10 Resipi Buah Segar Yang Sangat Menyegarkan

10 Resipi Buah Segar Yang Sangat Menyegarkan

Tembikai susu, limau bali, mangga dan juga durian yang menarik perhatian dijadikan 10 resipi buah yang sangat menyegarkan.

Ingin mencari inspirasi untuk menggabungkan buah-buahan berkhasiat ke dalam diet? Anda berada di tempat yang betul kerana kami telah mengumpulkan 10 resipi buah segar yang sangat menyegarkan, sama ada dihidang sejuk atau panas

1. Sagu Tembikai Susu dengan Limau Bali

Tiada apa yang memuaskan ketika hari panas selain daripada semangkuk Sagu Tembikai Susu, anda pasti sukakannya! Bebola tembikai wangi sejuk, sagu dan limau balik yang memenuhi segenap isi padu campuran tembikai susu dan susu sejat, manis dan menyegarkan. Anda tidak gemar tembikai susu? Tak mengapa, boleh ditukarkan dengan durian, nangka atau mangga!

2. Rojak Cina

Pernah dengar salad buah yang tidak sihat (dan sangat menyelerakan) untuk anda? Rojak Cina - salad berkonsepkan citarasa Singapura yang manis dan savuri, campuran buah-buahan, you tiao dan tau pok digaul bersama sos yang dibuat dari pes udang, asam jawa, gula dan kacang tanah. Makan seperti orang tempatan dan taburkan potongan cili padi dalam sos!


    Resipi berkaitan: Semua Resipi Cina Terbaik

3.  Sup Tulang Rusuk Babi Bersama Epal dan Pear

Betul, apa yang anda baca itu - Sup yang dimasak menggunakan epal dan pear! Berasal dari China, Sup Tulang Rusuk Babi Bersama Epal dan Pear dikatakan berkhasiat untuk tekak dan paru-paru anda, dan mempunyai manfaat anti-penuaan. Terdapat beberapa proses penyediaan yang terlibat, dan masa diperlukan untuk mereneh sup supaya menjadi sempurna tetapi semuanya pasti berbaloi!

4. Pulut Durian

Ini adalah untuk mereka yang tidak gemarkan durian. Jika anda tidak suka makan durian begitu saja, mungkin anda akan menggemari buah berduri ini dengan bebola pulut beras durian yang menyelerakan dalam resipi Pulut Durian kami. Ia mudah dimakan, langkah mudah pertama untuk buah yang tidak senang untuk digemari. Direndam dalam keenakan santan kelapa, pulut beras sangat gebu dan lembut, dan bila dicelup ke dalam semangkuk isi durian pahit manis - pasti mengubah fikiran anda.

5. Es-Teler

Semudah rupanya. Hanya hiris dan susun - koktel berais menyegarkan dengan hirisan avokado, nangka dan kelapa pada hari panas. Pencuci mulut klasik Indonesia ini mudah disediakan dengan pelbagai hirisan buah, termasuk buah-buahan tropika Asia Tenggara seperti betik dan mangga untuk kemanisannya dan warna. Mahu ia kekal sejuk dengan lama? Dinginkan gelas terlebih dahulu.

6. Kek Tangerin dengan Coklat Ganace Vegan 

Kek sitrus lembut dan manis yang akan mengharumkan udara dengan aroma tangerin - buah yang menjadi simbol untuk Tahun Baru Cina. Tuangkan di atas dengan lapisan penuh kekayaan ganache coklat vegan cair untuk kepuasan tambahan. Untuk alternatif bebas gluten, gunakan tepung badam atau kelapa sebagai pengganti.


    Artikel berkaitan: 10 Makanan Perlu Ada di Dapur Anda untuk Berjaya dalam Diet Keto di Asia

7. Khao Tom Mud (Lepat Pisang bersama Pulut))

Mencari alternatif kepada puding roti? Kami sarankan Khao Tom Mud, snek beraroma dan manis yang hadir dalam balutan comel dan popular di setiap kota dan kampung di Thailand. Jangan tertipu atau takut dengan masa penyediaannya - majoriti masa adalah untuk merendam beras di dalam air sahaja! Tidak suka pisang? Anda boleh menggantikannya dengan durian, mangga atau nangka


    Resipi berkaitan: Semuanya Tentang Pisang

8.  Pulut Mangga

Bila hidup memberikan anda mangga… anda tahu apa yang perlu dibuat. Hiriskannya dan buat salah satu pencuci mulut Thailand paling popular untuk dimuat naik ke Instagram, Pulut Mangga. Pencuci mulut klasik Thai ini adalah pulut beras suam dengan mangga sejuk berjus dalam gandingan mantap. Untuk rasa kelapa lebih kuat, biar pulut kukus direndam dan menyerap santan kelapa berkrim. Yum!

9. Sup Pencuci Mulut Epal, Osmanthus dan Kranberi Satu Periuk

Permulaan yang bagus. Ini adalah sup pencuci mulut menyegarkan untuk bila-bila masa. Dipenuhi dengan epal dan kranberi kering untuk bijian merah jambu berkilau, buah-buahan ini menambah rasa kelat dan tekstur dalam sup halus dan lembut. Tapi bukan itu saja. Osmanthus kuning lembut meninggalkan aroma flora dalam sup Epal, Osmanthus dan Kranberi satu periuk yang mudah disediakan.


    Artikel berkaitan: 10 Sup Paling Menenangkan Untuk Sepanjang Masa

10.Santan Kelapa dengan Jagung dan Boba

Pencuci mulut versatil yang boleh dihidangkan panas atau sejuk; diminum dari cawan atau dihirup terus dari mangkuk sajian, Jagung dan Boba dengan Santan Kelapa adalah hidangan yang melazatkan buat yang muda juga tua. Rasai santan penuh krim bersama kemanisan jagung dan sagu. Enak disajikan bersama sentuhan daun pudina dan biji bijan!

Kategori:

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    Kongsi Resipi
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.