Makanan Panas dan Sejuk - Apakah Maksudnya?

Makanan Panas dan Sejuk - Apakah Maksudnya?

Adalah hidangan pedas kegemaran terlalu “panas” untuk anda? Bolehkah teh hijau yang “sejuk” sesuatu yang tidak bagus?

Jika anda pernah dengar seseorang kata, “Makanan itu terlalu panas, nanti sakit tekak!” ada kebarangkalian mereka tahu apa itu makanan “panas” dan “sejuk”. Kalau anda nak tahu, di Timur, makanan kami dikategorikan kepada tiga:

  1. Yin atau Sejuk
  2. Yang atau Panas
  3. Neutral, bermakna tidak panas dan tidak sejuk.

Kumpulan ini menunjukkan makanan bertindak balas dengan badan kita. Contohnya, makanan panas seperti hidangan pedas, daging merah, kerepek kentang dan beberapa jenis buat (durian, nangka) membuatkan badan kita rasa panas. Makanan sejuk pula, seperti timun, teh hijau, sengkuang cina dan tembikai boleh menyejukkan badan.

    Artikel berkaitan: 10 Cara Mudah Buat Teh Herba Cina untuk Diminum Setiap Hari

Dalam budaya orang Cina, anda mungkin dengar banyak penyakit berkaitan dengan badan yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Contohnya, bila anda sakit tekak. Mesti berpunca dari kerepek kentang yang anda makan sebagai snek. Sama juga seperti jerawat, nafas berbau dan lain-lain. Atau, jika anda senang rasa demam atau penat, anda mesti ambil terlalu banyak makanan sejuk.

Adakah Anda Patut Makan Lebih Banyak Makanan Panas atau Sejuk?

Jawapannya adalah tidak. Perubatan Tradisional Cina (TCM) menggunakan makana Yin (Sejuk, Yang (Panas), dan neutral untuk mengembalikan badan dalam ke keadaan optimum yang seimbang. Bermaksud, anda perlu tahu apa yang dimakan.

Makanan Yin (Sejuk)

Bunga kekwa, bila direndam dalam air panas, menghasilkan teh penyejuk badan.

Bagi mereka yang menderita dari panas berlebihan dan toksin yang terkumpul, pengamal TCM menggalakkan pengambilan makanan berikut:

  • Buah-buahan: manggis, epal, tembikai, strawberi, pisang kaki, pear, lemon, oren, kiwi, pisang, limau gedang
  • Daging, tenusu, makanan laut: telur, ketam, kepah, yogurt
  • Perencah, minuman: air tebu, teh bunga kekwa, sengkuang cina, teh peppermint, teh hijau, kicap soya, garam, minyak bijan
  • Sayur-sayuran: salad, cendawan, peria, brokoli, terung, saderi, sayur hijau berdaun, asparagus, bayam, swiss chard, pucuk alfalfa, kubis bunga, timun
  • Bijirin, kekacang, biji-biji: gandum penuh, gandum kuda, tauhu, kacang hijau, kacang soya, tepung sekoi, dedak gandum, barli
  • Artikel berkaitan: Makanan Berkhasiat yang Meningkatkan Imuniti untuk Bebas Dari Selesema

Artikel berkaitan: Makanan Berkhasiat yang Meningkatkan Imuniti untuk Bebas Dari Selesema

Makanan Yang (Panas)

Makanan pedas dipercayai panas secara semula jadi.

Tetapi jika anda senang demam selesema, selalu memakai jaket, atau sukar tidur malam, anda digalakkan untuk tambah pengambilan makanan berikut:

  • Buah-buahan: durian, nangka, aprikot, raspberi, buah berangan, isi kelapa, jambu batu, ceri
  • Perencah, minuman: wain, kopi, gula perang, cuka, bawang putih, jintan, lada hitam, bunga cengkih, biji adas, kulit kayu manis, rosemary, cili, daun selasih, halia
  • Bijirin, kekacang, biji-biji: beras pulut, kacang walnut, kacang pistachio
  • Sayur-sayuran: bawang, sawi hijau, lik, labu, labu butternut
  • Daging, makanan laut, tenusu: daging merah seperti lembu, kambing, biri-biri, babi, udang, udang karang, timun laut, mentega, coklat

