Miso shiro putih manis dengan salmon lemon madu
Ada beberapa bahan yang sekompleks miso - halus tetapi seakan biskut, masin tetapi manis. Ada lebih dari 1000 jenis kacang soya diperam atau ditapai, tetapi hanya tiga yang sering digunakan.
Antaranya adalah miso shiro putih manis dalam salmon lemon madu, hingga ke miso merah pekat, atau miso diguna dalam stew dan sesuai dimasak dalam daging panggang halia.
Dan di antara dua miso ini, anda boleh pilih miso shinsu kuning, miso serbaguna dengan perisa seimbang yang bagus diguna dalam hidangan stew ayam barli panas ketika hari hujan.
Secara asasnya, lagi kuat warnanya, lagi kuat perisa miso itu.
Boleh dibeli dalam bekas kecil dan besar dibawah sepuluh dolar - apa-apa pun, simpan miso secara rapi di dalam peti sejuk, dan dengan jumlah sedikit pun sudah cukup untuk meningkatkan rasa masakan anda.
Anda juga mungkin perasaan ada miso yang mengandungi barli. Cubalah, kerana barli memberikan kekenyalan dan kemanisan yang membuatkan rasa kuat miso lebih seimbang.
Tambahkan miso pes ke dalam sup mereneh, atau sapukan di atas filet ikan panas dan biarkan ia cair menjadi sos yang sempurna.
Anda boleh cuba sendiri keenakan miso dengan cadangan ini - masak salmon bakar disalut miso dan kami cadangkan anda buka satu botol wain merah untuk dinikmati ketika makan malam bersama pasangan. Untuk rasa umami maksimum, pastikan sos miso pada filet ikan menyentuh lidah anda terlebih dahulu.