Snek Hebat Singapura untuk Meraikan Hari Nasional: Bahagian 1

Snek Hebat Singapura untuk Meraikan Hari Nasional: Bahagian 1

Mencari idea makan untuk Hari Nasional Singapura? Ini panduan atas talian untuk snek yang enak, yang boleh dinikmati bersama. Baca artikel ini dan ketahui lebih lanjut.

Pada 9 Ogos, genggam bendera di sebelah tangan dan sebelah lagi makanan dan anda sedia untuk menyambut Hari Nasional. Diambil dari makanan popular di pulau ini, dari kegemaran sepanjang zaman kaya, kepada kulit ikan telur kuning asin yang sangat laris dan kerepek rendang yang luar biasa. Semuanya datang dengan jumlah yang sedikit untuk dinikmati atau dalam beg yang boleh ditutup kembali. Semuanya terdapat di supermarkets utama dan kedai runcit seluruh Singapura.

1. Kaya Pocky by Pocky dan Ya Kun

Kaya Pocky telah tiba. Akhirnya, pembuat biskut jejari popular Jepun, Pocky bersama-sama dengan jenama kopi tempatan Ya Kun berkoloberasi membuat pocky yang eksklusif untuk pasaran Singapura dengan Pocky yang diliputi sapuan kaya popular Ya Kun. Kebiasaannya ia disapu pada roti bakar, tetapi kali ini ia melapisi jejari biskut. Rasanya sedikit manis dari kaya biasa, tapi anda masih dapat merasa pandan dan kelapa. Secara eksklusif boleh didapati di Singapore Food Festival oleh  Singapore Tourism Board, STREAT, dan di semua kedai Ya Kun seluruh Singapura. Banyak tempat telah habis terjual. Ikuti di sini untuk perkembangan terkini.

Kaya adalah jam yang dibuat daripada santan dan dengan rasa dari daun pandan, ia merupakan sarapan kebiasaan di Singapura.

2.Kerepek Kentang Laksa Singapura oleh Snacky & Crips

Ini adalah kerepek perasa laksa, mengandungi rasa daun kari, sambal, santan dan udang tanpa mi sup. Walaupun tidak sama dengan laksa tetapi rasanya hampir sama dengan laksa. Bintangnya bukan kerepek tetapi taupok (tauhu) kering yang banyak dan inilah sebab untuk anda mencubanya. Terdapat di semua pasaraya utama.

Di Singapura, banyak persaingan menhasilkan laksa terbaik, dan diperakui anda boleh mendapatkan semangkuk mi santan udang pedas yang sungguh enak di kawasan kejiranan di timur Katong. Di sana anda akan menjumpai berderet kedai yang menjual laksa peranakan yang menarik perhatian ramai.

3. Kerepek Rendang oleh Mister Potato

Edisi terhad ini pada asalnya dibuat ketika menyambut bulan Ramadan, keperek rendang ini terlalu popular hingga ia masih dijual sehingga sekarang, walaupun telah tiga bulan berlalu. Kerepek ubi kentang tebal, ditaburi dengan rasa manis, dan rempah dari serbuk rendang. Ia datang di dalam tin, boleh ditutup kembali, mudah dibawa kemana-mana dan mudah juga untuk dikongsi bersama. Terdapat di semua pasaraya utama.

Rendang adalah santan, bawang putih, bawang goreng dan rempah ratus Asia Tenggara yang dikaramel, kebanyakkannya dimasak dengan ayam dan daging di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura. Cuba hidangan popular Asia Tenggara, rendang daging atau digantikan dengan ayam.

4. Kopi Avokado oleh LiHo

Kali ini, jenama minuman dan keju terkenal Singapura mengabungkan dua bahan kegemaran ramai - smootie avokado dan kopi. Minuman eksklusif untuk Hari Nasional, ia mengabungkan avokado manis berkrim dengan kepahitan kopi pekat, atau kopi yang anda jumpa di kedai-kedai di Singapura. Walaupun gabungan ini bukan baru, kelainannya terletak pada cara pembungkusannnya - dalam beg plastik secara tradisional.

Avokado bukan sahaja dengan kopi tetapi dikisar bersama gula melaka dalam smootie avokado gula melaka.

Boleh didapati hingga 30 September, di kedai-kedai: Orchard Gateway, Wisma Atria, Centrepoint, Bugis+, Lucky Chinatown, Haji Lane, The Central, V Hotel, Resorts World Sentosa, Sentosa, Marina Bay Sands, Vivo City

5. Ba Chang Ayam Nyonya oleh Joo Chiat Kim Choo

Dibuat oleh pembuat dumpling Joo Chiat Kim Choo, bachang ayam nyonya, atau dumpling nasi bersama ayam rempah ini sungguh enak, untuk dumpling di kedai runcit.

Setiap dumpling bersaiz kecil, berinti ayam dan pes rempah berinspirasi rasa nyonya dari bawang merah, kicap pekat dan lada hitam. Tetapi yang terbaik adalah ia mudah untuk di buka.

Daun pandan yang digunakan untuk membungkus beras pulut diganti dengan plastik mudah kupas. Walaupun mudah tetapi ia kehilangan aroma dari daun pandan. Mereka membuat setiap hari dalam dapur yang dijamin halal di Joo Chiat Kim Choo dan dijual dengan dua perasa, ayam nyonya dan ayam masin. Panaskan dalam ketuhar gelombang mikro sebelum makan.

Terdapat di kedai 7-Eleven.

6. Onigiri Sate Ayam oleh 7-Eleven

Sate ayam adalah antara bahan-bahan inti terbaru untuk onigiri. Bungkusan nasi rumpai laut yang sedia dimakan ini berinti ayam dengan sedikit rasa manis seperti sate. Dan kemanisannya datang dari sos sate yang enak yang kaya dengan rasa istimewa kacang tanah.

Terdapat di kedai 7-Eleven.

Sate, kebiasaannya dibuat daripada ayam atau daging gril, adalah hidangan jalanan yang popular di Asia Tenggara, terutama di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Lebih banyak cadangan snek di Bahagian 2.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki