8 Cara Kreatif Menggunakan Pengisar

8 Cara Kreatif Menggunakan Pengisar

Kami kongsikan 8 cara kreatif untuk mengembalikan rasa cinta terhadap pengisar anda dan berikan peralatan dapur yang kerap dilupakan ini sinar harapan dan tujuan.

8 Cara Kreatif Menggunakan Pengisar

Adakah pengisar anda dipinggirkan di dalam almari? Hanya digunakan bila anda mahu buat smoothie? Baca artikel kami untuk dapatkan inspirasi bagaimana pengisar boleh meningkat dan mempelbagailkan kemahiran kulinari anda.

Tiada masalah menggunakan pengisar untuk buat smoothie berkhasiat sebagai sarapan pagi atau buat margarita untuk parti di rumah. Tetapi ada banyak lagi potensi yang boleh dicapai. Jadi kami kongsikan 8 cara kreatif agar pengisar anda dapat menyerlahkan fungsi yang tiada batasan.

Susu Kacang dan Mentega Kacang

Tidak perlu berbelanja banyak untuk beli susu kacang atau mentega kacang berjenama. Buat sendiri saja di rumah menggunakan pengisar dan bahan-bahan minimum. Untuk buat susu kacang, pastikan kacang pilihan direndam semalaman dalam air. Kemudian tapis dan kisar dalam pengisar bersama air. Bila selesai ditapis, anda akan dapat susu segar dengan rasa manis semula jadi yang enak.

Untuk mentega kacang pula, kisar kacang pilihan yang sudah dipanggang selama 10-12 minit sampai bertukar menjadi tekstur lembut mentega. Tambah garam secukup rasa jika perlu. Sedikit minyak juga boleh dicampur untuk buatkan tekstur mentega lebih lembut, tetapi terpulang kepada anda untuk bereksperimen. Bahan-bahan lain juga boleh ditambah untuk meningkatkan rasa seperti madu, coklat dan lain-lain.

Krim Putar

Proses membuat krim putar boleh jadi menjemukan tetapi nasib baik ada pengisar. Tuang saja krim ke dalam pengisar dan kisar beberapa saat sehingga mendapat konsistensi pekat. Tingkatkan lagi rasa krim putar jika mahu dengan menambahkan madu atau pati vanila.

Tetapi ingat, jangan kisar terlalu lama. Kalau anda terlebih kisar krim anda bertukar menjadi mentega! Tetapi kalau tidak sengaja terbuat mentega, tambahkan saja sedikit garam dan boleh disapukan pada roti bakar.

Sup

Sup anda sedang mereneh. Tidak kira apa pun bahan-bahan yang diguna, boleh jadi cendawan, tomato, kentang, labu atau lain-lain. Sup sudah panas dan sedia untuk dihidang.

Tetapi, sebelum anda ceduk sup ke dalam mangkuk, apa kata kisar dulu sup menjadi tekstur berkrim halus.

Pankek dan compote (manisan buah)

Masih menghadapi masalah untuk dapatkan konsistensi sempurna untuk tepung bater pankek? Bahan-bahan yang dicampur dan dikisar memastikan tepung bater menjadi halus dan bebas ketulan. Tepung bater juga boleh dituang terus dari pengisar ke dalam kuali dan tak perlu diceduk keluar dengan senduk.

Anda boleh hidangkan pankek bersama compote buah-buahan yang dikisar dalam pengisar dengan sedikit gula aising.

Sos Salad

Sos salad buatan sendiri jauh lebih sedap dan anda boleh bereksperimen dengan pelbagai bahan sehingga mendapat formula sempurna. Hancurkan herba, bawang putih, rempah dan lain-lain bahan, kemudian kisar menjadi puri sehingga dapat sos salad yang halus berkrim.

Kalau mahu buat sos vinaigrette, boleh kisarkan minyak zaitun bersama cuka balsamic.

Salsa

Tomato dalam tin, daun ketumbar, bawang merah, bawang putih, just limau, cili jalapeno, banyak atau kurang ikut tahap kepedasan yang anda suka, dan garam secukup. Sediakan bahan-bahan ini dan kisar.

Kalau anda suka salsa bertekstur kasar, tekan suis pengisar beberapa kali sahaja. Kalau tidak, boleh kisar halus. Rasa salsa dan tambah garam jika perlu. Hidang serta-merta bersama nachos atau simpan dalam peti sejuk untuk peramkan perisa salsa.

Sos

Sos pasta, sos hollandaise, pesto: semua sos ini dan banyak lagi boleh disediakan dengan pengisar. Untuk pasta sos menggunakan tomato, masukkan tomato dalam tin ke dalam pengisar bersama garam dan herba seperti oregano atau basil dan kisar. Untuk buat pesto yang lazat, kisarkan daun basil, bawang putih, garam, keju dan minyak zaitun. Pesto boleh digunakan sebagai sapuan roti, sos pasta, dan sos salad.

Masak sendiri telur benedict di rumah untuk sarapan lewat pagi dengan mencampurkan kuning telur dan jus lemon dalam pengisar. Perlahan-lahan tambahkan mentega cair ketika mengisar untuk menghasilkan sos hollandaise yang sempurna.

Kompos

Tahukah anda, pengisar boleh diguna untuk melengkapkan ekosistem makanan? Mencernakan sisa makanan dalam pengisar bermaksud ia akan bertukar menjadi kompos dengan lebih cepat. Masukkan sisa makanan dalam pengisar dan kisar, sangat ringkas.

Tambahkan ke dalam bekas, bakul atau timbunan kompos. Kompos segar boleh diletak pada tanah kebun dan ia akan diserap oleh tanaman! Bayangkan menanam herba dan sayur dengan kompos buatan sendiri, kemudian mengisar dan menikmati makanan, kemudian mengisar sisa makanan untuk menanam lebih banyak sumber makanan hasil daripada kompos yang dibuat sendiri.

Kitaran pengisar yang baru dipelajari ini membuatkan kepala saya berpusing!

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.