7 Makanan Penting untuk Jadikan Apa Saja Resipi Sebagai Mesra Diet

7 Makanan Penting untuk Jadikan Apa Saja Resipi Sebagai Mesra Diet

7 makanan penting ini membolehkan apa saja resipi menjadi mesra diet, maksudnya sekarang anda boleh makan kek dan kekalkan bentuk badan! Stevia, pemanis semula jadi menggantikan gula, manakala koko chia dan ikan berlemak adalah makanan berkhasiat yang sangat bermanfaat untuk jantung. Jadi tak perlu rasa kempunan lagi kerana anda boleh makan sebanyak mana kek yang dimahukan.

7 makanan penting ini membolehkan apa saja resipi menjadi mesra diet, maksudnya sekarang anda boleh makan kek dan kekalkan bentuk badan! Stevia, pemanis semula jadi menggantikan gula, manakala koko chia dan ikan berlemak adalah makanan berkhasiat yang sangat bermanfaat untuk jantung. Jadi tak perlu rasa kempunan lagi kerana anda boleh makan sebanyak mana kek yang dimahukan.

1.  Stevia: Pilihan utama sebagai pengganti gula

Satu sudu kecil Stevia sudah cukup, kerana tahap kemanisannya adalah 200 kali ganda berbanding gula meja. Yang bagusnya ia dihasilkan dari daun stevia, jadi pemanis semula jadi ini tidak akan mengakibatkan kenaikan gula darah atau insulin. Bermakna stevia sangat selamat untuk penghidap diabetes, tetapi pastikan anda baca dahulu isi kandungan pada label. Sebabnya ada sebahagian pemanis, lebih-lebih lagi jenis serbuk, mengguna pengisi dipenuhi karbohidrat yang boleh membuatkan gula darah meningkat. Contoh bahan-bahan ini adalah dekstrosa dan maltodekstrin.

Semua perkara baik tidak lari dari memiliki kekurangan. Ada orang yang kata stevia meninggalkan kesan pahit pada lidah. Sebenarnya itu memang rasa semula jadi daripada daun stevia, di mana rasa manis diselangi rasa pahit yang tidak keterlaluan. Tip: rasa kesan pahit boleh dikurangkan bila stevia dicampur dengan secubit pemanis lain. Kaedah ini biasa dibuat oleh penggemar stevia.

2. Chia: Diguna sebagai serat mesra diet

Mari kita bincangkan tentang biji chia. Sekali pandang, biji chia tak nampak begitu mesra diet kerana memiliki 12 gram karbohidrat setiap auns. Tetapi kalau anda selidik lagi, 11 daripada 12 gram itu sebenarnya adalah serat. Pakar pemakanan mengatakan biji chia adalah salah satu sumber serat mesra diet terbaik di dunia. Dan tidak kira sama ada putih atau hitam, dua-dua jenis biji chia mempunyai kandungan serat yang sama.

Anda mungkin tidak tahu, biji chia tumbuh secara semula jadi dalam dua-dua warna bersama, tetapi bila dituai ia diasingkan hanya untuk nampak cantik. Tip: Selain daripada ditaburkan ke atas apa sahaja makanan, biji chia boleh ditambah ke dalam air dan ia akan mengembang seperti biji selasih, dan enak diminum. Ini adalah sebab utama pakar pemakanan berkata pengambilan kerap boleh membantu mengurangkan berat badan. Biji chia menyerap kandungan air yang banyak memenuhi ruang dalam perut. Maknanya anda akan cepat rasa kenyang dan makan dengan kurang. 1.5 sudu besar sudah cukup untuk sehari. Sangat bagus, bukan?

3. Koko: Sumber Antioksidan Semula Jadi yang Kuat

Koko adalah satu lagi makanan berkhasiat. Anda boleh dapatkannya dengan menumbuk biji koko - cara coklat dihasilkan, kemudian buangkan lemak.

Ia pilihan popular untuk gantikan coklat cair tidak manis - satu bahan yang anda selalu nampak dalam resipi melibatkan coklat. Sebabnya adalah koko mengandungi antioksidan yang sangat kuat bernama polifenol, yang bertindak sebagai penyokong jantung anda. Pakar perubatan mengatakan ia berkait rapat dengan manfaat kesihatan jantung seperti merendahkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol. Tetapi sama seperti stevia, koko boleh berikan kesan pahit pada hilang, yang dikenal pasti sebagai karakter utama kenapa ramai orang gemarkan coklat gelap. Tip: Serbuk koko mempunyai hayat simpanan lama sehingga satu tahun di dalam keadaan normal. Campurkan ke dalam susu kocak (milkshake) atau pencuci mulut untuk rasa coklat yang enak.

