Ulasan: Bebola Daging Yang Padat Dan Hidangan Lain Yang Menyelerakan di GO Noodle House

Ulasan: Bebola Daging Yang Padat Dan Hidangan Lain Yang Menyelerakan di GO Noodle House

Peluang terjumpa dengan resipi lama telah memacu sebuah restoran mi rantaian Malaysia untuk mencipta kejayaan.

Mungkin kerana mi xian cara Jiangxi bak sutera, atau aroma dan kesempurnaan umami daripada brot yang dilazatkan dengan shao xing hua diao jiu (wain beras kuning Cina). Meletakkan harga yang berpatutan di Orchard Road dan tidak hairanlah untuk melihat ramai pengunjung beratur panjang untuk makan di GO Noodle House sejak hari pertama dibuka lagi.

Pengasas dan rakan baik - Lee Hon Wai, Alvin Tan Kok Meng, dan Mok Wai Peun - tidak bersusah untuk mencari resipi brot ketika memulakan perniagaan di Kuala Lumpur dan kini menyaksikan mereka mempunyai rantaian melebihi 30 restoran di Malaysia, Australia dan kini di Singapura. (Mereka juga mempunyai perancangan untuk membuka restoran di New Zealand, Vietnam, Korea, Indonesia dan Filipina). Ia telah tersorok di dapur rumah Tan buat sekian lama. Ibu kepada Tan telah mewarisi resipi itu dari kampung, dikatakan telah diturunkan dari cef imperial Maharaja Kangxi (maharaja keempat dari Dinasti Qing).

Apakah yang membuatkan brot ini istimewa? Ia telah direbus di lokasi rahsia dia Shah Alam, Kuala Lumpur sejak syarikat ini ditubuhkan ketika 2014, dengan menggunakan lebih empat puluh jenis tulang ikan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina yang ditambah setiap hari.  Brot yang sarat rasa itu kemudian dibekukan dengan suhu -20°C dan dihantar ke semua restoran, termasuklah yang berada di luar negara. Dan sebelum itu? Satu shot shao xing hua diao jiu percuma yang akan dituangkan ke dalam hidangan mi ketika disajikan.

Tetapi kami memastikan pengunjung untuk kembali lagi dengan hias atas yang banyak. Bukan sahaja anda boleh memesan menu popular, anda juga boleh melengkapkan  hidangan dengan bebola daging padat terkenal ($10.90/mangkuk; $2.90/hias atas), pes buatan sendiri ($11.90/mangkuk; $3.50/hias atas) atau daging tendon stew empuk ($13.90/mangkuk; $3.90/hias atas). Jangan lupa untuk meletakkan satu sudu kecil penuh sos cili pedas mereka untuk lebih oomph.

Bukan sahaja itu yang ditawarkan, yang turut menjadi kesukaan ramai. GO Noodle House juga mempunyai pan mee yang menyelerakan. Walaupun versi sup dijual, anda cuba Hakka Sauce Pan Mee dengan Century Egg ($9.90) atau Special Spicy Dark Sauce dengan Onsen Egg ($9.90). Anda turut boleh mencuba pilihan a la carte lain, dari Chinese Dumplings yang besar ($9.90) kepada 

Golden Pillow ($8.90) atau kulit tauhu goreng.

Jika and anda perlu diyakinkan lagi,  peng, leng dan cheng (diterjemahkan kepada murah, berkualiti dan enak) adalah tiga perkataan Kantonis yang menerangkan setiap hidangan di GO Noodle House. Ia pasti membuat akan penuh kepuasan tetapi anda pasti mahu menambah satu lagi mangkuk, sesuatu yang mengejutkan - kualiti yang unik di Orchard Road, Singapura.

Alamat: 313 Orchard Rd, #B3-37/38, 313@Somerset 238895

Telefon: 6363 5323

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.