5 Resipi Snek Mudah untuk Deepavali

5 Resipi Snek Mudah untuk Deepavali

Rasa bersemangat mahu sambut Deepavali? Cuba resipi dan tunjukkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga makna dan semangat sebenar perayaan Deepavali. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.

Selamat Hari Deepavali! Raikan Pesta Cahaya dengan 5 resipi snek mudah ini. Mulakan dengan manisan seperti puding nasi berkrim, atau kheer yang dibuat dengan air mawar. Untuk snek yang lazat, kongsikan vadai dal bayam yang tak terhingga keenakannya. Ia adalah vadai perisa kari jintan dengan tambahan bayam garing. Untuk snek penuh tekstur dan warna, boleh cuba barfi pistasio dengan kelapa parut dalam segi empat merah jambu dan putih yang cantik. Sangat mudah untuk dibuat dan nikmati. Pilih satu resipi untuk setiap hari perayaan.

1. Puding Nasi dengan Air Mawar dan Pistasio / Kheer

Puding yang terdiri daripada nasi, susu dengan aroma buah pelaga. Kheer, atau Puding Nasi India dianggap snek klasik - pencuci mulut yang dinikmati semua orang India ketika membesar. Sebahagian daripadanya adalah kerana ia dibuat dengan bahan-bahan murah dan senang ditemui. Semangkuk manisan bertekstur lembut berkrim, dan dihiasi kelopak mawar, sangat cantik rupanya. Ada yang kata puding sebesar tapak tangan ini paling sesuai dinikmati di akhir hidangan.

Di permulaan perayaan Deepavali, susu banyak digunakan. Hari itu menandakan perayaan Dhanteras atau Hari Keuntungan di mana susu digunakan untuk “menyucikan” duit dan diguna untuk memanfaatkan keluarga dan kebaikan lain-lain. Di sini, penganut menyembah Lakshmi, tuhan kemewahan.

2. Barfi Pistasio dan Kelapa Parut

Snek manis yang diperbuat daripada kelapa parut dan sedikit minyak manis yang mengekalkan bentuknya. Anda bebas untuk membuat bentuk snek ini - kiub, segi tiga, berlian atau apa saja bentuk yang anda inginkan. Warna dan perisa juga boleh ditukar-tukar. Kami syorkan perisa pandan, coklat dan safron. Untuk resepi ini, pewarna ros diguna untuk menghasilkan warna merah jambu. 

Safron adalah satu lagi pilihan untuk mendapatkan warna oren kekuningan yang menarik perhatian ramai.

Pertimbangkan snek ini sebagai pilihan utama untuk meraikan perayaan Naraka Chaturdasi, atau Hari Pengetahuan yang berwarna-warni. Hari kedua perayaan ini mungkin hari cerita keagamaan yang paling diketahui oleh semua orang Hindu di mana Tuhan Krishna menumpaskan syaitan Narakasura, dan menyelamatkan 16,000 puteri yang ditawan. Sebagai sebahagian daripada perayaan, corak terang Rangoli (seni India) dilakar di atas lantai menggunakan beras, tepung dan kelopak bunga.

3. Vadai Dal Bayam

Perisa meriah untuk hari meriah. Hari ketiga Deepavali adalah waktu kemuncak, dengan bunga api mewarnai langit. Anda juga boleh memeriahkan suasana di rumah dengan rempah beraroma kuat - bawang putih, cili, daun kari dan jintan. Dal, sejenis lentil yang biasa dimakan, adalah bahan utama dan menyerap semua perisa. Kini, resipi enak dari India Selatan diberi sentuhan ekstra bayam yang ditambah ke dalam patti vadai, kemudian digoreng sehingga garing keemasan.

Sediakan satu pinggan vadai dal bayam dan pastikan suasana riuh-rendah. Pada hari ini, cahaya adalah simbol berkuasa yang menunjukkan kebaikan mengatasi anasir jahat. Di mana Tuhan Rama menyelamatkan isterinya daripada cengkaman syaitan Ravana dalam pertempuran hebat. Hari ini, cahaya juga melambangkan kepulangan dan ketibaan Lakshmi, tuhan kemewahan.

4. Ladu Rava

Manisan gandum tradisional ini mempunyai lebih ramai peminat daripada negeri asalnya Maharashtra, di mana Mumbai merupakan ibu negeri. Ia adalah satu snek mini dibuat dengan kelapa kenyal, rava panggang, atau gandum, dan kerangupan kekacang.

Longgokkan bebola gandum manis ini banyak-banyak di hari keempat perayaan. Pada hari ini, makanan dilonggok tinggi-tinggi di kuil Hindu sebagai tawaran kepada Tuhan Krishna dalam perayaan Govardhan Puja. makanan yang dilonggok adalah simbol bukit yang diangkat oleh Krishna untuk melindungi penduduk kampung daripada dilanda banjir.

5. Kroket Cendawan Goa dan Keju

Hari kelima, menandakan pengakhiran perayaan Deepavali. Dan di pantai barat daya Goa, kroket adalah snek yang sentiasa ada dalam semua perayaan. Kroket Goa tradisional dengan kentang dan serbuk roti ini boleh didapati dalam versi yang lebih enak dengan cendawan dan keju. Rempah yang digabung bersama dalam snek ini - garam masala, jintan dan lada hitam menghasilkan perisa yang menarik

Apakah snek Deepavali kegemaran anda?

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.