4. Santan kelapa: “Lemak baik” yang boleh diambil dengan banyak

Berbeza dengan lemak lain, lemak dalam santan lebih cepat dimetabolismekan menjadi tenaga, jadi kurang kebarangkalian untuk ia disimpan dalam badan sebagai lemak. Ini kerana lemak dalam santan kelapa adalah dalam bentuk asid lemak rantaian sederhana, atau MCFA (medium-chain saturated fatty acids) - bahan yang suka diproses secara cepat oleh badan. Anda juga boleh jangkakan manfaat perlindungan, termasuk pelindung antivirus dan antifungi yang menghalang dan menghapuskan organisma pembawa kuman. Tip: Ingat, santan kelapa (jenis berkualiti) mudah untuk rosak, jadi anda perlu gunakannya dalam tempoh sehari selepas diperah. Jika dalam tin atau kotak, dinginkan dan guna dalam masa beberapa hari selepas dibuka.

5. Walnut: Jadikan snek untuk kawal berat badan

Walnut yang dinikmati sebagai snek tidak akan buat badan semakin berat, jadi sangat elok bagi mereka yang menjaga berat badan. Disenaraikan di antara 5 jenis kacang paling berkhasiat, walnut mengandung lemak baik seperti lemak monotaktepu dan politaktepu (PUFAs - polyunsaturated fats). Bukan itu saja, ia juga kaya dengan asid lemak omega-3. Tahap kecerdasan minda akan meningkat bila anda ambil walnut setiap hari, di mana uji kaji menemui walnut menyumbang kepada fungsi memori. Tip: Menyimpan walnut di dalam bekas kedap udara akan mengekalkan kesegarannya selama beberapa bulan.

6.  Kubis bunga hancur: Hancurkan sayur untuk tenaga pembakar lemak lebih baik

Kubis bunga adalah salah satu sayur terbaik untuk diet rendah karbohidrat.

Tetapi pakar pemakanan mengatakan lebih bagus kalau kubis bunga dihancurkan.

Apabila dihancurkan, kubis bunga mengeluarkan kompaun pembakar lemak kuat yang dipanggil sulforafan.

Bahan kimia yang sama dikeluarkan bila kita mengunyah sayur berasal dari kumpulan cruciferae. Uji kaji terhadap tikus memberikan hasil bahawa kompaun berguna ini memperbaiki kesihatan perut dan meningkatkan jumlah tenaga pembakar lemak.

Kesan yang boleh dilihat adalah penurunan tahap obesiti dan meningkatkan kesihatan umum.

Dan bukan itu sahaja. Bila sudah dicerna, ia mengaktifkan pelindung sel yang mengurangkan kerosakan dalam badan dengan membasmi toksin.

Tip: Potong batang dan daun untuk buat stok sayur enak.

7. Ikan berlemak: Pilihan utama untuk hidangan lazat

Salah satu ikan paling sedap di pasar adalah makarel.

Bukan saja rendah kalori, perisa isi ikan berlemak ini sangat enak tidak perlukan terlalu banyak perencah.

Pakar pemakanan mengatakan ia adalah salah satu sumber terbaik untuk protein, lemak sihat, dan mengandungi pelbagai jenis nutrien, terutamanya magnesium dan zat besi. Kaji selidik menemui sejenis kompaun dalam ikan ini yang merendahkan tahap ghrelin, hormon yang menyebabkan rasa lapar.

Tetapi jaga-jaga jangan makan terlalu banyak, dua hidangan ikan dalam seminggu sudah mencukupi.

Rumusan

Mahu menjaga badan boleh dimulakan dengan gantian mudah - gantikan gula dengan pemanis semula jadi seperti stevia, tambah biji chia ke dalam (hampir) semua benda. Ingat, serbuk koko juga boleh diguna untuk ganti coklat manis, dan ikan berlemak untuk dos lemak yang baik untuk badan. Gunakan kaedah gantian ini agar anda boleh jadi lebih sihat, lebih kenyang dengan stamina dan fizikal yang bagus.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki