Adakan kepedasan membuat semua hidangan menjadi lebih enak? Kami menelusuri lanskap kepedasan di Asia, menguji snek mesra palet seperti Otak-Otak dari Asia Tenggara kepada hidangan yang membuat lidah anda kebas kepedasan seperti Ma La Xiang Guo dari Utara China, untuk membawa senarai yang akan menarik perhatian peminat makanan pedas.Inilah 10 Resipi Pedas Syok Luar Biasa
Bersedia untuk menyerang rasa anda kerana Asam Laksa adalah mi sup yang mengandungi rasa pedas, manis, masam dan masin dalam satu mangkuk. Asas hidangan ini adalah sup ikan tajam dibuat dari gabungan rempah dan stok ikan yang menghasilkan rasa yang unik. Mi beras dicelur dalam sup, bersama dengan kepingan ikan, pes udang, nanas dan timun, dan anda sedia menikmati hidangan paling popular dan paling di inginkan di Pulau Pinang, Malaysia.
Ayam Balado adalah hidangan Indonesia yang pedas yang dibuat dari ayam berjus, tomato dan serai wangi. Kunci kepada keenakan Ayam Balado terletak pada pes - Balado, sambal cili wangi yang dibuat daripada bawang kecil, cili, bawang putih dan daun limau. Jika anda sukakan ayam yang lebih lembut, cuba gunakan kaki ayam! Hidang ketika panas dan bersama semangkuk nasi panas.
Jika anda gemar rasa lada, Ayam Goreng Kilas Lada Hitam harus menjadi repertoire dalam masakan anda! Ia adalah hidangan pedas dari lada putih dan lada biji hitam, lada merah dan cili hijau digoreng bersama ketulan ayam bersaiz suapan dan bawang besar. Jika anda ingin memeriahkan lagi hidangan anda tambah sedikit lada kuning dan hijau! Nikmati resipi mudah 30 minit bersama satu mangkuk nasi panas.
Jawapannya tidak, ia tidak sepedas seperti yang anda lihat. Kimchi Jigae, atau kimchi stew, mungkin kelihatan sangat pedas tetapi kepedasannya hanya sederhana jika anda ingin bandingkan dengan kepingan cili yang anda selalu makan bersama piza. Bahan utama dalam hidangan ini termasuk hirisan perut babi, pes lada merah Korea, kepingan cili, tahu keras dan tentu sekali kimchi!
Jawapan orang Korea kepada Kentucky Fried Chicken! Dakgangjeong, atau Ayam Goreng Korea, adalah ayam goreng yang paling rangup, disaduri dengan sos pekat yang manis dan pedas. Hidangan ini mempunyai hanya dua langkah dan mungkin kedengaran rumit - perap dan goreng ayam, diikuti dengan penyediaan sos - tapi ia dijamin akan memenangi hati pengkritik makanan paling kritikal! Ini adalah rahsia nenek Korea yang tidak akan dikongsi, kunci kepada kerangupan adalah dengan menambahkan serbuk penaik ke dalam tepung jagung.
Buat teman-teman dan keluarga anda puas dengan keenakkan kepedasan Ma La Xiang Guo, hidangan yang sangat pedas yang akan membuatkan anda gembira dan pedas di lidah dengan setiap suapan. Berasal dari Utara China, hidangan unik satu periuk goreng ini mendapatkan kepedasannya dari biji lada dan cili dan diiringi dengan sayuran berkhasiat!
Secara tradisionalnya dimakan bersama nasi atau roti, Otak Otak- atau kek ikan pedas ini penuh dengan rasa! Hidangan yang digemari di Indonesia, Malaysia dan Singapura, ia adalah hasil gabungan rempah Asia Tenggara, pes udang dan ikan tenggiri yang dibungkus dengan daun pisang. Terbaik jika dipanggang di atas arang, tetapi rasanya masih enak jika dibakar atau kukus.
Hidangan yang membuatkan pencinta makanan laut gembira - Rendang Udang! Dibuat daripada pes pedas buah keras, bawang merah dan herba aromatik Asia Tenggara, ia digoreng, kemudian dicampur dengan santan dan air dan direneh menjadi kuah yang pekat. Ini adalah nasihat penting yang kami ingin beri kepada anda: Seperti orang asal, JANGAN buang kepala udang. Kerana ia sungguh berjus dan berkrim dan anda tidak akan menyesal!
Kebiasaannya dijumpai di pusat penjaja makanan, dan restoran di persisiran pantai Asia Tenggara, Sambal Lala ialah hidangan pedas yang dimasak bersama cili, rempah dan belacan. Bau yang menusuk datang dari sos - campuran sos kicap, sos ikan, dan cuka putih. Makan seperti orang tempatan dan skup sedikit cili, bawang besar dan sos bersama lala menggunakan tangan.
Gambarkan - Ketam, makanan laut paling manis, berenang dalam lautan kuah merah dan pekat diiringi dengan reben telur. Inilah Ketam Cili Singapura, kebanggaan dan popular seluruh negara. Rasanya terhasil dari pes rempah - cili, bawang putih, bawang merah dan halia - ditambah dengan sedikit cuka, tomato dan parutan nanas, pasangan sempurna bersama ketam yang manis. Makan guna tangan, dan celupkan roti dalam kuah untuk pengalaman yang penuh!