10 Resipi Nasi Mudah Paling Terbaik

10 Resipi Nasi Mudah Paling Terbaik

Bagi berjuta orang di Asia, hidangan tidak akan lengkap tanpa nasi. Ini adalah 10 resipi nasi mudah paling terbaik untuk anda.

Dengan sejarah bertarikh dari tahun 6,000 Sebelum Masihi di bahagian Selatan China, dan kepelbagaiaan cara ia ditanam dan diguna, ini adalah penghargaan kami terhadap nasi. Selain daripada ia boleh dikira sebagai bahan paling bernilai di dunia (memberi makan kepada sekurang-kurangnya separuh daripada populasi dunia!), ia juga sangat mengenyangkan. Sama ada digoreng dalam kuali, dikukus dalam periuk atau dibakar dalam periuk terracotta, resipi ini akan membuatkan anda menikmati nasi berulang-kali.

1. Katsudon Ayam

Katsudon, hidangan nasi Jepun di dalam mangkuk ini sangat terkenal di dunia - kerana ia ada keseimbangan rasa manis dan manis, dan dipenuhi tekstur yang menyelerakan, terima kasih kepada ayam yang digoreng garing dengan butiran bulat nasi beras Jepun, diiringi sos telur berkrim. Hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas selepas dimasak!

2. Nasi Ayam Belanga dengan Cendawan

Nasi Ayam Belanga dengan Cendawan adalah hidangan Kantonis yang terkenal di Singapura dan Malaysia. Ianya sangat ringkas dan mudah dibuat kerana hanya memerlukan empat langkah, dan anda sentiasa boleh tukarkan bahan-bahan mengikut citarasa. Ramai yang berkata Nasi Ayam Belanga dengan Cendawan sangat lazat kerana nasi di bahagian bawah belanga menyerap perisa cendawan dan lemak ayam. Ditambah dengan kemanisan sosej Cina dan sos tiram, kombinasi bahan-bahan ini sangat menyelerakan!

3. Nasi Goreng Ayam Bawang Putih

Tidak pasti mahu masak apa di rumah? Kami ada resipi yang sempurna buat anda, bukan sahaja mudah, ia boleh disediakan dalam masa 30 minit. Cuba resipi Nasi Goreng Ayam Bawang Putih kami, yang lebih sedap daripada hidangan yang dibungkus di luar! Tambahkan bahan-bahan seperti cendawan yang akan memberikan rasa tambahan. Anda juga boleh menggantikan ayam dengan daging lembu, daging babi, juga kambing atau jadikan hidangan vegetarian.

4. Nasi Goreng Kimchi

Mengidam mahu makan Nasi Goreng Kimchi yang anda pernah makan di Korea? Jangan tunggu-tunggu lagi! Kini anda boleh mencipta semula hidangan Nasi Goreng Kimchi dalam masa 30 minit di rumah. Tambahkan perencah ikut citarasa anda - tambah lebih banyak gochujang (pes cili Korea) jika anda suka pedas. Akhir sekali, tambahkan spam, keju atau apa saja yang anda suka untuk dapatkan perisa ekstra!

5. Sup Ayam Ginseng Korea

Padat dengan nutrien berkhasiat, Sup Ayam Ginseng ala Korea (Samgyetang) dikatakan sebagai makanan musim panas paling sesuai untuk menangani rasa bahang. Ayam yang diisi penuh dengan beras pulut lembut dan direneh bersama bawang putih, halia, herba masakan Asia bermutu tinggi, ginseng, yang dikenali dapat meningkatkan tenaga dan sistem imun. Paling sedap bila dihidangkan dengan nasi putih, potongan bawang putih, garam dan lada hitam!

6.  Lontong

Ah, Longtong, hidangan yang yang eksotik dan puitis seperti namanya. Hidangan asli di Indonesia, Malaysia dan Singapura, stew santan dan sayur-sayuran yang memuaskan selera ini dinamakan sempena ramuan utama - gulungan nasi kenyal saiz gigitan yang dipanggil lontong. Bahan-bahan lain termasuklah campuran rempah aromatik, sayur-sayuran, telur dan semestinya, kelapa!

7. Pulut Mangga 

Bila kehidupan menghulurkan mangga… anda tahu apa nak dibuat. Hiris mangga dan buat pencuci mulut Thailand yang paling banyak diambil gambar instagram, Pulut Mangga. Pencuci mulut klasik ini adalah beras pulut dan hirisan mangga diganding bersama. Untuk rasa kelapa yang lebih ketara, biarkan pulut kukus direndam dalam santan kelapa untuk menyerap lemak berkrim yang enak.

8. Nasi Kerubu 

Nasi Kerabu (walaupun sungguh enak) tidak sepopular sepupunya Nasi Lemak, ia adalah hidangan hebat di mana bintangnya adalah … nasi! Dihidang dengan warna biru yang menyala dari air bunga telang dan diiringi dengan herba Asia Tenggara, nasinya diiringi dengan salad bunga kantan, telur asin, kepingan ikan dan keropok udang! Fakta menarik - tahukah anda Nasi Kerabu datang dengan pelbagai warna? Jika biru bukan warna kesukaan dan anda boleh cuba warna kuning (dari kunyit atau cekur) atau kelabu (dari daun mengkudu).

9. Nasi Goreng Labu & Makanan Laut

Hidangan yang secantik pandangan matahari terbenam di tepi pantai, Nasi Goreng Labu & Makanan Laut disajikan untuk mulut dan juga mata. Kemanisan buah labu, rasa masin kekapis kering dan perisa makanan laut dari udang kering, disatukan oleh sos tradisional Cina, bergabung menjadi sepinggan nasi goreng yang dimakan begitu saja atau dinikmati bersama hidangan sampingan lain.

10. Nasi Goreng Yang Zhou

Nasi Goreng Yang Zhou pastinya hidangan yang dikenali ramai. Nama hidangan ini tidak asing kerana mesti hampir semua orang pernah menikmatinya. Bila sudah makan beberapa kali, apa kata kita cuba masak sendiri di rumah? Kami ada resipi Nasi Goreng Yang Zhou terbaik yang boleh anda cuba, sangat mudah dan ringkas untuk dimasak. Hanya dengan lima langkah, hidangan ini boleh disediakan dalam masa 35 minit. Tip profesional - anda boleh guna nasi lebih yang disimpan semalam untuk menghasilkan hidangan ini.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki