Makanan yang Meningkatkan Kekuatan Imuniti untuk Bebas Selesema.

Makanan yang Meningkatkan Kekuatan Imuniti untuk Bebas Selesema.

Apa yang anda letak di atas pinggan adalah penting untuk membuatkan anda lebih kuat dan sihat, terutamanya apabila musim selesema. Dari sayuran hijau ke halia dan bawang putih, kami mempunyai hidangan mudah dan sangat bagus untuk memastikan imuniti anda kuat dan berfungsi dengan baik untuk menangani selesema dan demam. Masa untuk membeli barang dapur!

Ini adalah bahan utama untuk dimasukkan dalam diet anda:

  1. Buah-buahan berwarna-warni & Sayur-sayuran

Kita semua tahu bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran penuh dengan vitamin,  mineral dan antioksidan. Walau bagaimanapun kebanyakan orang cenderung untuk memakan beberapa jenis, maksudnya mereka tidak memperolehi nutrien yang penuh. Rancanglah untuk menikmati pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berbagai warna setiap hari. Selalunya, makanan yang lebih gelap dan berwarna terang mengandungi lebih banyak antioksidan.

Ambil sekurang-kurangnya satu hidangan sayuran setiap kali menjamu selera, dan satu hidangan buah-buahan 1-2 kali sehari.

Ini terdapat beberapa cadangan:

Sayur-sayuran

-Brokoli

-Lada Benggala (merah, kuning, oren, hijau)

  • Cuba resipi ayam menggunakan lada benggala merah

-sayuran berdaun hijau gelap (contoh kailan, chye sin, pucuk ubi keledek, bayam Cina)

-Labu

  • Cuba resipi ayam labu ini

-Kobis ungu

-ubi keledek

Tip: jangan terlebih masak supaya dapat mengekalkan nutrien!

Buah-buahan

-Buah naga merah

- Kiwi (hijau, emas)

-Buah delima

-Betik

-Mangga

-Plum

Tip: jika boleh, makan kulitnya sekali kerana ia mengandungi banyak antioksidan! Tambahan, ia menambah fiber yang sangat bagus untuk perut anda.

2.     Protein Rendah Lemak

Sup ayam Ginseng panas untuk memberi keselesaan ketika demam

Protein adalah keperluan asas yang penting untuk semua sel, dan diperlukan dalam diet untuk perkembangan/tumbesaran dan pemulihan badan. Selain itu, banyak makanan yang kaya protein mengandungi zink, mineral yang membantu mengekalkan fungsi imun. Ia termasuk daging lembu, babi dan ayam yang kurang lemak, tidak kurang juga makanan laut (terutamanya tiram), telur dan kekacang (kacang, kacang kuda, lentil).

    Cuba resipi telur yang mudah dan enak ini.

Dan bagaimana membuat satu mangkuk ayam tinola atau ayam ginseng? Ingat untuk membuang kulit ayam untuk memastikan hidangan rendah lemak tepu.

3.     Halia & Bawang Putih

Sup halia, kunyit dan lobak merah menyegarkan anda dengan aromanya dan sempurna untuk anda.

Banyak yang menggunakan bahan yang selalu ada di rumah ini apabila mereka terasa mahu demam. Ia diketahui mempunyai sifat anti radang dan antioksidan, bagaimanapun pengkaji mengatakan lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan bahan-bahan ini mampu mengelakkan demam. Walaupun begitu, tiada salahnya jika anda menambah dalam diet anda kerana kedua-duanya mempunyai rasa yang enak.

Bawang Putih:

Selain digunakan ketika mengoreng, tumbuk beberapa ulas bawang putih untuk ditambah dalam sos pasta atau baki roti, atau dicincang halus untuk ditambah dalam salad.


    Cuba resipi nasi ayam goreng bawang putih ini

Halia:

Tambahkan seluruh halia hiris dalam ikan kukus, parut sedikit halia segar dan masukkan dalam air panas untuk teh halia, atau buat semangkuk sup kunyit lobak merah!

Psst: kunyit juga mempunyai sebatian yang dinamakan curcumin yang mengandungi antioksidan dan anti radang. Tambah sedikit lada hitam untuk menambahkan penyerapan curcumin dalam badan anda!

Terdapat beberapa cara untuk memastikan diet anda memberi nutrien yang cukup untuk kekuatan sistem imun anda. Paling penting, terus mengamalkan tip ini sepanjang tahun, bukan hanya apabila anda terasa hendak demam. Imun sistem anda bukan suis, dan anda perlu sentiasa menjaganya. Akhirnya, diet yang seimbang dan pelbagai, rehat yang cukup dan bersenam adalah kunci kepada kesihatan yang baik. Terus sihat!

Charlotte Mei adalah pakar nutrien dan seorang yang belajar masak sendiri di Singapura. Dia selalu memasak makanan yang penuh nutrien dan enak -  dan sekali sekala menikmati yang lain juga. Ikuti dia di semua sosial media di @thecharlottemei .

  • Semua panduan kesihatan di asianfoodnetwork.com memberi maklumat yang umum sahaja, dan bukan bertindak sebagai nasihat perubatan untuk mendiagnose, merawat, atau menyembuhkan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kesihatan umum anda, sila hubungi pengamal perubatan tempatan anda.
Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki