10 Resipi Hari Merdeka

10 Resipi Hari Merdeka

Nyalakan sambutan dengan semangkuk panas laksa, berkongsi sate. Setiap bangsa mengenali makanan mereka sendiri dan kami tahu bagaimana membuatnya.

Selamat Hari Minggu Merdeka Malaysia!

Meraikan dengan 10 Resipi Hari Merdeka. Mari berpesta! Bermula dengan Cendol. Nyalakan sambutan dengan semangkuk laksa, dan berkongsi sate. Setiap bangsa mengenali makanan mereka sendiri dan kami tahu bagaimana menghasilkannya.

1. Nasi Lemak

Susah untuk bersetuju nasi lemak adalah hidangan nasional Malaysia tapi ia sungguh hampir. Seperti nasi ayam, ia mempunyai rahsia dalam nasinya. Di sini, nasi putih dimasak dengan santan wangi, satu bahan biasa di Malaysia. Ia dilengkapi dengan telur rebus, ayam goreng dan ikan bilis goreng dan sambal, keenakkannya mempersonakan dan kami mencadangkan anda meminta lebih.

2. Nasi Kerabu

Berasal dari pantai timur Malaysia dari negeri Kelantan, nasi kerabu mendapat warna biru nasi dari bunga telang. Hidangan ini kemudian dihias bersama kelapa parut goreng, tauge dan di sadur dengan budu pedas, sos ikan yang diperam.

3. Mi Hokkein

Mungkin ia berasal dari Hokkien wilayah Fujian di China, tetapi orang Malaysia telah menjadikan hidangan mereka sendiri dengan mi tebal goreng dalam sos hitam wangi. Selalunya diiringi dengan berbagai bahan lain seperti udang, tauge dan bermacam lagi. Secara umumnya semua mengakui mi ini mempunyai rasa “wok hei” dalam setiap suapan.

4. Asam Pedas

Anda boleh menggunakan ikan pari, sebagai ganti pada ikan air tawar untuk hidangan asam pedas. Rasa masamnya datang dari asam jawa. Bersama-sama dalam masakan ini terdapat berbagai herba seperti halia, bawang putih cili dan sedikit belacan.

5. Rendang

Samada dibuat dengan ayam atau daging, santan pekat dan halus dan rempah-ratus di biar mereneh bersama daging hingga lembut dan wangi. Boleh dijumpai seluruh Malaysia, dan banyak tempat di Asia Tenggara.

6. Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah adalah ayam wangi daripada rempah ratus seperti serai, jintan putih, serbuk kari, bawang merah dan banyak lagi yang bakal membuatkan anda lapar. Setelah habis, anda harus menjilat jari anda, kerana mungkin ada kenikmatan yang tertinggal di celah jari anda.

7. Chendol 

Cendol dikatakan berasal dari Indonesia dan Singapura, tapi walau apa pun, semua setuju yang ia sungguh enak. Selepas hidangan yang pedas, pemanis mulut santan berais ini menyejukkan anda dengan wangian jeli pandan, kacang merah dan gula melaka.

8. Laksa Sarawak

Hidangan ini berasal dari Sarawak, tapi setiap negeri mempunyai versi sendiri mi masam dan pedas ini. Tetapi laksa Sarawak tidak popular seperti laksa lain seperti Laksa Pulau Pinang, di mana asam jawa digunakan menghasilkan sup ikan masam dan pedas.

9. Sate Ayam

Membuat anda ketagihan dengan kuah kacang, tidak akan cukup dengan satu batang. Sebab itulah selalunya ia dihidang dengan banyak bersama kuah kacang. Bukan hanya rakyat Malaysia menyukainya, anda juga boleh menjumpainya di Indonesia, Singapura dan Thailand. Selalunya dibuat dengan ayam dan daging lembu. Daging babi jarang digunakan kerana kekangan agama.

10. Mi Wantan Malaysia

Anda mendapati mi yang dibuat dari telur ini mempunyai variasi seluruh Malaysia, tetapi di Pulau Pinang, kicap manis di gaul bersama mi dan diiringi wantan udang atau babi. Kebiasaannya wantons di rebus atau di kukus, tapi kadang-kadang digoreng juga. Tambah sambal jika anda mengemarinya.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.