Lewat tengah hari akan menyaksikan waktu puncak seterusnya buat pengguna kenderaan. Dan masa ini akan muncul pula penjaja bebola ikan, sama ada menyorong troli atau mengayuh basikal, dan ada juga yang menggunakan motosikal untuk membawa dapur kecil bersama. Terdapat wok yang berisi minyak yang digunakan sebagai kuali buat pelanggan untuk memasak bebola ikan, sotong dan ayam, juga kikiam (ngo hiang). Ada yang turut menjual sosej, dumpling, dan juga tokneneng yang merupakan telur rebus goreng yang disaluti dengan bater serbuk adas. Dengan menggunakan lidi, pelanggan boleh mengambil apa yang mereka mahu bersama seleksi sos seperti sos manis, sos pedas dan sos masam, yang direndam secara individu, atau dicampurkan bersama mengikut citarasa.