksi set kombo kanak-kanak yang berharga S$10.50 setiap satu. Hidangan ini adalah versi mini kepada burger biasa bersama susu atau air minuman ringan.

    Lihat sini untuk menu, laman web di sini

(3/21) 11 Burger Perlu Cuba

Pilihan Utama: Truffle Burger

Truffle Burger yang berharga $21, adalah yang paling mahal tetapi cukup berbaloi. Anda akan merasai aroma truffle berasap, puri truffle tiga cara, parutan truffle liar, dan mayonis truffle. Di antara semua itu, terdapat cendawan butang berdesis, bawang karamel manis dan bintang utama, patti daging lembu Amerika Syarikat yang masin dan berlemak dengan jus mengalir di atas roti ban mentega cair.

Truffle Burger, adalah yang paling mahal antara kesemua 11 burger dengan harga $21, dengan truffle yang disediakan tiga cara. Foto: Burger+

Kemudian terdapat burger lain, 10 lagi sebenarnya. Kini hampir semua burger berharga $15 ke bawah, termasuklah Cheese Burger dan Korean Bulgogi Burger yang istimewa. Bahan tambahan yang paling popular berharga dari $2 hingga $3, seperti hirisan truffle, bakon dan keju.

Anda dinasihatkan untuk memakannya terus, kerana ban tepung ubi cukup enak dimakan tetapi tidak ketika di tangan anda. Disediakan sendiri setiap hari, ianya cukup lembut untuk dimakan. Tetapi ketika dipegang, ia akan lembap di bawah daging yang berjus.

Tiga daripada empat burger istimewa Burger+. Dari kiri ke kanan: Double Cheeseburger, Avocado Burger dan Korean Bulgogi Burger. Yang terakhir adalah Truffle Burger (gambar atas) Foto: Burger+

(4/21)  Enam Ayam Goreng Dengan Campuran Manis-Pedas

Pilihan Utama: Hot Yangnyeom Chicken, Soy Garlic Chicken

Chimaek, singkatan untuk “ayam”, dan “maekju = bir” adalah apa yang dimakan oleh jutaan penduduk Korea selepas kerja. Ia seperti makan lewat malam Singapura iaitu roti prata dan teh tarik (teh susu manis), dalam kata lain - seperti tulang belakang. Di sini, anda boleh memilih enam perisa ayam klasik Korea, di antara 3 - 18 ketul. Sama ada manis, pedas atau kombinasi kedua-duanya. 

Yangnyeom Chicken dan Hot Yangnyeom Chicken, adalah manis, pedas dan berjus. Yangnyeom adalah pes merah Korea yang dihasilkan daripada gochujang, atau pes cili merah dan gula perang. Secara khususnya, ia dijelaskan dalam menu sebagai “kepedasan membara yang tidak akan dilupakan”, dan kami merasakan, selepas mengelap peluh kami, ia bukan untuk yang tak tahan pedas.

Hot Yangnyeom Chicken, 6-ketul. Disediakan dengan pes manis-pedas tradisional Korea. Foto: Burger+

Yang manis pula adalah perapan klasik Korea iaitu Soy Garlic, dan Honey Chicken, kedua-dua adalah keistimewaan Burger+, diperap dengan sos kicap manis yang mudah dan melekit dan kemudian ditambahkan dengan bawang putih.

 Kemudian terdapat sesuatu yang dipanggil “Mixed Parts”. Saya mengharapkan ke arah prospek memakan satu pinggan berdesis dengan bahagian hati dan bahagian dalaman ayam lain yang selalunya disajikan di kebanyakan restoran ayam dan bir di Korea. Dengan kekecewaan, ia telah diterangkan “Mixed Parts” adalah hanya pilihan setengah atau seekor ayam, dipotong menjadi ketulan. Anda lihat, menu tanpa bahagian dalaman di Korea Selatan seperti menu tanpa teh di Britain.

Soy Garlic Chicken, 6-ketul. Foto: Burger+

Harga menjilat jari yang mahal tapi cepat buat kebanyakan pengunjung. Tetapi jika seorang yang boleh makan satu bakul ayam Korea, kedai ini pasti akan cepat berada dalam senarai anda

  • Artikel berkaitan: Ulasan: Ding Dong Menarik Perhatian dengan Sajian Kontemporari Asia Tenggara
  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Unggul Ayam Hingga Menjilat Jari
  • Artikel berkaitan:  Semua Resipi Korea Terbaik

 

(5/21) Truffle atau Bawang Putih - Mana Satu Hidangan Sampingan Terbaik:

Kentang goreng potongan tebal truffle dengan keju, minyak truffle dan mayonis truffle. Foto: Burger+

Pilihan Utama: Kentang goreng truffle

Kentang goreng truffle kini dengan mengalami momen hangat. Kebelakangan ini, ia berada dalam semua menu kafe burger. Dan ia adalah hidangan sajian yang memuaskan - dengan kentang potongan tebal bersama gaulan minyak truffle, hirisan keju savori dan mayonis truffle. Atau, jika anda adalah peminat kentang goreng bawang putih yang kurang dikenali, tunjukkan cinta anda padanya.

