5 Kedai Ramen Halal yang Enak di Tokyo

5 Kedai Ramen Halal yang Enak di Tokyo

Dari udang hingga ke ayam pedas, jangan terlepas untuk cuba makan di 5 kedai ramen halal yang sangat enak di Tokyo.

Tokyo adalah ramen, anda boleh menikmati ramen terbaik dan paling berinovasi di kota metropolis ini. Dan baru-baru ini, persaingan di antara kedai ramen halal semakin terasa bahangnya - dari ramen berlauk udang lembut hingga ke ramen ayam pedas, kami bawakan kepada anda 5 ramen lazat di Tokyo yang diiktiraf dengan sijil halal.

1. Ayam-Ya

“Spicy Tori Soba” dengan Telur: ¥990. Foto: Frank Striegl

Ayam-Ya pakar dalam menghidangkan tori paitan, sejenis ramen ayam kaya berperisa. Hidangan ramen ayam istimewa mereka (bahagian atas kri pada mesin pesanan) dihidangkan dengan perencah kicap soya cair dan minyak cili seakan sirap. Rasa pedas minyak cili diganding sempurna dalam brot dengan perisa ayam. Topping bawang dipotong dadu dan hirisan daun bawang juga memberikan rasa manis semula jadi. Akhir sekali, mee licin Ayam-Ya mempunyai tekstur tebal dan membantu menyerap brot yang lazat. Selaras dengan tema ayam, semua ramen mengandungi topping hirisan ayam kukus. Selain dari ramen ringan dan peas (perencah kicap soya atau garam), anda juga boleh pilih ramen ayam dengan kuah lebih pekat (perencah kicap soya atau garam dan hanya 20 mangkuk disediakan setiap hari). Tidak kira apa pun yang dipesan, Ayam-Ya menghidangkan semangkuk ramen yang memberi kepuasan maksimum.

Lokasi: Tokyo-To, Taito-Ku, Moto Asakusa 3-10-3

Waktu perniagaan: Setiap hari, 11.30am - 3.30pm / 5pm - 10pm

2. Mazilu Lanzhou Beef Noodles

Mee Daging: ¥950. Foto: Frank Striegl

Mee sup daging lebih menyerupai asal-usul ramen dari China - dan kini mendapat sambutan semula di Tokyo. Mazilu Lanzhou Beef Noodles menghidangkan antara mee sup daging yang terbaik di bandar ini, dan mereka memiliki sijil halal. Brot jernih mereka sangat ringan dan mempunyai rasa daging dan herba yang unik. Brot buatan mereka juga cukup pedas kerana dilapisi minyak cili di bahagian atas sup. Pekerja kedai akan bertanya jika anda mahu tambah daun ketumbar (pakuchi) dan bawang putih (ninniku) sebagai topping. Sudah semestinya kami cadang untuk tambah. Topping lain termasuk aromatik, hirisan daging nipis, ketulan kiub daging, dan potongan lobak putih daikon. Namun, bintang utama dalam menu kedai ini adalah mee tarik. Anda boleh pilih di antara 10 jenis mee di Mazilu Lanzhou berpandukan gambar rajah. Gambar nombor 5, mee jenis tebal, leper dan lurus. Anda boleh kunjungi ini sebanyak 10 kali nikmati 10 jenis mee berlainan! Secara ringkas, Mazilu Lanzhou Beef Noodles memberikan fokus kepada ramen daging lembu yang lazat dengan mee berkualiti. Tambahan lagi, kini mereka membuka cawangan baru berhampiran stesen Tokyo!

Lokasi: 1-3-18,Kandajimbocho,Chiyoda-ku,Tokyo 101-0051 Jepun

Waktu perniagaan: Setiap hari, 11 am - 3 pm / 5 - 8:30 pm

3. Menya Honolu 

Ramen Ayam Istimewa (Semua Toppin) :¥1,180. Foto: Frank Striegl

Menya Honolu terletak di Ebisu, hanya selang 1 stesen sahaja dari stesen Shibuya di Yamanote Line. Ramen mereka mengetengahkan ayam gred tinggi dari Satsuma, Kagoshima. Brot ayam dan sayur direbus selama lebih dari 8 jam, menghasilkan konsistensi lebih berkrim dan pekat (berbanding kedai-kedai lain dalam senarai ini!). Pilih antara ramen biasa atau pedas - dua-dua sama sedap! Menya Honolu juga menghidangkan tsukemen. Bagi mereka yang tidak tahu, tsukemen adalah ramen, tetapi mee dan brot dihidang berasingan. Brot tsukemen moden lebih pekat, dan mempunyai rasa seakan ikan, dan unsur ini boleh ditemui dalam tsukemen di Menya Honolu. Pastikan anda cuba tsukemen disamping ramen normal di kedai 2 tingkat ini. Di tingkat satu ada beberapa kerusi kaunter dan di tingkat dua, meja rendah Jepun disusun untuk menjamin keselesaan pengunjung.

Lokasi: Jepun, 〒150-0022 Tokyo, Bandar Shibuya, Ebisuminami, 1 Chome−23−1 ABC亜米利加橋 1F

Waktu perniagaan: 11:30 am - 2:30 pm / 5 pm - 10 pm (Tutup hari Selasa)

4. Naritaya

Ramen Naritaya (Semua Topping): ¥880. Foto: Frank Striegl

Naritaya adalah bersebelahan dengan kuil Sensoji, kuil tertua di Tokyo berwarna merah terang. Kawasan kejiranan Asakusa di sekeliling kuil adalah latar belakang tradisional yang sangat cantik. Menu di Naritaya termasuklah ramen kicap soya klasik (Naritaya), ramen miso atau ramen miso pedas, dan maze soba (ramen tanpa sup). Di kota bersejarah Asakusa, ramen dengan sos kicap soya klasik adalah paling sesuai. Tetapi kalau anda masih belum pernah cuba maze soba, apa kata cuba nikmatinya di Naritaya? Maze soba perlu digaul secara rapi dengan bahan-bahan lain dan memandangkan tiada sup, minyak berperisa digaul pada mee. Tapi ingat, biasanya raman orang akan berkunjung ke Naritaya pada hari hujung minggu, kerana kedai ini sangat popular! Sama seperti di Menya Honolu, tingkat satu mempunyai kerusi kaunter dan tingkat dua disusun meja. Akhir sekali, kedai ini menyediakan bilik sembahyang di tingkat dua. Jika anda mahu menggunakannya, sila beritahu pekerja awal-awal.

Lokasi: 2 Asakusa, Bandar Taito, Tokyo 111-0032, Japan

Waktu perniagaan: Setiap hari, veryday, 11 am - 10 pm (9 pm pada hari Ahad)

5. Ramen Ouka

Ramen Halal: ¥1,200. Foto: Frank Striegl

Ramen Ouka melengkapkan senarai kami. Kedai ini berdekatan dengan Shinjuku Gyoen National Garden yang cantik. Ramen halal di Ramen Ouka adalah unik, termasuk bentuk mangkuk seakan corong. Brot yang dihidang adalah gabungan ikan sea bream, ayam, halia, kelp dan cendawan. Ia memberikan perisa dari darat dan laut secara harmoni. Sos sitrus yuzu diletak di atas mee, sangat serasi dengan perencah kicap soya cair dalam brot. Ayam panggang, jagung kecil, dan telur berperisa dihidang dalam pinggan berasingan, supaya ayam panggang kekal garing bila dicicah dalam brot ramen. Di akhir hidangan, anda boleh tuangkan baki bro ke dalam mangkuk berisi nasi (gaya ochazuke). Inilah gunanya mangkuk dengan bentuk seperti corong! Lazat dan berdaya cipta, Ramen Ouka tidak menghampakan.

Lokasi: 1 Chome-11-7 Shinjuku, Bandar Shinjuku, Tokyo 160-0022, Japan

Waktu perniagaan: Isnin - Khamis: 3 pm - 10 pm / Hujung Minggu: 1 pm - 10 pm / Jumaat: 6 pm - 10 pm

Frank adalah seorang warga Filipina Amerika yang lahir di Tokyo dan membesar dengan ramen. Beliau menikmati lebih dari 300 mangkuk ramen setahun, dan menjalankan program jelajah ramen yang boleh anda baca di blog beliau, 5 Am Ramen. Bila tidak sibuk menikmati makanan Asia, beliau gemar membaca, bersenam dan melancong. Frank juga adalah seorang peminat tegar Lord of the Rings. Berinteraksi secara online dengan beliau di @5amramen.

Kategori:

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    Kongsi Resipi
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.