Ulasan: Menyelerakan, Tanpa Sisa di Restoran Ladang Yang Berpatutan di Bangkok

Ulasan: Menyelerakan, Tanpa Sisa di Restoran Ladang Yang Berpatutan di Bangkok

Jika anda kerap makan di luar, anda akan perasan menu sudah banyak yang berubah. Ayam goreng tidak lagi hanya seperti itu, sebaliknya anda akan melihat sebagai “ayam bebas organik dari sumber lestari”.

Jika anda kerap makan di luar, anda akan perasan menu sudah banyak yang berubah. Ayam goreng tidak lagi hanya seperti itu, sebaliknya anda akan melihat sebagai “ayam bebas organik yang dari sumber lestari”. Tetapi sehingga kini, menu yang mesra alam ini selalunya mempunyai harga yang tidak mesra.

Walau bagaimanapun seorang cef, sedang cuba untuk mengubahnya dengan harapan menjadi restoran pertama tanpa-sisa dengan harga yang berpatutan. Cef Deepanker Khosla kelahiran India tidak setuju dengan melabelkan “organik” dan “lestari” sebagai trend sajian mewah.

“Kita semua mempunyai hak sebagai manusia untuk menikmati makanan yang bersih dan segar serta mampu milik. Dengan hidroponik, akuaponik dan model ladang kompos yang mampan diri di Haoma, kami boleh memperlihatkan kepada dunia contoh bagaimana pengembara kota dan syarikat besar dapat menghasilkan tanaman sendiri dengan bertanggung jawab.”
Suasana di Haoma. Foto: Haoma

Jika ia merasa seperti sebuah restoran eko yang sofistikated, ia memang sebenarnya. Restorannya, Haoma, adalah restoran berkonsep ladang urban yang terletak di kawasan yang sunyi dalam kesibukan kota Bangkok. Ia kelihatan seperti rumah hijau dua tingkat. Terdapat lebih 30 jenis sayuran, buah-buahan dan juga kolam ikan. Apa yang menarik di sini adalah kesemua air dan sisa akan dikitar semula sebagai baja atau makanan untuk ikan.

Pengunjung boleh melawat di luar restoran untuk melihat sayuran yang ditanam di sana, yang digunakan di dalam sembilan dan 13 sajian makan malam. Hampir semua menu di Khosla datang terus daripada tanaman yang diusahakan di sana atau di kawasan kejiranan, “dari pasar yang chef sous dan saya pergi setiap hari.”

“Saya melihat sekeliling untuk mengetahui apa yang ada dan meraikan bahan-bahan itu,” dia merumuskan teknik mengumpul sumber sebagai proses yang tidak menyekat. “Saya tidak mengekang diri saya daripada masakan lain. Semuanya memberikan inspirasi - Perancis, Itali, Mexico, India - tetapi tidak terbatas oleh semua itu,” bilang jejaka berusia 29 tahun itu, yang pernah bekerja di dapur dari Mumbai hingga Phuket.

Mempunyai akses yang mudah kepada bahan-bahan tempatan membenarkan Khosla untuk mengeluarkan kesegaran citarasa, dan eksperimental, yang dia betul-betul suka.

Tomato Mist. Foto: Haoma

Sajian Tomato Mist adalah elevasi daripada tomato yang mudah, dipadankan dengan bahan-bahan eklektik seperti barrage India, wei, saderi dan beri biru. Untuk sentuhan daging, cuba daging rusuk Wagyu oleh Khosla yang disempurnakan dengan pilihan berkhasiat seperti terung salai, cendawan mentah dan saduran belut.

Melon Terrine -Three Local Melons, Tom Kha Sorbet, Haoma Caviar. Foto: Haoma

Untuk minuman pula, Haoma menampilkan seleksi wain organik dan biodinamik. Lebih-lebih lagi, jika anda adalah pencinta koktail, jangan lepaskan peluang untuk mencuba koktail “Bell pepper”, “Coconut” dan “Grapefruit”. Minuman buahan yang bersih dan berperisa fokus, dan tidak dicampurkan dengan bahan-bahan yang mengelirukan.

Kesimpulannya, Haoma menawarkan kepada pengunjung sajian India mesra alam yang segar dan kepelbagaian. Dan ciri-ciri ini, menurut Khosla melambangkan masakan Thai, yang dia cintai. “Sajian Thai perlu dikekalkan dengan menghargai dan menghormati klasik dan tradisional. Saya sukakan menyuntikkan kesegaran dan keunikan pada masakan Thai. Seperti sajian India, hidangan Thai diciptakan untuk dikongsi beramai-ramai, pengalaman hidangan ‘stail keluarga’ akan merapatkan ikatan bersama, di antara semua bangsa dan budaya.”

Laman Web: www.haoma.dk

Alamat: 231/3 Sukhumvit Soi 31 Bangkok, +662 258 4744

Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad, 6-11pm

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.