Popular di Asia: Couchsurfing untuk Foodie

Popular di Asia: Couchsurfing untuk Foodie

Couchsurfing kini dengan kemas kini baharu untuk foodie.

Anda pernah cuba tangkap ikan keli dari dalam lumpur, kemudian cincang, perap dan panggang ikan keli yang ditangkap?

Sekarang anda boleh lakukan semua itu di rumah ladang di Chiangmai, Thailand. Dan di Kyoto, Jepun, cari dan kumpulkan sayur hijau tumbuh meliar untuk makan tengah hari dan belajar cara buat takoyaki (bebola sotong) untuk santapan snek.

Hidangan makanan. Gambar: Travelling Spoon

Terdapat beberapa pengalaman percutian yang ditawarkan di Travelling Spoon, platform couchsurfing yang dicipta oleh rakyat Amerika, Steph Lawrence dan Aashi Vel, diinspirasikan daripada pengalaman pengembaraan mereka di Asia Tenggara. Laman web pelancongan ini menawarkan pengalaman memasak tempatan bagi mereka yang melancong demi makanan, sebagai sebahagian daripada trend yang semakin popular, dipanggil gastro-tourism. Menurut laporan utama oleh perbadanan pelancongan makanan terkemuka, World Food Travel Association (WFTA), ia menunjukkan peningkatan permintaan untuk pengalaman memasak di rumah, di mana pelawat diberi peluang untuk mengalami masakan tempatan di rumah.

Tetapi ia lebih daripada sekadar ‘homestay’.

Restoran Raj, satu hentian dalam jelajah jalan kaki VegThisCity, menyediakan tosai rava sepanjang 3.7m dan memecahkan reko tosai terpanjang di Singapura.

Gambar: VegThisCity

Trend yang semakin mendapat perhatian di Asia, juga melibatkan jelajah makanan yang spesifik. Salah satunya adalah jelajah makanan berasakan tumbuhan oleh VegThisCity. Pengasas dan pemandu utama, Eiktha Khemlani, mereka bentuk jelajah sekitar Singapura ini untuk vegan dan vegetarian. Khemlani, yang menggambarkan Singapura sebagai “dunia makanan penuh magis ditunggu untuk diterokai,” berkata pulau moden ini boleh menjadi tempat yang tidak mudah untuk “mendalami dan menjalin hubungan dengan kisah dan individu di sebalik apa yang anda nikmati.” Antara pengalaman di VegThisCity termasuk menikmati jenis-jenis teh sebelum anda membuat sendiri kombucha, sejenis minuman penghadam, atau memahami seni mencari makanan (mencari herba dan bunga) untuk dijadikan hidangan, sepenuhnya daripada herba dan bunga-bunga tempatan yang boleh dimakan.

Selain daripada jelajah makanan khusus, jelajah makanan biasa untuk menikmati makanan terbaik di bandar ini juga berbaloi.

“Tanpa bantuan pemandu tempatan, mustahil untuk pelawat asing meneroka lebih daripada 14,000 gerai penjaja di bandar ini. Mereka mungkin boleh merujuk kepada panduan Michelin untuk dapatkan idea tetapi kebanyakan makanan penjaja terbaik tidak disenaraikan. Pemandu makanan perlu memahami bukan sahaja ke mana untuk membawa pelawat tetapi juga latar belakang dan sejarah setiap penjaja, termasuk makanan yang dijual,” kata Evelyn Chen, Presiden Akademi Asia Tenggara untuk indeks pemeringkatan restoran tahunan, World’s 50 Best Restaurants.

Semakin pelancongan makanan berkembang, jelajah makanan perlu mengenal pasti trend terbaru yang akan menjadi bualan pelawat seterusnya, dan memberikan pengalaman tempatan yang menarik.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki