10 Resipi Ayam Goreng Terbaik

10 Resipi Ayam Goreng Terbaik

Dari pedas melekit hingga ke masam berkrim, nikmati salah satu hidangan paling digemari di dunia pelbagai cara kreatif.

Aroma ayam goreng sentiasa menarik perhatian sesiapa yang lapar tanpa gagal. