10 Resipi Manisan dan Minuman untuk Sensasi Sejuk

10 Resipi Manisan dan Minuman untuk Sensasi Sejuk

Hilangkan rasa dahaga dan kekalkan suhu badan sejuk dengan 10 resipi manisan dan minuman sejuk ini.

Tidak kira sama anda percaya atau tidak dengan pemanasan global, anda pasti setuju - cuaca baru-baru ini semakin panas, dan pasti anda sudah muak makan aiskrim atau popsicle hari-hari! Sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana kami ada 10 resipi manisan dan minuman sejuk yang boleh menghilangkan dahaga dan menyejukkan badan.

1. Sup Pencuci Mulut Epal, Osmanthus dan Kranberi Satu Periuk.

Permulaan yang manis. Sup pencuci mulut menyegarkan ini boleh dinikmati bila-bila masa. Dipenuhi dengan epal dan kraberi kering untuk warna menarik, buah-buahan memberikan rasa masam dan tekstur kontra kepada sup. Tapi bukan itu saja. Osmanthus memberikan aroma bunga di dalam resipi rebusan satu periuk ini, dengan Epal, Osmanthus dan Kranberi. Sejukkan mangkuk selepas sup siap dimasak untuk dapat kenikmatan dan kesejukan maksimum.

2. Avokado Kocak dengan Gula Melaka

Avokado adalah buah kegemaran buat golongan millennial yang mementingkan kesihatan dan ia mudah untuk mengetahui mengapa - ia mempunyai kandungan serat, folat, potasium, vitamin E, dan magnesium yang paling tinggi dibandingkan dengan buahan lain. Tidak dilupakan ia mempunyai rasa yang lembut dan berkrim, dengan rasa kesan yang enak - sempurna dimakan begitu sahaja dengan garam, dihancurkan di atas roti atau sebahagian daripada salad. Kami mempersembahkan Avokado Kocak dengan sentuhan Asia, sempurna ketika cuaca yang panas. Kami ingin memberitahu anda - minuman ini akan membuat anda ketagihan dengan menyaksikan anda pasti mahukan gelas kedua.

3. Jagung dan Boba bersama Santan Kelapa

Pencuci mulut yang versatil yang boleh dihidangkan panas atau sejuk; diminum dari cawan atau hirup terus dari mangkuk sajian, Jagung dan Boba bersama Santan Kelapa adalah hidangan yang melazatkan buat yang muda juga tua. Rasai santan yang penuh krim bersama kemanisan jagung dan sagu. Enak disajikan bersama sentuhan daun pudina dan biji bijan.

4. Es Teler

Semudah rupanya. Hanya perlu hiris dan gubah - koktel avokado, nangka dan kelapa yang menyegarkan pada hari panas. Pencuci mulut klasik Indonesia ini mudah dibuat dengan pelbagai hirisan buah, termasuk buah-buahan tropika Asia Tenggara seperti betik dan mangga kemanisan dan warna. Mahu pastikan ia kekal sejuk lebih lama? Sejukkan gelas awal-awal.

5. Tiramisu Matcha

Barat bertemu Timur dalam perkahwinan perkahwinan ini pencuci mulut enak ini - Tiramisu Matcha! Resipi ini memberikan anda tiramisu berkrim dengan rasa matcha yang kuat. Pasti sukar untuk elak daripada menikmati rasa manis kacang merah azuki dan kek span jari yang direndam dalam susu. Sedap dihidang dalam gelas sejuk!

6. Sagu Tembikai Susu dengan Limau Bali

Tiada apa yang memuaskan ketika hari panas selain daripada semangkuk Sagu Tembikai Susu, anda pasti sukakannya! Bebola tembikai wangi sejuk, sagu dan limau balik yang memenuhi segenap isi padu campuran tembikai susu dan susu sejat, manis dan menyegarkan. Anda tidak gemar tembikai susu? Tak mengapa, boleh ditukarkan dengan durian, nangka atau mangga!

7. Ais Krim Lima Rempah dan Oren Tanpa Godak Satu Mangkuk

Tiada siapa yang tidak sukakan pencuci mulut dan sudah tentu bukan ais krim. Cuba buat ais krim anda sendiri, tetapi kali ini, menggunakan resipi Ais Krim Lima Rempah dan Oren Tanpa Godak Satu Mangkuk kami. Ini adalah pencuci mulut buat yang kurang gemarkan manis. Serbuk lima rempah yang digunakan akan mengimbangkan kemanisan, tetapi dalam masa yang sama, ia tidak terlalu kuat. Memandangkan keseluruhan resipi ini boleh dilakukan dalam satu mangkuk sahaja, ia sempurna untuk semua orang!

8. Puding Sagu

 Ini satu pencuci mulut yang bukan saja mempunyai rasa dan tekstur menarik, tetapi juga mudah dibuat dan boleh dijadikan pencuci mulut untuk setiap minggu. Anda hanya perlukan 4 jenis bahan (termasuk air!) dan kebanyakan kerj-kerja dilakukan oleh dapur memasak dan peti sejuk. Bahan utama dalam resipi ini adalah gula Melaka - kiub gula berwarna perang yang dicairkan menjadi sos perang gelap yang sangat likat.

9.  Teh Ais Thai

Berkrim dan manis dengan sedikit kepahitan dan rempah, Teh Ais Thai adalah minum yang cukup menyelerakan dan menyegarkan yang sangat popular di Thailand dan negara jiran di Asia Tenggara. Ia menampilkan perisa yang dihasilkan daripada variasi rempah ratus yang jarang digunakan dalam teh - bunga lawang, buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis. P.S. Jangan risau jika anda tidak mempunyai semua rempah tersebut, ia tetap akan menghasilkan rasa yang cukup melazatkan!

10. Mochi Keladi

Seperti kebanyakan benda Jepun, snek ini mempunyai nama paling comel - Mochi! Mochi adalah kek beras tradisional yang biasanya dikukus dan ditumbuk berkali-kali untuk memberikan konsistensi melekit. Sediakan snek kenyal ini dengan sentuhan keladi ungu, keluarga dan rakan-rakan anda pasti rasa kagum! Dinginkan dahulu selepas siap dibuat untuk menikmati bebola mochi yang lembut, kenyal dan sejuk.

Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki