10 Resipi Keju Paling Berkeju

10 Resipi Keju Paling Berkeju

Mulakan rasa cinta anda terhadap keju dengan salah satu daripada 10 resipi keju paling berkeju ini.

Keju, ada orang yang tidak berapa gemar, tetapi untuk ramai orang, ia adalah cinta sejati. Ada yang gemarkan keju sebagai peneman, keju parmesan ditabur atas pizza dan pasta, dan ada juga yang suka bereksperimen dengan seketul keju machego atau keju biru dimakan bersama hirisan daging masak sejuk. Tidak kira anda yang mana satu, kami jamin anda boleh dapatkan satu dua resipi yang pasti memuaskan hati daripada senarai 10 resipi paling berkeju di alam semesta ini.

1. Gnocchi Bakar Palak Paneer Satu Periuk

Nikmati sos keju selembut baldu dengan hidangan fusion India Barat dalam satu periuk. Palak Paneer adalah kuah bayam dengan kiub keju kotej India. Hidangan kuah berkrim dimasak lebih lazat bila digabung dengan apa saja jenis kanji untuk melembutkan rasa kuat keju - nasi, prata ataupun pasta sesuai diguna. Dalam resipi ini, kami gabungkan Palak Paneer dengan pasta gnocchi dalam Gnocchi Bakar Palak Paneer Satu Periuk. Sesuai dihidang sebagai makan malam atau dibawa ke jamuan makan.

2.  Stew Tentera

Bahagian akhir hidangan ruji Korea adalah yang terbaik. Itulah masa di mana anda masukkan sekeping dua keju ke dalam stew mendidih dan biarkan keju cair. Stew Tentera, dihasilkan sebagai keperluan selepas berakhirnya Perang Korea, kini menjadi menu popular untuk dimakan di rumah ataupun di restoran. Ia menggabungkan daging diproses dari Barat (spam dan sosej) dengan perisa dari Timur (kimchi, pes lada pedas dan kek beras dan lain-lain), menghasilkan hidangan kompleks tetapi seimbang. Stew Tentera paling enak dimakan ketika stew masih mereneh dalam periuk, dinikmati bersama ahli keluarga dan rakan-rakan!

3. Taco Keju dengan Kari Daging

Kulit taco garing dibuat dari keju di luar, dan inti kari daging empuk di dalam. Kari daging dimasak dengan pes miso, jintan, ketumbar, cili, bawang dan bawang putih. Apa lagi yang perlu dikatakan? Mesra keto dan sesuai untuk apa saja acara, resipi ini sangat lazat dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja

4. Quesadilla Okonomiyaki Satu Kuali

Anda pasti suka gabungan lapisan keju mozarela parut dalam Quesadilla Mexico dengan Okonomiyaki Jepun. Pankek versi Jepun ini wajib dicuba bila anda melawat Jepun. Tapi jika anda mengidam mahu makan sekarang, versi Mexico yang menarik ini mudah dibuat dan mengandungi semua perisa yang hampir sama dengan yang asli. Tambahkan sos pekat okonomiyaki dan sedia untuk dimakan, sesuai untuk snek tengah hari atau makan malam pantas.

5. Kek Keju Teh Susu Thai

Kek Keju Teh Susu Thai merupakan satu sensasi baru tetapi tidak hairan mengapa ia semakin menjadi fenomena di seluruh dunia! Rasa yang lembut dan menyegarkan, hasil daripada penyatuan teh hitam pahit dan susu pekat manis. Bayangkan perisa ini digabungkan dengan kek keju berlemak dengan lapisan biskut rangup. Oh sungguh enak! Tambahkan satu skup aiskrim vanila untuk lebih memuaskan.

6. SMufin Bakon dan Avokado Berperisa

Mufin dengan inti bakon keju krim dan avokado mesra keto yang akan mesti mahu makan sepanjang hari. Menggabungkan rasa lazat keju krim, bawang putih dan santan kelapa dengan jus ajaib campuran bakon goreng dan mentega kuning. Gigit sepuas-puasnya ke dalam mufin gebu yang ditambah sedikit pemanis dari kelapa dan tepung badam.

Related recipes: All Keto Recipes

7. Tiramisu Matcha

Anda mungkin boleh bayangkan rasa matcha yang sedikit pahit, aroma berumput dan digabung dengan keju mascarpone manis. Jika masih ramai di kalangan tetamu yang belum menggemari tiramisu, tambahan matcha pasti meyakinkan mereka. Anda hanya perlukan bahan-bahan normal tiramisu seperti keju mascarpone, kek span jari dan serbuk matcha ekstra dengan kacang merah azuki.

8. Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi Satu Periuk

Pernah dengar Makaroni dan Keju? Bagaimana pula Makaroni dan Keju dengan Labu Kimchi? Hidangan ini wajib dicuba untuk mereka yang rasakan Makaroni dan Keju Klasik terlalu berkeju, kerana Labu Madu dan Kimchi yang ditambah memberikan citarasa Korea di dalam hidangan Barat Klasik ini. Paling bagus, resipi ini hanya melibatkan satu periuk dan dua langkah. Ianya sangat mudah! Kini masanya untuk anda masak sendiri Makaroni dan Keju di rumah!

9. Tart Telur Hong Kong

Salah satu pencuci mulut disimpan paling digemari ramai, asal-usul Tart Telur Hong Kong boleh dikesan sejak ketibaan orang Portugis di Macau pada abad ke-20. Sejenis pastel de nata Portugis, tart telur ini mempunyai pastri serbuk pendek bermentega yang seakan cair di dalam mulut. Snek versatil ini juga boleh dibuat dengan inti telur berperisa keju atau pandan.

10. Martabak Manis

Kami setuju dengan kata orang ramai bahawa topping terbaik Martabak Manis adalah keju diparut. Bersiap sedia untuk pengambilan kalori mendadak kerana anda pasti suka menikmati pencuci mulut tradisional Indonesia ini. Sejenis manisan, Martabak Manis boleh digambarkan sebagai pai “pankek” gergasi - pastri tebal dengan kandungan inti pilihan anda! Cuba makan seperti cara orang tempatan dengan memilih inti coklat, susu pekat manis, mentega dan selonggok keju yang diparut.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.