5 Resipi Keto Rendah Karbohidrat untuk Makan Malam Perjumpaan Tahun Baru Cina

5 Resipi Keto Rendah Karbohidrat untuk Makan Malam Perjumpaan Tahun Baru Cina

Guna resipi yang melibatkan penggunaan paha ayam (semestinya termasuk kulit) berbanding potongan ayam biasa untuk lemak berkhasiat ekstra. Sos utama masakan Cina, kicap soya, diganti dengan cecair amino sebagai alternatif keto. Pencuci mulut juga perlu ada untuk melengkapkan jamuan. Kami merujuk kepada sup kacang tanah klasik - sepenuhnya keto, supaya semua orang boleh berkumpul dan menjamu selera sepuasnya di Tahun Baru Cina ini.

Cuba bertanya mereka yang mengamalkan diet keto, pasti mereka akan beritahu diet ini tidak mudah untuk diikut. Lebih-lebih lagi bila anda perlu hentikan pengambilan gula.

Apakah erti hidup tanpa kemanisan?

Tetapi tak mengapa, Swerve boleh diguna sebagai pengganti gula dan popular di kalangan pengamal keto, dan kami sedar betapa berguna dan enaknya sebiji kepala kubis bunga

5 resipi yang dikongsikan di sini dicipta khas untuk Tahun Baru Cina supaya anda tidak ketinggalan untuk berkumpul di meja makan, dan menikmati bersama hidangan klasik versi keto.

Selamat Tahun Baru Cina!

1.   Brais Daging Perut Babi Keto

Hidangan daging yang lazat dan menyelerakan untuk makan malam Tahun Baru Cina anda.

Mengambil inspirasi dari hidangan budaya Filipina iaitu Adobo, Brais Daging Perut Babi Keto ini juga sama seperti Kong Bak, atau hirisan daging babi berlemak yang digemari ramai oleh orang Cina.

Apa yang keto dengan hidangan ini?

Untuk permulaan, rotinya sangat rendah karbohidrat hanya dengan lebih kurang 3g lemak. Dagingnya terdiri daripada lapisan berlemak, diperap dengan kicap soya pekat berperisa, sos worcestershire, cuka dan herba. Sudah pasti tiada langsung gula, dan sos juga adalah keto. Bila anda beli sos siap dibuat, pastinya label diteliti dengan terperinci kerana kebanyakan sos yang dijual di pasar raya mengandungi gula. Sebab itu sekarang mudah untuk guna Swerve sebagai pengganti gula.

Roti tidak perlu ditambah dalam resipi jika anda kurang gemar, dan hidangkan daging perut babi sahaja. Hidangan ini kaya dengan perisa, rendah karbohidrat dan kandungan lemak tinggi, sangat sesuai untuk makan malam perjumpaan.

Klik di sini untuk resipi Brais Daging Perut Babi Keto

2.    Bubur Kubis Bunga Keto

Jika anda mengamalkan diet keto, pasti sudah untuk elak makan nasi, lebih-lebih lagi ketika makan malam perjumpaan.

Anda masih boleh menjamu selera bersama keluarga menu gantian - “bubur” kubis bunga keto. Kubis bunga yang dihancur, direbus dan dipekatkan dengan gam xanthan untuk memberikan tekstur seakan bubur. Ianya berkrim dan bila dititiskan dengan minyak bijan wangi, kami tahu hidangan ini sesuai untuk diet keto harian anda sambil boleh dinikmati ketika Tahun Baru Cina.

Apa yang keto dengan hidangan ini?

Kubis bunga, kubis bunga dan kubis bunga lagi. Sayur rendah karbohidrat ini adalah pengganti sempurna untuk nasi, pasta dan mee yang tinggi dengan karbohidrat. Tekstur yang berbutir dan berkrim digandingkan dengan rasa manis semula jadi, kubis bunga sangat mengenyangkan sebagai sajian utama.

 

Ada resipi Bubur Kubis Bunga Keto yang menggunakan gam xanthan untuk mendapatkan konsistensi pekat. Gam ini bertujuan mengganti tepung gandum dan tepung jagung yang tinggi karbohidrat, biasa digunakan dalam sup. Dalam resipi ini, satu sudu gam xanthan mencukupi untuk memberikan tekstur seakan nasi.

Titiskan minyak bijan bagi memberikan bau wangi seperti bubur kegemaran anda yang lain. Jangan lupa juga hidangan sampingan Tahun Baru Cina seperti telur seribu tahun, kacang dalam sos manis (lihat  label untuk kandungan gula, yang tidak disyorkan dalam diet keto), dan sedikit perisa - lap cheong atau sosej Cina yang selamat untuk diet ini! Jangan lupa untuk semak kiraan karbohidrat, kalau tidak terlebih, boleh tambahak lap cheong.

Klik di sini untuk resipi Bubur Kubis Bunga Keto

3.    Mee Sup Shirataki & Bebola Ayam Keto

Mee biasanya dinikmati untuk menggambarkan murah rezeki dan kemakmuran semasa Tahun Baru Cina

Agak mencabar jika anda mengamalkan diet keto, tetapi tidak mengapa kerana mee tinggi karbohidrat boleh digantikan dengan mee shirataki yang mesra keto. Masak sekali bebola ayam menggunakan paha ayam dengan lemak elok, dan anda boleh menjamu selera bersama ahli keluarga yang gemarkan hidangan me.

Apa yang keto dengan hidangan ini?

Semuanya dalam huruf S - Shirataki. Diperbuat daripada keladi konjac, shirataki biasa ditambah ke dalam sup Jepun untuk hirupan berbunyi dan kunyahan sambil menghirup sup panas. Ia juga digunakan sebagai pengganti mee bagi diet keto kerana kualitinya yang rendah karbohidrat.

Dipanggil sebagai “mee ajaib”, shirataki mengandungi 97% air dan 3% serat glukomanan. Serat yang terhasil dari akar tumbuhan konjac dikatakan membantu untuk mengurangkan berat badan, kerana ia menyerap air dengan banyak, sekaligus membuatkan rasa kenyang yang lama.

Tetapi bukan saja mee yang keto, bebola daging juga keto kerana diperbuat dengan paha ayam berbanding bahagian isi putih yang tidak berlemak. Paha ayam lebih berlemak berbanding potongan ayam lain. Oleh itu pilihlah potongan ayam dengan kandungan lemak mencukupi untuk diet keto anda!

Klik di sini untuk resipi Mee Sup Shirataki & Bebola Ayam Keto

4.   Sayur Naga Hijau dan Tauge Tumis Keto

Sayuran berdaun hijau adalah terbaik untuk diet keto anda. Ia rendah karbohidrat berbanding sayu berbatang dan berakar, tetapi tetap sedap. Untuk hidangan Tahun Baru Cina, anda boleh cuba masak Sayur Naga Hijau dan Tauge Tumis Keto, dan hidangan ini boleh dinikmati oleh semua ahli keluarga, tidak kira pengamal diet keto atau tidak.

Apa yang keto dengan hidangan ini?

Perkara yang perlu diingat untuk sayur-sayuran dalam diet keto: Pertama, daun, kemudian batang, akhir sekali akar. Sayur berakar seperti keledek dan bawang lebih tinggi kandungan karbohidrat, jadi gunakan dengan sedikit. Sayur berbatang seperti saderi, asparagus adalah pilihan tengah. Akhir sekali, sayur berdaun seperti chye sim dan sayur naga hijau yang digunakan dalam resipi ini adalah ideal untuk diet keto.

Sangat bertuah kerana sayur-sayuran biasa digunakan dalam masakan Cina adalah sayur berdaun yang mudah ditemui di pasar raya seperti chye sim, selada air dan banyak lagi.

Minyak sapi adalah minyak yang sesuai digunakan untuk diet keto, sebagai minyak gorengan asas. Bukan saja tinggi dengan kandungan lemak (satu kelebihan!), ia juga mempunyai takat lebur lebih tinggi yang sesuai untuk resipi ini, dan lain-lain masakan bertumis. Guna sebanyak yang anda suka, atau secubit sudah mencukupi. Sapuan keemasan ini mempunyai aroma kuat dan rasa seakan mentega. Minyak sapi juga sangat murah, mudah ditemui di semua pasar raya, dan menjimatkan kos.

Klik di sini untuk resipi Sayur Naga Hijau dan Tauge Tumis Keto

5.   Sup Kacang Tanah Keto

Sup Kacang mungkin pencuci mulut Tahun Baru Cina paling ikonik.

Hidangan ini sentiasa menjadi kegemaran ramai, dan kini ada versi keto. Hanya perlu gantikan gula dengan Swerve untuk rasa manis, dan gam xanthan untuk memberikan tekstur lembut dan pekat. Satu mangkuk pasti tidak mencukupi.

Apa yang keto dengan hidangan ini?

Kacang tanah, tiada sebab lain. Resipi ini menggunakan mentega kacang tanah, tetapi boleh gunakan apa saja jenis mentega kacang yang anda mahu. Tetapi yang dipersetujui adalah penggunaan kacang yang tinggi kandungan lemaknya. Contohnya seperti kacang pekan, kacang macadamia dan kacang brazil. Semua kacang ini mempunyai tekstur berkrim, pekat dan rasa yang kuat. Bila dicampur dengan mentega kacang tanah, krim tinggi lemak digabungkan untuk rasa lemak lazat ekstra.

Perasa manis boleh dihasilkan dengan gula keto, atau Swerve. Swerve merupakan pemanis berasaskan eritritol dengan hampir tiada kalori yang berfungsi sama seperti gula, jadi ia sangat mudah digunakan dalam masakan. Pilih Swerve gula perang untuk dapatkan rasa yang lebih padat dan tidak terlalu manis.

Akhir sekali, gam xanthan, alternatif keto untuk tepung gandum dan tepung jagung tinggi karbohidrat yang digunakan untuk memekatkan sup kacang tanah berkrim. Agar anda dapat menikmati tekstur sup sempurna bila menikmati setiap suapan pencuci mulut ini.

Klik di sini untuk resipi Sup Kacang Tanah Keto

Apa sebenarnya keto?

Keto adalah satu diet tinggi lemak, rendah karbohidrat yang dipercayai membantu pengurangan berat badan.

Konsepnya? Hentikan pengambilan karbohidrat dan fokus kepada pengambilan makanan tinggi lemak yang membantu badan membakar lemak. Ia juga dipanggil sebagai “diet pembakar lemak”.

Sebabnya? Kaji selidik menunjukkan bila badan dihentikan pengambilan karbohidrat, akan membakar lemak untuk dapat tenaga, dan pengambilan lemak yang banyak meningkatkan lagi proses ini. Ketonian - pengamal diet keto, akan memasuki peringkat dinamakan “ketosis” di mana proses pembakaran lemak oleh badan bermula.

Anda sukakan resipi keto ini? Anda boleh ucapkan terima kasih kepada Pencinta Makanan kami, Janti! Beliau adalah chef dan pembuat roti dari Indonesia dan penggemar diet keto. Ikuti beliau di media sosial @jantibrasali.

Mana satu makanan pengganti yang bagus dan mana satu yang tidak begitu sesuai? Layari lebih banyak makanan mesra diet di sini.

Dan akhir sekali, untuk lebih banyak resipi Tahun Baru Cina, sila layari laman khas kami.

 

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.