Dan, masih ada yang menyediakan udang goreng tepung yang gebu kini? Mereka masih melakukannya, dengan menggunakan resipi lama untuk mendapatkan kekenyalan yang rangup.. 

    Artikel berkaitan: Ulasan: Letusan Bebola Daging dan Banyak Lagi Hidangan di Go Noodle House

(6/21)  Sajian Kongsi Bersaiz Besar untuk Kumpulan

Jika anda datang berkumpulan yang sekurang-kurangnya lima orang, anda pasti mahu memesan sajian kongsi yang mengandungi ayam goreng, burger, kentang goreng dan hidangan sampingan lain yang berharga dari S$70 hingga S$190.

Sharing Platter Feast C dengan 25 ketul kepak dan gendang ayam, 12 ketul udang goreng tepung, lima burger dan dua kentang goreng biasa, di bawah S$90. Foto: Burger+


    Artikel berkaitan: Ulasan: Citarasa Greece di Bangkok di Fat Lamb Dine and Feast

 

(7/21) Sandwic Telur yang Memuaskan untuk Sarapan Pagi

Pilihan Utama: Egg Toast with Beef Bulgogi

Sajian sarapan pagi sepanjang hari dipakejkan lengkap dengan sandwic panas, yang dipenuhi dengan telur benua, ham, keju dan kopi Americano panas jika anda mahukan kombo.

Kami sarankan Egg Toast with Beef Bulgogi, bulgogi mayonis dengan kemanisan bersama kepingan nipis daging lembu - iaitu keistimewaan Korea.

Sajian sarapan pagi sepanjang hari dipakejkan lengkap dengan sandwic panas, yang dipenuhi dengan telur benua, ham, keju dan kopi Americano panas jika anda mahukan kombo.


    Artikel berkaitan: 10 Restoran Berkhasiat untuk Mencapai Matlamat Kesihatan 2020  Anda

(8/21) Minum Bersama Bir dan Soju

Pilihan Utama: Honey Avocado Milkshake, Soju

Sekarang jika anda mahukan pengalaman makan sebenar Korea, anda perlukan minuman. Dan di sini, mereka menyajikan lebih daripada bir. Pilih semua dari wain kepada bir stail Korea dan soju, minuman beralkohol kedua paling laris di Korea.

Seleksi daging lembu, yang menampilkan Gal Rae Hong Kong? Foto: Burger+

  • Artikel berkaitan: Panduan: Lokasi Hotpot dan Stimbot Terbaik

 

(9/21) Pencuci Mulut, Sajian Yang Tersendiri

Pilihan Utama: Woo Yu Jollypong Ice-Cream, Honey Avocado Milkshake

Di bawah harga S$6, ais krim Woo Yu Jollypong istimewa mereka akan membuat anda menjilat sudu anda. Woo Yu adalah ais krim vanila yang dihiaskan dengan snek nasi Korea iaitu Jollypong. Yang lain termasuklah Woo Yu Injeolmi and Red Bean yang popular, iaitu ais krim vanila dengan kiub nasi Korea dan kacang merah. 

Ini pula adalah susu kocak Amerika. Dan ia adalah pesanan yang baik untuk pencuci mulut dari minuman untuk dipadankan bersama sajian anda. Ia sememangnya pekat dan penuh krim, seperti sajian yang tersendiri. Ramai akan memilih Avocado Honey Milkshake dan Hazelnut, kedua-duanya di bawah S$10.

Honey Avocado Milkshake (dengan krim putar). Foto: Burger+

  • Artikel berkaitan: Ulasan: Pencuci Mulut Kacang Soya Klasik Mendapat Hembusan Baharu di Soylab Malaysia
  • Artikel berkaitan: Apakah Pencuci Mulut Horoskop Anda?
  • Artikel berkaitan: Panduan: 6 Biskut Coklat Cip Terbaik di Manila

 

(10/21) Berapakah Harga Bil? 

