AFN Recommends MY: 5 Makanan Terpilih Untuk Dinikmati Bulan Februari Ini

AFN Recommends MY: 5 Makanan Terpilih Untuk Dinikmati Bulan Februari Ini

Kami telah menyediakan senarai 5 tempat makan terpilih yang boleh dicuba bulan Februari ini - dari makanan lazat di dalam menu sedia ada hingga ke promosi istimewa Tahun Baru Cina untuk dinikmati sepanjang bulan.

Belanja diri anda dan orang yang anda sayangi dengan makanan sedap pada bulan ini, untuk dibawa pulang dan dihantar ke rumah (sehingga akhir tempoh MCO di Malaysia).

Jari Treats

Nenas, epal dan persimmon kering buatan sendiri. Gambar: Jari Treats

Mencari makanan ringan yang enak dan senang dimakan? Jari Treats adalah perniagaan dari rumah yang menawarkan pelbagai jenis buah kering buatan sendiri, dibuat segar mengikut pesanan setiap hari hanya untuk anda. Dibuat dengan bahan-bahan semula jadi, makanan ringan ini dapat dinikmati sebagai ramuan tambahan untuk kek, roti dan biskut, dengan hidangan pencuci mulut, bersama hidangan sarapan pagi, yogurt, minuman atau dimakan sedia ada. Pilihlah dari Cinnamony Apples, Gingery Oranges, Pineapples dan Persimmon (mengikuti musim) - semuanya dibungkus dalam balang kaca. Anda juga boleh membeli mengikut berat!

Dapatkan Set Hadiah Chinese New Year Floral mereka, sesuai sebagai hadiah untuk keluarga atau rakan anda pada musim perayaan ini, dengan balang nanas, oren & persimmons. Ditetapkan pada harga RM18 untuk satu set, dapatkan penghantaran percuma untuk pesanan yang melebihi RM100 (untuk satu lokasi).

ChoCha Foodstore

Beef Tongue Sarnie. Gambar: ChoCha Foodstore

ChoCha Foodstore membawakan anda masakan Malaysia moden yang enak disediakan. Jika anda tidak pernah mencuba ChoCha’s fun kitchen project eats, jangan lepaskan peluang untuk mencuba salah satu hidangan daripada koleksi SANDOS / SARNIES / SAMMIES: Steak Sammie (RM35), Beef Tongue Sarnie (RM28) atau Chicken Sando (RM25) dengan pilihan untuk menikmati hidangan sampingan seperti Chicken Poppers (RM18) dan Sauerkraut (RM8).

Bukan itu sahaja! ChoCha juga menawarkan set Meal Box: Snack + Plate atau Plate + Sweets (setiap set RM65) dan Vegan Meal-Box (RM45). Jangan lupa untuk mencuba “best seller” seperti Bread + Pate (RM25), Marinated Duck (RM50) atau Rice Custard (RM25) untuk melengkapi pengalaman anda dengan sesuatu yang manis.

Sekiranya anda memesan dari menu Beepit mereka untuk penghantaran atau pengambilan sendiri di restoran, anda boleh mendapat diskaun sebanyak 15% untuk semua makanan dan minuman dengan menggunakan kod promo: STAYHOME15.

 

Lokasi

156, Jalan Petaling, 50000 Kuala Lumpur

 

Mobster Lobster

Classic Lobster Salad Roll & Sambal Lobster Roll. Gambar: Mobster Lobster

Mobster Lobster mahu memastikan bahawa anda boleh "party like a lob-star" bila anda mencuba lobster roll mereka. Bayangkanlah potongan lobster lazat yang diisikan di dalam roti brioche roll di dalam fikiran anda – Mobster Lobster boleh menjadikannya kenyataan dan hantar ke rumah anda.

Pilihlah ikut suka: Classic Lobster Salad Roll dengan lobster yang digaulkan dengan mayonis buatan sendiri, saderi dan daun bawang (RM93), Hot Lobster Roll (RM91), Sambal Lobster Roll dengan sos sambal istimewa (RM101) atau Sweet Chilli Lobster Roll (RM93).

Anda boleh juga memilih Salted Egg Lobster Bao (RM99) dan Cheese Baked Lobster (RM189), dihujani dengan sos bechamel dan 3 jenis keju, dan dipanggang dengan sempurna. Salad, chips buatan sendiri dan sos mentega lemon juga dihidang bersama, sedia untuk pre-order.

Jeda Cafe & Diner

Ayam Geprek Jeda. Photo: Jeda Cafe

Dikendalikan oleh Jessica (JE) dan David (DA), pasangan ini membentuk Jeda Cafe & Diner, sebuah restoran dan kafe di TTDI. Dalam Menu Set Makan Lunch, nikmati What’s The Mattah (RM15), ayam goreng bersama sambal Bali "Mattah", Ayam Geprek Jeda (RM15), fillet ayam goreng penyet dengan sambal bawang, atau Obladi O Balado (RM15), hidangan vegetarian terung sambal "Balado", semuanya disajikan dengan nasi kukus. Memperkenalkan Ayam Cabe Ijo, sambal yang disediakan dengan cili hijau.

Menu Set Makan Malam tidak boleh didapati pada masa ini, tetapi apabila mereka memperkenalkan semula, anda dapat menikmati ayam goreng ala Southern Fried Hot Chicken (RM20-22) dan Hot Chicken Bun (RM25), dengan 4 tahap pedas untuk dipilih.

Fakta menarik: Jeda adalah perkataan Indonesia yang boleh diterjemahkan kepada “waktu rehat”.

 

Lokasi

24A, Jalan Datuk Sulaiman, TTDI, 60000 Kuala Lumpur

 

Farisya Bakes - The Cake Therapist

Vanilla Bean Choux Au Craquelin. Gambar: Farisya Bakes


Wanita di belakang Farisya Bakes mempercayai pencuci mulut yang disediakan dengan penuh semangat dan kasih sayang boleh meningkatkan mood anda, atau hormon gembira untuk membuat anda berasa lebih baik! Pilih antara pencuci mulut seperti Vanilla Bean Choux Au Craquelin (RM45 / 6 keping atau RM85 / 12 keping), No-Bake Chocolate Tart (RM90 untuk 9” atau RM45 untuk 6”), Banoffee Pie dengan pilihan perisa kopi atau toffee asli, (RM75 untuk 8" atau RM25 untuk bekas kecil).

Bukan itu sahaja – Farisya Bakes juga menyediakan No-Bake Cheesecake dengan pilihan perisa Snickers, Toblerone atau Mars dengan harga 6 ” (RM65) atau 8”  (RM120). Sedia untuk pre-order untuk sesiapa yang mengidam untuk menikmati hidangan yang manis, atau sesuai sebagai hadiah untuk orang yang anda sayangi.


Baca artikel ini dalam Bahasa Inggeris: AFN Recommends MY: Top 5 Eats in February

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.