Panduan: Sajian di Chinatown, Manila dalam Menyambut Kedatangan Tahun Tikus

Panduan: Sajian di Chinatown, Manila dalam Menyambut Kedatangan Tahun Tikus

Segar dengan kedatangan dekad baharu, Tahun Baharu Cina kini kian menjelma. Ketika Manila mengucapkan selamat tinggal kepada Tahun Babi, apa yang lebih baik untuk meraikan kehadiran Tahun Tikus dengan mencuba variasi sajian Cina di sekitar Binondo, iaitu Chinatown di Manila.

Dengan deretan rumah teh Cina yang terletak di hujung Sungai Pasig, Binondo di Manila adalah syurga buat pencinta makanan. Ia mempunyai beberapa pilihan yang terdiri daripada lokasi terkenal. Dan lokasi popular tersebut menampilkan barisan yang panjang kerana ia menyajikan hidangan Cina yang asli dan cukup menyelerakan.

Hot Prawn Salad di Ying Ying Tea House. Foto: Miguel Nacianceno

Lokasi pertama adalah Ying Ying Tea House, yang menyajikan hidangan dim sum. Dari dimsum, bubur, mi dan makanan panggang, restoran ini sangat sempurna jika anda mencari snek ringan atau mencari sajian lengkap. Hot Prawn Salad mereka adalah yang terbaik di seluruh kota, bersama Pork Blood yang akan habis dengan cepat.

Pencuci mulut bijan manis di Wai Ying Dimsum. Foto: Wai Ying Dimsum

Begitu juga dengan Wai Ying Dimsum, ia mempunyai segalanya yang ada dalam menu rumah teh. Tetapi, mereka juga terkenal dengan hidangan panggang, terutamanya itik panggang yang boleh dimakan bersama nasi atau bubur, atau disajikan bersama mi dan brot. Selain restoran utama, mereka turut mempunyai cawangan kecil yang terletak di medan selera 168, pusat beli belah yang popular di Binondo.

Ayam Goreng yang popular di Sincerity. Foto: Sincerity

Seperti dua restoran terdahulu, Sincerity adalah restoran dimsum  dengan asal usul Cina, tetapi ia telah berkembang ke sekitar Metro Manila. Ia membuktikan keenakan sajian mereka, terutamanya ayam goreng stail Cina dan pankek tiram.

Penyediaan dumpling di Dong Bei. Foto: Miguel Nacianceno

Jika anda mencari hidangan yang cepat dan mengidamkan dimsum, Dong Bei Dumplings adalah restoran kecil yang menyediakan dumpling segar di hadapan kedai. Dumpling yang diisikan dengan daging babi ini perlu anda cuba, sama ada anda sukakan minyak cili atau tidak, ia perlu anda cuba sekurang-kurangnya sekali.

Pekerja kedai sedang menyusun barang jualan di Eng Bee TIn Chinese Deli. Foto: Miguel Nacianceno

Dengan sentuhan tradisi oleh penduduk Filipina, Kek Tahun Baharu Cina, yang dikenali sebagai tikoy, adalah wajib dalam menyambut kehadiran tahun baharu. Penjaja di sepanjang Binondo akan mengayuh berkotak-kotak kek beras pulut ketika waktu ini. Antara yang terbaik boleh dijumpai di dua bakeri terkenal di sini, Eng Bee Tin Chinese Deli dan Ho-Land Hopia.

Bakeri ini bermula di Binondo dan kini telah berkembang ke seluruh Metro Manila. Mereka bukan sahaja terkenal dengan pastri tradisional seperti tikoy, kek bulan dan hopia, tetapi juga perisa yang baharu. Sebagai contoh di Eng Bee Tin, tikoy mereka kini menampilkan perisa lain seperti ube, keju, pandan, jagung manis, muscovado dan strawberi. Tidak ketinggalan, hopia di Ho-Land yang secara tradisionalnya dihasilkan dengan kacang hijau hitam dan putih, daging babi dan labu air, kini mempunyai versi nenas dan keladi pula.

Cold Brew Coffee di The Den. Foto Miguel Nacianceno

Buat yang mencari alternatif kepada makanan Cina, gelombang kopi ketiga telah berlabuh di Binondo dalam bentuk The Dern. Ia terletak di First United Building, bangunan dengan Art Deco yang pernah menjadi tempat berkumpul aktor dan aktres ketika zaman kegemilangan industri perfileman Filipina di Escolta Street di Binondo. Kafe ini menggunakan biji kopi Filipina oleh Kalsada Coffee.

Binondo mempunyai pelbagai citarasa, bukan sahaja pada pilihan makanan tetapi juga jalanan itu sendiri. Jalan tersebut sendiri meriah, bukan sahaja pada ketika Tahun Baharu Cina. Ia adalah kawasan yang perlu anda berjalan dan terokai sendiri. Di antara kedai-kedai, bank dan juga bangunan tinggi mempunyai sesuatu yang besar juga kecil menunggu anda untuk menerokainya. Sangat berbaloi kerana terdapat banyak lokasi untuk anda terokai dan makan di sepanjang pengembaraan.

Untuk lebih banyak cadangan dan resipi yang menyelerakan untuk Tahun Bahru Cina, terokai halaman Tahun Baharu Cina 2020 kami.

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.