Makanan Neutral

Gula batu dianggap sebagai neutral dalam TCM

Makanan neutral adalah makanan yang tidak mempunyai nilai-nilai yin atau yang, jadi ia sesuai untuk semua jenis struktur tubuh. Contoh makanan seperti:

  • Daging, makanan laut, tenusu: tiram, ikan, susu lembu, itik, babi, kerang
  • Perencah, minuman: madu, likuoris, gula batu, minyak kacang tanah, saffron
  • Bijirin, kekacang, biji-biji: beras putih, kacang soya kuning, kacang buah pinggang, kuaci, kacang tanah
  • Buah-buahan: goji, beri, zaitun, lemon, buah fig, anggur
  • Sayur-sayuran: kubis cina, kentang, kulat putih, kulat hitam, lobak, jagung

Apakah Cara untuk Gandingkan Yin dan Yang?

Secara amnya, makanan manis seperti pencuci mulut cenderung menjadi panas dan berkhasiat, makanan pahit menyerap “kepanasan” dan “kelembapan”, makanan masam dipercayai dipercayai sebagai astrigen, hidangan pedas adalah panas, dan makanan bergaram membantu mengekalkan cecair dalam badan. Pengamal TVM sentiasa berusaha mengimbangkan yin dan yang, supaya seseorang tidak mudah jatuh sakit. Contohnya, selepas menikmati hidangan nasi yang enak, anda boleh seimbangkan rasa panas dengan meminum teh hijau yang menyejukkan.

    Artikel berkaitan: 11 Tip Mudah Untuk Makanan Yang Lebih Sihat

Buat Sendiri Te Herba Ying dan Yang

Bukan hanya makanan. Herba juga boleh membantu proses pemulihan badan jika digunakan secara betul. Ginseng, jujube atau kurma merah adalah herba yang kerap digunakan secara efektig untuk meningkatkan aliran darah, sesuatu yang lebih diperlukan oleh seseorang dengan struktur badan yin (sejuk).

Dan ini adalah satu cara untuk anda buat sendiri teh herba di rumah dengan beri goji dan kurma jujube, dan resipi ini diakui sangat bagus oleh foodie kami, Sarah Huang Benjamin:

“Jujube, atau kurma merah, biasa ditemui di dalam sup pencuci mulut manis Cina, jadi anda dimaafkan jika terlepas pandang nilai-nilai perubatannya. Walau agaimanapun, buah kecil yang manis ini digunakan dalam TCM untuk mengawal qi, menyuburkan darah, menenangkan minda dan meningkatkan imuniti. Ia disukai terutamanya oleh para wanita yang menggunakan kurma merah untuk mengawal tahap hormon.

Seperti beri goji, jujube mempunyai perisa manis dan enak, membuatkan ia bahan pengenalan yang bagus untuk teh herba. Kurma merah mengarah kepada sifat ‘pemanas’, jadi walaupun mereka yang mempunyai struktur badan ‘panas’ perlu mengambil jujube secara berhati-hati, jujube juga komponen penting dalam berpantang selepas bersalin mengikut tradisi orang Cina, kerana ia memberikan nutrien yang mencukupi kepada ibu baharu.

Guna jujube bersama beri goji dalam resipi di bawah untuk menikmati minuman sihat yang pasti digemari oleh seisi keluarga.

Kaedah:

Reneh 4 biji jujube dan ½ cawan beri goji dalam 500 ml air selama 20-30 minit. Tapis dan sedia untuk dinikmati.

Jika anda menggunakan resipi ini untuk selaraskan hormon, pastikan anda minum sebelum atau selepas datang bulan, bukan semasa datang bulan.

Ini hanyalah satu daripada sepuluh cara untuk buat sendiri teh herba, dengan resipi ringkas dan mudah ditulis oleh Sarah Huang Benjamin. Dapatkan artikel penuh di sini.

  • Artikel berkaitan: Makanan Berkhasiat yang Meningkatkan Imuniti untuk Bebas Dari Selesema
  • Artikel berkaitan: 10 Cara Mudah Buat Teh Herba Cina untuk Diminum Setiap Hari

Semua kandungan kesihatan di asianfoodnetwork.com disediakan untuk maklumat umum sahaja, dan bukan bertujuan sebagai nasihat perubatan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang kesihatan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pakar kesihatan tempatan.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.