Panduan: Kuih Bulan Boba, Keto dan Berbagai Rasa Berani untuk Tahun 2019

Panduan: Kuih Bulan Boba, Keto dan Berbagai Rasa Berani untuk Tahun 2019

Tahun 2019 adalah satu anjakan luar biasa. Inilah boba terbaik, mesra keto dan kuih bulan yang menarik yang membuatkan 2019 satu tahun yang luar biasa buat semua. Baca sekarang.

Beberapa cara untuk inti kek bulan? Bebola teh pearls, campuran alkohol, kuih bulan mesra keto adalah antara kuih bulan yang berani di tahun 2019.

1. Bebola boba dan sebagainya

Bebola teh pearl adalah bintang empat rasa kuih bulan hidangan bakeri dari rumah Bakerzin. Dan pertengahan musim luruh, mereka melancarkan kuih bulan yang berinspirasi bebola teh yang dikenali sebagai Bobba Love - kuih bulan klasik dengan bebola pearl ubi kayu putih yang kenyal.

Antaranya:

1. Pearl Latte Snowskin Mooncake: Kulit salji di luar, perasa late didalam dengan bebola boba putih kenyal.

2. Pearl Yuan Yang Snowskin Mooncake: Kulit salji di luar, dibuat dengan biji Arabica yang kaya oleh Bakerzin, dan teh pekat dengan bebola boba putih kenyal.

3. Kanten Passion Fruit Mango Grains Snowskin Mooncake: Nikmati kesegaran semulajadi dari pes buah markisa, mangga manis dan jeli kanten.

4. Kanten Matcha Red Bean Pomelo Snowskin Mooncake: mengandungi serbuk teh hijau Jepun, limau bali kisar dan kacang merah lembut dengan jeli kanten. SGD 70 setiap kotak yang mengandungi 8 biji; Terhad untuk 1000 kotak. Ada mengatakan bahan-bahan bergaya ini seharusnya terus kekal dalam kuih bulan, setelah mendominasi minuman teh susu. Dan kita dapat melihat trend ini berlaku tidak lama lagi. Pada 2023, pakar menjangkakan pasaran bebola teh akan bernilai USD 3 billion.

Infomsi lebih di laman sesawang mereka.

Terlalu baru untuk anda? Kuih bulan klasik dengan telur kuning tidak pernah ketinggalan zaman dan rasa. Kami mempunyai resipinya di sini.

2. Menjaga diet dengan koko dan keto

Pengunjung yang menjaga diet pasti akan menghargai pes jed rendah gula dengan biji tembikai untuk alternatif yang lebih berkhasiat yang dihasilkan oleh Hai Tien Lo. satu lagi klasik, pes biji teratai putih dengan kacang macadamia yang juga dibuat rendah gula. Mereka menjual pada harga SDG70.

Restoran mewah Cina di Hotel Pan Pacific juga mencipta empat rasa baharu tahun ini, termasuk dua yang mempunyai kulit salji.

Pencinta coklat gelap akan menikmati gianduja dan yuzu kulit salji dibuat dengan coklat gelap koko barry, praline hazelnut dan bebola hazelnut rangup.

Dan bukan hanya teh Cina sesuai dengan kuih bulan tetapi teh Inggeris juga. Dalam kuih bulan kulit salji ceri yang mengagumkan, aroma daun teh earl grey dicampur dengan kranberi kering, puri ceri morillo, araguani gelap premium dan coklat susu bahibe.

Jika ia enak, ketahuilah ia mengandungi berbagai kebaikan kesihatan dari coklat gelap, jadi jangan memilih ketika menikmatinya.

Anda akan mendapat penjimatan 20% terhadap semua tempahan jika ditempah antara 5 Ogos ke 14 September 2019. Lihat laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut. 

Kulit salji sangat cantik dilihat dan mudah untuk dibuat, dengan hanya lima bahan. Inilah resipi untuk anda, buat dengan ubi keledek dan ini matcha. Anda boleh mengisi ini kuih bulan dengan inti kegemaran anda.

Satu lagi jenama makanan lokal, kuih bulan kacang macadamia avokado KELE juga laris terjual. Tetapi bintang pada musim ini adalah citarasa lokal iaitu adzuki gula melaka. Selain itu terdapat juga martini laici, krim keju mulberry, rum dan kismis. Informasi lanjut di laman sesawang mereka.

3. Edgy dan Beralkohol

Bernama Tipsy Treats, kuih bulan berakohol ini dari koleksi oleh Bakerzin ia menyerap semua rasa dari minuman keras kegemaran sepanjang zaman seperti vodka epal, baileys butterscotch, kahlua late dan minuman keras kelapa. Ia sungguh popular pada tahun 2018, tempahan awal telah penuh sebelum pertengahan musim luruh. Perisa penuh di sini:

1. Apple Vodka Truffle Snowskin Mooncake:  Rasa segar dari vodka epal melengkapkan rasa truffle coklat dan pes kuih bulan.

2. Baileys Butterscotch Truffle Snowskin Mooncake: Gabungan halus dan bermentega dari butterscotch baileys yang popular diselaputi kulit truffle.

3. Coconut Liqueur Truffle Snowskin Mooncake: Rasa kuat dari minuman beralkohol kelapa mengeluarkan rasa manis pes teratai.

4. Latte Kahlua Truffle Snowskin Mooncake: Untuk peminat kopi, nikmati kuih bulan kahlua late yang mengandungi kopi dan alkohol. Dijual pada $70 sekotak yang mengandungi 8 biji

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.