10 Resipi Kicap Soya yang Ternyata Sedap

10 Resipi Kicap Soya yang Ternyata Sedap

Boleh dijadikan sos pencicah, perapan ataupun brot enak, senarai ini khas untuk peminat kicap soya.

Satu latihan untuk anda - tanya orang Asia sos apa yang mereka tak boleh tinggalkan. Mesti mereka akan jawab kicap soya (atau sos soya, bergantung di kawasan mana dalam dunia yang anda tanya). Tidak mengejutkan, kerana kicap soya adalah salah satu produk kaya dengan rasa umami di seluruh dunia dan sangat versatil. Sesuai dijadikan sos pencicah, perapan ataupun brot enak, senarai ini pasti membuatkan anda jadi peminat kicap soya!

1. Mi Goreng Kicap Gaya Kantonis 

Pakai topi chef anda dan bersiap sedia untuk bergembira di dapur menyediakan Mi Goreng Kicap Gaya Kantonis. Menu kegemaran sepanjang masa di restoran dim sum dan di rumah orang Cina, ia selalunya dimakan untuk sarapan pagi… makan tengah hari dan makan malam! Dan anda akan tahu kenapa - hidangan ini sangat sedap tak terhingga, dibuat hanya menggunakan bahan-bahan ringkas. Tip: masak menggunakan penyepit dan bukan spatula untuk pergerakan memasak lebih mudah!

2. Gai Bing

Anda minat makanan jalanan Thailand tetapi tak mampu untuk terbang ke sana? Jangan bimbang, kini anda boleh sediakan Gai Bing di rumah! Hanya dengan empat langkah ringkas, anda boleh bayangkan sedang berada di Thailand sambil menikmati Gai Bing di jalanan negara Siam. percayalah, ianya sungguh sedap! Anda juga boleh gunakan daging babi, lembu atau kambing selain daripada ayam seperti yang disenaraikan dalam resipi ini. Tambahkan perencah dan rempah mengikut citarasa dan buat sendiri Gai Bing kegemaran anda.

3. Phoenix Keemasan dengan Sos Mandarin 

Masa untuk mengagumkan insan tersayang dengan hidangan mewah - Phoenix Keemasan dengan Sos Mandarin! Kami ada resipi terbaik untuk anda cabar kemahiran memasak, dan kami pastikan masa yang diambil untuk memasak hidangan ini akan jadi berbaloi. Phoenix Keemasan dengan Sos Mandarin memberikan sentuhan masam berbanding ayam panggang biasa. Garing di luar dan empuk di dalam, hidangan ini boleh yang paling terbaik anda pernah sediakan!

4. Ikan Goreng Kicap

Buat pencinta ikan, resipi Ikan Goreng Kicap ini khas untuk anda! Seekor ikan, segar dan diperap dengan serbuk kunyit dan tepung jagung, digoreng sehingga garing keemasan bersama sos kicap pekat dipenuhi umami. Cukup enak dimakan sejurus selepas masak dan disajikan bersama daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.

5. Mi Wantan Malaysia

Mi wonton, atau mi wantan, adalah hidangan mi popular di Asia. Versi Malaysia ini dibuat dengan mi telur segar, digaul dengan kicap soya pekat istimewa dan dihias dengan kepingan char siew tebal. Pasti menarik perhatian rakan-rakan dan ahli keluarga.

6. Telur Diperap dalam Brot Soya

Turut dinamakan “Drug Egg”, Mayak Gyeran pasti membuatkan anda mahunya lagi dan ia mudah untuk disediakan. Walaupun telur adalah bahan utama tetapi campuran sos kicap soya merupakan heronya - kehalusan seimbang sos kicap soya, air, gula, bawang putih kisar dan biji bijan. Mudah, bukan? Hidangkan bersama nasi untuk hidangan berselera atau hanya sebagai snek.

7. Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

Pekat dan manis dengan sentuhan gula perang, resipi kepak ayam sos kicap ini adalah kegemaran ramai. Hidangkan resipi ayam yang enak ini sesuai untuk apa jua acara dan pasti menjadi bintang tarikan. Asian Food Network akan membantu anda menghasilkan  resipi kepak ayam sempurna yang mudah dan menyelerakan.

8. Ikan Kod Kukus dengan Kicap Soya

Berkhasiat, proses memasak tidak rumit dan lazat, Ikan Kod Kukus dengan Kicap Soya adalah salah satu hidangan dari negara China dan Asia Tenggara yang sangat digemari. Ia mempunyai keseimbangan rasa manis ikan kod, rasa masin dari kicap soya dan bau harum bawang putih dan daun bawang. Enak dimakan serta-merta ketika masih panas dan dinikmati bersama semangkuk nasi putih.

9.Tulang Rusuk Babi Kukus

Kalau Tulang Rusuk Babi Kukus ini dihidangkan di jamuan, jangan terkejut kalau kena berebut untuk menikmatinya! Dijamin menarik perhatian ramai, tulang rusuk ini dipotong menjadi saiz gigitan dan kaya dengan perapan bawang putih, pes kacang ditapai, kacang hitam kering, kicap soya cair, minyak bijan, dan dikukus sehingga empuk. Hidangan ini biasa dipesan oleh pengunjung di restoran dim sum Cina dan dihidang dalam bekas pengukus mini. Boleh dinikmati begitu saja, atau bersama semangkuk nasi putih.

10. Tauhu Goreng

“Rupa hidangan tidak cantik, tidak semestinya tidak sedap” adalah ayat yang sesuai untuk menggambarkan Tauhu Goreng. Longgokan tauhu goreng dilitupi dengan kacang tanah panggang, dan sos karamel manis pedas dibuat dari gula Melaka, asam jawa, kicap soya pekat, cili dan bawang putih. Untuk warna menarik dan rasa lebih rangup, hidangkan tauhu di atas potongan timun dan tauge.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.