5 Cara Asas Menggunakan Kuning Telur Asin

5 Cara Asas Menggunakan Kuning Telur Asin

Tiada idea macam mana nak guna kuning telur asin? Kini masalah itu hampir lenyap dari pemikiran anda. Berikut adalah 5 cara terbaik untuk meningkatan hidangan dengan kuning telur asin. Baca sekarang.

Apa cara terbaik untuk menikmati kuning telur asin? Dengan makanan laut, ayam atau roti? Patut jadi macam sos, berkrim, digaul? Atau jadikan perapan kering, masin dan tajam? Dengan 5 cara asas menggunakan kuning telur asin ini - anda boleh masak apa jua cara dengan apa jua bahan yang dimahukan.

1. Daging

Dalam banyak-banyak daging, ayam mempunyai rasa tawar yang elok digandingkan dengan telur itik berperisa. Anda perlu goreng ayam terlebih dahulu, kemudian gaulkan dalam sos kuning telur asin yang berkrim, dan rasa ayam biasa akan menjadi luar biasa!

Idea untuk hari ini: ayam goreng garing dan panas dengan mentega cair, daun kari, dalam kuah kuning telur asin yang padat dengan perisa.

Sebelum anda mula, anda perlu tahu ciri-ciri telur itik asin yang bagus - kuning telur perlu berwarna jingga pekat, tekstur berbutir dan berminyak yang banyak.

2. Makanan laut

Pilihan makanan laut sangat meluas, dan paling bagus dimulakan dengan udang.

Udang sudah berjaya dimasak dengan bijirin rangup, dimasak dengan wain cina beraroma, dan dalam kuah asam pedas. Tetapi peminat kuning telur asin berkata udang yang dimasak dengan sos kuning telur asin adalah hidangan bertaraf klasik - sama seperti ketam cili.

Dan tambahan empingan daun kari memberikan rasa rempah yang enak, seperti yang dibuat dalam resipi udang bermentega dengan kuning telur asin.

Atau anda juga boleh cuba masak dengan ketam kulit lembut digoreng garing. Satu pilihan bijak - anda dapat buat hidangan mewah tanpa perlu bersusah-susah mengopek kulit. Tetapi berbeza dengan udang, pastikan setiap bahagian sepit dan sendi disalut rapi, supaya sos kuning telur asin dapat melekat di setiap ruang.

Sekarang mungkin anda sudah perasan mentega terlibat dalam dua resipi pertama, termasuk yang ini dan hampir semua resipi kuning telur asin. Sebabnya adalah mentega meningkatkan rasa dan tekstur masin kuning telur, sekaligus menambahkan kelembutan dan rasa umami.

3. Pasta

Kuning telur asin yang ringkas menguasai hidangan pasta. Rasanya yang manis dan masin, tidak terlalu cair, kritik kulinari berkata ia boleh dijadikan sos sempurna kerana konsistensinya.

Bila disajikan, sedap mata memandang.

Sangat ketara bila dibanding dengan sos trufel dan dakwat sotong. Kuning keemasan, warna kuning telur asin yang cerah membuka selera rasa dan juga penglihatan.

Tapi ingat, bila menggaul pasta, anda perlu seimbangkan rasa padat dengan sedikit pedas, seperti bagaimana kami tambahkan cili ke dalam resipi pasta udang bermentega dengan kuning telur asin.

Apa-apa jenis pasta boleh diguna, tetapi untuk efek menghirup berpanjangan, guna spageti.

4. Roti

Tidak ramai yang tahu, kuning telur asin mula dipopularkan dalam roti. Pada tahun 2009, roti ban kukus diisi dengan kuning telur asin dan snek ini popular di Hong Kong. Pes cair yang dibuat dengan susu pekat manis, mentega dan kuning telur asin kini dipanggil “Liu Sha Bhao”, dan kekal dihidang dalam Dim Sum Kantonis.

Lebih kurang 8 tahun lepas, roti ban dengan berinti ini tiba di Singapura, memulakan kegilaan kuning telur asin dalam kerepek kentang, pencuci dan hidangan-hidanga lain. Fenomena yang tidak akan dihentikan.

Kami dapati sos melekit masin manis ini sangat enak bila dicairkan di antara dua keping roti goreng, dan bila ditarik mengalirkan sos keemasan yang tiada tandingan kelazatannya.

Sedap dipandang dan sedap dimakan - cubalah di sini.

5. Salad

Untuk hiasan salad lain dari yang lain, jangan parutkan keju, sebaliknya parutkan kuning telur asin.

Peminat mengatakan rasanya yang tajam dan berkrim sesuai dijadikan pengganti keju. Tak ada pemarut? Cincang secara kasar dan campakkan ke dalam mangkuk berisi salad untuk dijadikan perisa. Kami juga tambahkan sotong yang tidak terlalu rasanya, bersama dengan bayam lembut di dalam salad.

Tetapi bukan salad saja yang membuatkan anda sihat. Ada rekod yang menunjukkan di China dahulu di mana ia mula digunakan, kuning telur asin boleh merawat beberapa isu. Cirit-birit atau gatal mata boleh dirawat dengan menikmati kuning telur asin dalam bubur.

Jadi tidak kira sama ada anda ingin buat salad sotong dengan kuning telur asin cincang, atau salah satu daripada 5 resipi di atas, anda pasti bakal menikmati hidangan dengan citarasa Asia yang memuaskan.

Kerana kuning telur asin mengandungi semua komponen yang kita suka - berperisa, manis dengan rasa umami.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.