Ulasan: Citarasa Greece di Bangkok di Fat Lamb Dine and Feast

Ulasan: Citarasa Greece di Bangkok di Fat Lamb Dine and Feast

Oleh Tristan Chan

Dengan keghairahan pada panggangan, cef berusia 20-an yang berbakat dalam memberikan sentuhan Thai pada sajian Mediterranean. Restoran di Bangkok milik Yakup Tangsongsirisak, Fat Lamb Dine and Feast dibuka dengan misi untuk meletakkan “sajian Mediterranean di lokasi yang tepat” di Bangkok.

Melangkah masuk ke restoran dan anda akan mendapati seni rekaan dalaman yang menenangkan yang digayakan berdasar bandar pesisiran pantai Greek, Santorini, dengan dinding putih dan latar biru laut.

Seni rekaan dalaman Fat Lamb. Foto: Fat Lamb

Dan sajiannya pula? Anda akan merasai sentuhan citarasa Mediterrannean dan rasa Thai yang tersendiri. Antara ciptaan istimewa termasuklah lamb shank yang dimasak selama 24 jam, bersama briam sayuran, atau ratatouille stail Greek. Terdapat juga paella yang penuh rasa dengan pimento Sepanyol berasap, safron dan sucuk Turki, yang merupakan sosej kering dan berempah.

Paella Sepanyol bersama makanan laut. Foto: Fat Lamb

Menerangkan masakannya sebagai “Mediterrannean moden dengan sentuhan Thai”, salah satu ciptaan Asia-Mediterrannean adalah sos ikan yang dia menggantikan cili panjang Thai dengan lada benggala panggang. Ini memberikan perasa asap dan kesan rasa yang pedas, sesuatu yang akan disukai oleh pelanggan tempatan.

Lamb Shank. Foto: Fat Lamb

Mengapa masakan Mediterranean? Cef Yakup telah jatuh cinta dengan sajian Mediterrannean dan Timur Tengah ketika dia pertama kali melawat Sepanyol, Itali dan Turki - negara-negara yang telah meninggalkan kesan mendalam. Dia merasakan sajian di sana mempunyai “citarasa yang kuat dengan menggunakan sedikit bahan-bahan”. Tetapi sebenarnya dia pertama kali terdedah dengan sajian begitu ketika di Chicago. Di sana, dia menerima sarjana dalam Culinary Arts, sebelum bekerja di hotel terkemuka dan restoran Michelin-Amerika-Mediterranean di negeri Amerika Syarikat yang paling ramai.

Walaupun bekerja di banyak dapur antarabangsa, Cef Yakup mencintai masakan Thai. Matlamatnya? Untuk mencapai cita-cita setiap cef Thai untuk meluaskan masakan Thai global di seluruh dunia.

Minuman Singing Bird. Foto: Fat Lamb

Dan mungkin ia tidak terlalu sukar.

Sudah menjadi antara masakan antarabangsa yang popular, Thai Towns menawarkan sajian Thai autentik yang masih berkembang di merata tempat, dari Los Angeles ke Tokyo. “Masakan Thai anda simbol kepada kebudayaan bangsa dan diperkayakan dengan warisan yang diturunkan dari generasi ke generasi dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia akan diteruskan untuk mengajar generasi selepas ini mengenai citarasa kami.”

Laman web: www.fatlambbkk.com

Alamat:  15 Phraramkao Soi 45 Suan Luang Bangkok Thailand

Waktu operasi: 

Selasa hingga Ahad dari 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.