10 Resipi Masam Manis yang Menggoda

10 Resipi Masam Manis yang Menggoda

Ayam masak masam manis - itu hanyalah permulaan. Kami kongsikan 10 resipi masam manis yang pasti menarik perhatian anda.

Anda pernah tiba-tiba mengidam makanan berperisa masam dan manis? Walaupun kombinasi ini biasa ditemui di Asia, i semakin mendapat sambutan dan menjadi popular di seluruh dunia. Di sini kami kongsikan 10 jenis resipi dengan kombinasi dua perisa ini.

1. Ayam Masak Masam Manis

Kita mulakan senarai ini dengan hidangan klasik - Ayam Masak Masam Manis. Hidangan ringkas untuk sepanjang masa, ayam goreng dimasak bersama nanas karamel masam manis. Digaul rapi pula dengan sos masam manis sehalus sutera, tiada sesiapa pun aku muak menikmatinya sehingga licin pinggan.

2. Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi Satu Periuk

Kita semua tahu rasa masam kimchi sangat ketara dalam hidangan Korea. Tetapi, rasa manis labu? Bila dua bahan ini dicampur dalam hidangan popular, makaroni dan keju, hasilnya sangat oomph! Rasa manis, masam dan berkeju boleh dinikmati dalam Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi Satu Periuk. Labu madu dalam resipi ini memberi rasa manis semula jadi dan meningkatkan lagi tekstur berkrim bersama keju. Sungguh lazat.

3. Ayam Kunyit Tomato

Ayam Kunyit Tomato adalah hidangan Asia Tenggara yang bersaudara dengan Kari Ayam tetapi mempunyai profil rasa yang sangat berbeza. Ketulan ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam, digabung dengan rasa pedas cili, tomato masam dan santan kelapa berkrim. Tambahkan juga potongan ketumbar segar dan curahkan kuah bersama ayam di atas sepinggan nasi putih.

4. Roti Sosej Kari dengan Cutni Mangga Pedas

Rasa masam manis cutni mangga diseimbangkan dengan kepedasan serbuk kari berempah. Apa yang anda perlu hanya mencicah roti sosej bakar bermentega ke dalam campuran masam manis sempurna ini. Percayalah, anda pasti tidak akan berhenti makan sampai licin pinggan.

5. Risotto Tom Yam Satu Periuk

Tarik nafas dalam-dalam untuk menghidu aroma masam tom yam Thai dengan risotto manis berkrim. Tambah beberapa biji tomato ceri, perlu lagi kami yakinkan anda? Hidangan yang sangat versatil, kami galakkan untuk anda bereksperimen dengan lain-lain bahan untuk mencipta versi tersendiri! Mahukan jadikan hidangan ini lebih manis atau lebih masam? Keputusan di tangan anda.

6. Rojak

Rojak adalah hidangan yang tidak akan pupus, digemari ramai dan dinikmati sepanjang hari. Walaupun ada yang melihatnya sebagai salad yang tidak sihat, rasanya sangat enak. Bukan saja manis dan berperisa, asam jawa yang ditambah dalam kuah rojak memberikan rasa yang istimewa! Potongan tauhu menyerap kuah rojak agar setiap suapan dipenuhi rasa manis yang diseimbangkan dengan rasa masam dari asam jawa. Ternyata membuatkan hidangan ini salah satu snek paling terbaik.h.

7. Salad Udang dan Tang Hoon Vietnam

Segar dan menyelerakan, Salad Udang dan Tang Hoon Vietnam adalah hidangan yang akan menyerlahkan menu makanan anda. Salah satu identiti Vietnam, resipi ini mempunyai tekstur menarik dengan lapisan perisa berpunca dari herba dan sayur-sayuran segar, dengan perahan jus limau kasturi, sos ikan dan cili manis. Satu perkara bagus tentang hidangan ini? Anda boleh buat awal-awal, simpan dalam petik sejuk dan nikmatinya bila-bila!

8. Asam Laksa

Bila kita fikir tentang Asam Laksa, terus teringat perisa pedas kuahnya. Tetapi ada banyak lagi perkara menarik tentang hidangan ini. Ia memiliki profil perisa dari manis, masin, manis hingga ke masam! Campuran herba dan bahan-bahan dikisar, memberikan keenakan dalam setiap suapan.

9. Itik Panggang Satu Kuali dengan Buah Plum

Madu dan buah plum adalah gabungan sempurna dimasak dengan itik. Pastikan sos plum pekat digunakan. Itik panggang sentiasa mendapat hangat setiap kali dihidangkan dan sesuai untuk semua jenis majlis. Perisa Asia ditambah ke dalam resipi ini dengan menggunakan lima rempah Cina dengan buah plum untuk seimbangkan rasa daging itik.

10.Sinigang na Tiyan ng Bangus (Sup Masam dengan Perut Ikan Bandeng Filipina)

Terima kasih kepada asam jawa, anda dapat hirup rasa masam manis dalam sup ini. Kemudian gigit hirisan mangga untuk meningkatkan lagi kesedapan hidangan ini. Jus-jus yang kompleks yang meleleh keluar bercampur dengan rasa ikan bandeng berlemak. Setiap sudu sup ini dipenuhi rasa manis bawang, asam jawa, mangga dan rasa masam juga dihasilkan oleh bahan-bahan yang sama. Sangat menarik, bukan?

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.