Lagi 10 Resipi Pencuci Mulut Yang Memberikan Ketagihan
Feb 26, 2020

Lagi 10 Resipi Pencuci Mulut Yang Memberikan Ketagihan

Dari pencuci mulut berwarna ungu Filipina bernama Halo Halo, hingga ke Es Teler dari Indonesia, kami kongsikan lagi 10 resipi manisan dan snek yang sangat sedap!

Gula Melaka adalah impian semua peminat pemanis mulut. Dihasilkan daripada nira kelapa, ia mempunyai rupa blok yang kurang menarik dan apabila digunakan dengan betul, ia akan cair menjadi lekitan keemasan dengan rasa butterscotch dan karamel yang terpendam. Perkara terbaik mengenai Gula Melaka? Ia adalah sugar yang berkhasiat, tanpa pelunturan dan kaya dengan vitamin dan mineral. Ini kami senaraikan 10 cara terbaik untuk menggunakan Gula Melaka. Anda boleh mengucapkan terima kasih nanti!

1. Kek Perang Kukus (Steamed Brown Cake)

Dengan santan berkrim dan kemanisan gula melaka lembut membuatkan kek yang gebu ini pemanis mulut Cina kegemaran di Malaysia dan Singapura. Ia dicampurkan sebati dengan beras pulut (pilihan bebas gluten terbaik), dan dikukus sehingga mengeluarkan aroma yang wangi. Masukkan semua ke dalam mulut atau kunyah perlahan-lahan. Makan ketika masih panas.

2. Puding Sagu dengan Gula Melaka

Pemanis mulut ini bukan sahaja mempunyai rasa dan tekstur yang menarik, tetapi juga cukup mudah untuk dihasilkan sebagai pemanis mulut pilihan anda setiap minggu. Hanya 4 bahan-bahan yang anda perlukan (dan ia termasuklah air) dan keseluruhan dilakukan di atas dapur dan dalam peti sejuk. Bahan utamanya adalah gula melaka - kiub gula kabung dicairkan menjadi sos perang yang melekit.

  • Artikel berkaitan: 10 Pemanis Mulut Asia Yang Memberi Ketagihan

3. Avokado Kocak dengan Gula Melaka

Avokado adalah buah kegemaran buat golongan millennial yang mementingkan kesihatan dan ia mudah untuk mengetahui mengapa - ia mempunyai kandungan serat, folat, potasium, vitamin E, dan magnesium yang paling tinggi dibandingkan dengan buahan lain. Tidak dilupakan ia mempunyai rasa yang lembut dan berkrim, dengan rasa kesan yang enak - sempurna dimakan begitu sahaja dengan garam, dihancurkan di atas roti atau sebahagian daripada salad. Kami mempersembahkan Avokado Kocak dengan sentuhan Asia, sempurna ketika cuaca yang panas. Kami ingin memberitahu anda - minuman ini akan membuat anda ketagihan dengan menyaksikan anda pasti mahukan gelas kedua.

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Minuman Sejuk yang Menyegarkan

4. Jeli Pandan Gula Melaka

Jeli yang memikat, dengan lapisan indah santan, gula melaka dan pandan, adalah sempurna untuk disajikan bersama. 

    Artikel berkaitan: 10 Lagi Resipi Pemanis Mulut Yang Memberikan Ketagihan

5. Kek Nenas Gula Melaka Upside Down

Resipi klasik kegemaran, ia memerlukan kemahiran dan teknik untuk terbalikkan Kek Nenas Gula Melaka Upside Down ini. Taburan Gula Melaka yang banyak membuatkan hidangan ini lebih menyelerakan.

  • Artikel berkaitan: 10 Resipi Pemanis Mulut Yang Memberikan Ketagihan

6. Sajian Puding Pisang Gula Melaka

Coklat keemasan dengan serbuk buah pala berempah dan pisang, sajian luar biasa ini perlu dimakan dengan begitu sahaja. Rasa mentega disatukan bersama santan, dan keindahan  lingkaran gula melaka gelap, kemudian dibakar menjadi puding gebu panas yang akan anda habiskan semuanya.

  • Artikel berkaitan: Sajian Satu Periuk Yang Cepat Dan Mudah

7. Tauhu Goreng

“Don’t judge a dish by its cover” adalah peribahasa yang tepat menggambarkan Tauhu Goreng ini. Tauhu yang digoreng menjadi coklat keemasan dan ditaburkan dengan kacang panggang tumbuk, dan sos pedas dan manis karamel daripada Gula Melaka, asam jawa, kicap soya pekat, cili dan bawang putih. Untuk sentuhan warna dan kerangupan, hiaskan bersama timun dan tauge.

8. Onde Onde

Boleh diterangkan sebagai satu parti di dalam mulut, Onde Onde adalah bebola yang kecil dan comel yang akan meletus di dalam mulut dengan setiap kunyahan. Bayangkan donut yang berisi jem tetapi doh yang lembut ini dihasilkan daripada tepung beras bersama jus pandan serta gula melaka sebelum disaluti dengan kepala parut. Pastri tradisional popular di Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan sebagai snek atau pemanis mulut.

9. Sajian Puding Roti Mentega Gula Melaka

Resipi yang lazat oleh Sarah Huang Benjamin, Puding Roti dan Mentega adalagh pemanis mulut klasik British yang sempuna disajikan ketika Hari Krismas, jamuan dan banyak kali. Dan di sini, dia akan menyuntik citarasa Asia dengan kelainan rasa tropikal seperti kaya pandan dan gula melaka. 

  • Dapatkan resipi di sini
  • Untuk resipi satu sajian yang mudah

10. Penkek Kelapa dengan Gula Melaka

Sesiapa yang tidak sukakan penkek yang gebu?! Penkek boleh dimakan ketika sarapan pagi, tengah hari, makan makan, juga pemanis mulut, pasti ada ruang untuk penkek. Disuntik dengan citarasa tempatan pada penkek mentega susu klasik, kami mempersembahkan Penkek Kelapa dengan Gula Melaka untuk anda! Dengan tambahan minyak kelapa, santan dan gula kabung akan memberikan citarasa kelapa dalam setiap suapan. Sebelum makan tuangkan Gula Melaka dan secubit garam jika anda suka! Pastikan anda menghidangkan ketika masih panas!

  • Artikel berkaitan: 10 Pemanis Mulut Asia Yang Memberikan Ketagihan
  • Artikel berkaitan: 10 Lagi Pemanis Mulut Asia Yang Memberikan Ketagihan
Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.