Burger S$7.90 – S$21 

Ayam Goreng  S$9.20 – S$24.80

Hidangan Sampingan S$4.50 – S$12.80

Sajian Kongsi S$66.90 – S$189.90

Ais Krim dan Susu Kocak S$4.80 – S$12.80 

  • Jimat bil anda dengan Chope Deals di sini

Sajian dengan Bulgogi Chicken Hotdog dan Bulgogi Pork Hotdog. Saduran gelap KOrea hadir bersama campuran istimewa kicap soya manis-minyak bijan. Foto: Burger+

 

(11/21) Suasana Yang Menjemput

Suasana yang menjemput, terutamanya dibiaskan oleh desainnya. Terdapat banyak tingkap dengan pemandangan di kedai yang terletak di pusat beli-belah Central di kawasan kelab Clarke Quay. Di pusat beli-belah Wisma Atria, kedai ini merangkumi ruang bulat tanpa pintu, seperti kereta sorong di dalam pusat beli-belah. 

Suasana keseluruhannya dibiarkan kasual, tetapi anda mungkin akan berasa seperti melangkah ke set video muzik K-pop, lengkap dengan alas meja monokromatik seperti marmar dan dekorasi lampu neon. Ia memberikan keseronokan. Latar akan dimeriahkan dengan muzik K-pop yang menarik buat pengunjung muda yang bergaya, walau bagaimanapun muzik yang kuat itu tidak akan menganggu perbualan, sesuatu yang dihargai.

Sebahagian daripada dekorasi Burger+ di Clarke Quay. Foto: Burger+

 

(12/21) Tahap Kebisingan

Mesra perbualan ketika makan tengah hari, lebih kuat ketika makan malam.

(13/21)  Berjaan, Bas atau Tren?

Sangat mudah diakses, berlokasi di aras 1 di pusat beli-belah Wisma Atria di kawasan beli-belah Singapura di Orchard, berdekatan dengan Stesen MRT Orchard yang terletak di bawah pusat beli-belah itu, dengan bas berada di luar. Ia juga boleh pergi melalui pusat beli-belah di sepanjang Orchard dan Scotts Road, dengan laluan bawah tanah.

Jika ada memandu, tempat meletak kenderaan di Wisma Atria selalunya kosong berbanding pusat beli-belah berdekatan, seperti Ion dan Takashimaya.

Di Clarke Quay, ia berlokasi di aras 1 pusat beli-belah The Central, yang boleh pergi dengan menggunakan MRT Clarke Quay yang berada di bawah.

Sebahagian daripada dekorasi Burger+ di Clarke Quay. Foto: Burger+

 

(14/21)  Lagi Satu Perkara

Tidak menyajikan bahagian dalaman ayam Korea istimewa, seperti jantung, kulit, hati dan banyak lagi yang selalunya dipesan bersama ayam goreng di restoran ayam dan bir di Korea Selatan.

 

(15/21)  Lokasi dan Waktu Operasi

Wisma Atria 435 Orchard Road #01-37/38 Singapore 238877 Ahad hingga Khamis: 8am hingga 10pm Jumaat hingga Sabtu: 8am hingga 11pm

Clarke Quay Central 6 Eu Tong Sen Street #01-07 Singapore 059817 Ahad hingga Khamis: 8am hingga 1am Jumaat hingga Sabtu: 8am hingga 3am

 

(16/21) Had Pemakanan

Pilihan vegetarian yang terhad, tiada pilihan vegan. Burger vegetarian adalah Vege Cheeseburger dengan avokado dan cendawan portobello.

  • Artikel berkaitan: 10 Sajian Berkhasiat Filipina Yang Mesti Cuba
  • Artikel berkaitan: 10 Restoran Berkhasiat untuk Mencapai Matlamat Kesihatan 2020  Anda

(17/21)  Sijil Halal

Tiada

(18/21)  Akses Kerusi Roda

Ya. Kedua-dua cawangan Wisma Atria dan Clarke Quay adalah kedai satu aras di dalam pusat beli-belah dengan ruang yang besar di antara meja.

(19/21)  Mesra Kanak-Kanak

Ya, kerusi bayi disediakan.

(20/21) Tempahan

Tidak perlu, tetapi terbuka untuk tempahan dengan tiga cara: 1. Telefon +65 6694 1226 (Wisma Atria) atau +65 6909 5684 (Clarke Quay) atau 2. Email di sini atau 3. Mengisi borang atas talian. Laman web di sini

(21/21) Jimat Duit dengan Tawaran

Jimat bil anda dengan Chope Deals di sini

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki