10 Resipi untuk Cara Menggunakan Kimchi yang Merah Pedas

10 Resipi untuk Cara Menggunakan Kimchi yang Merah Pedas

Setiap resipi melibatkan kubis yang melalui proses penjerukan ini, pasti menjadi sedap! Tolak tepi dahulu resipi, jika anda teringin untuk membuat sendiri jeruk kubis, kami ada panduan untuk membantu anda mula membuatnya.

Helaian pasta kimchi berkrim, stew tentera yang menenangkan dan snek bertih jagung kimchi - semua resipi yang melibat kimchi pasti menjadi sedap! Tolak tepi dahulu resipi, jika anda teringin untuk membuat sendiri jeruk kubis, kami ada panduan untuk membantu anda mula membuatnya.

1. Pasta Krim Kimchi

Gemarkan rasa kimchi yang pedas dan masam? Tambahkan sentuhan Korean ke dalam hidangan pasta anda dengan resipi Pasta Krim Kimchi ini. Ianya sangat mudah dibuat dan sesuai untuk hari bekerja yang sibuk di mana anda hanya mahu menikmati hidangan ringkas tetapi memuaskan di penghujung hari. Setiap bahan-bahan dari bakon hingga ke keju parmesan dan cendawan padat dengan rasa umami, memberikan perisa dan tekstur hebat dalam hidangan ringkas ini.

2. Pankek Makanan Laut Kimchi

Nikmati Pankek Makanan Laut Kimchi yang kenyal ini dan rasai keenakan perisa segar udang laut dengan kelembutan dan kepadatan pankek dalam setiap suapan. Apabila rasa lapar melanda perut pada waktu tengah hari, snek pedas Korea ini sangat sempurna untuk dinikmati sama ada sebagai jajan, hidangan sampingan atau pembuka selera. Daun bawang segar mengimbangkan rasa kanji dari kentang dan tepung, manakala makanan laut memberikan rasa dan aroma laut dalam pankek. Makan ketika ia masih panas dan sedikit garing di luar!

3. Bertih Jagung Kimchi Rumpai Laut

Bertih jagung sangat enak tapi alangkah lebih enak jika terdapat pelbagai pilihan rasa? Tidak perlu mencari, kerana di sini kami mempunyai resipi yang mudah dan sangat lazat. Peringatan, hidangan ini sedikit pedas kerana kami menggunakan banyak kimchi dan sedikit sriracha.

 

  • Resipi di sini: Bertih Jagung Kimchi Rumpai Laut
  • Berkaitan: 5 Mangkuk Bertih Jagung Untuk Snek Tanpa Henti

4.  Oyakodon Kimchi

Oyakodon adalah hidangan satu mangkuk Jepun yang popular terdiri daripada semangkuk nasi dengan ayam dan telur - asal datangnya nama “oyako”, bermaksud “ibu dan anak”. Dalam resipi Oyakodon Kimchi ini, hidangan tradisi ayam dan nasi dalam mangkuk diberi sentuhan Korea dengan jeruk sayur kimchi, yang memberikan hidangan ini aroma harum dan kuat, dengan warna merah menawan. Ianya ideal untuk mereka yang gemarkan rasa pedas dalam hidangan makan tengah hari atau makan malam tanpa perlu berpeluh!

5. Kimchi Jigae

Ia tidak sepedas seperti rupanya.  Kimchi Jigae, atau stew kimchi, mungkin nampak seperti sangat pedas tetapi sebenarnya agak kurang pedas berbanding contohnya, emping lada merah yang anda guna untuk makan pizza. Bahan utama untuk membuat hidangan ini termasuk hirisan nipis perut daging babi, pes cili merah Korea dan emping cili, tauhu lembut dan semestinya, kimchi!

6. Mee Goreng Kimchi

Mee segera yang padat dengan kimchi berperisa kuat dalam setiap suapan. Untuk mengurangkan rasa masam dan pedas jeruk kubis ini, kami gunakan pes tomato dan sos gochujang, pes cili pekat berlada. Reneh kedua-duanya dalam kuali dan perlahan-lahan perisa masam kimchi akan berkurangan. Sudah tentu, jika anda boleh gunakan jenis mee lain juga, tetap memberikan hasil yang sama dengan mee yang tebal atau nipis.

 

  • Resipi di sini: Mee Goreng Kimchi

7. Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi Satu Periuk

Makaroni dan keju klasik diberikan kejutan perisa kimchi. Dan ia memberi hasil gandingan yang memuaskan, dengan asas keju, ditambah dengan kimchi yang masam, pedas dan perisa manis berkrim dari labu. Paling sedap sekali? Ia hanya memerlukan satu periuk dan dua langkah.

 

  • Resipi di sini: Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi

 

8. Dumpling Kimchi

Perkara paling hebat bila memasak menggunakan kimchi adalah ia meningkatkan hampir semua aspek dalam resipi. Contohnya seperti Dumpling Kimchi ini, secubit kimchi menambah rasa masam yang menyegarkan dalam gigitan pada kulit dumpling kenyal berinti mentega, keju dan kentang. Kami cadangkan untuk menambah lebih banyak kimchi sejuk di atas, apabila dumpling diangkat keluar dari kuali panas-panas.

 

  • Resipi di sini: Dumpling Kimchi

 

9. Nasi Goreng Kimchi

Mengidam untuk menikmati Nasi Goreng Kimchi yang anda makan di Korea? Anda kini boleh menyediakannya di rumah dalam masa 30 minit. Tambah atau kurangkan perencah mengikut kesukaan - tambah gochujang (pes cili Korea) jika anda tahan pedas. Akhir sekali, tambahkan beberapa keping spam, keju, atau apa saja yang anda suka untuk perisa ekstra!

 

  • Resipi di sini: Nasi Goreng Kimchi

10. Stew Tentera Korea

Stew Tentea, tercipta berpunca daripada keperluan selepas Perang Korea, kini menjadi menu popular di rumah dan di restoran. Ia menggabungkan daging diproses dari Barat (spam dan sosej) dengan perisa dari Timur (antaranya kimchi, pes cili pedas dan kek beras), menghasilkan hidangan yang kompleks tetapi seimbang. Stew Tentera sedap dimakan ketika mereneh dalam periuk, bersama keluarga dan rakan-rakan!

 

  • Resipi: 10 Sup Paling Menenangkan Untuk Sepanjang Masa

Dan jika anda lebih suka untuk membuat sendiri jeruk kubis pedas, ini cara untuk bermula:

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli

Terbaik untuk semuanya dari nasi goreng hingga ke dumpling (atau dimakan begitu saja!), kimchi adalah hidangan yang ditemui di semua restoran dan rumah Korea. Hidangan sampingan rangup berwarna merah terang ini dibuat dengan sayur ditapai dan diasin, dibenam dalam perencah enak cili, bawang putih, halia, sos ikan dan dashima. Dan jika anda selalu tertanya-tanya kenapa orang Korea mempunyai kulit yang cantik, kimchi adalah sumber antioksida yang sangat bagus.

 

  • Panguan: Bagaimana untuk Membuat Kimchi

 

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki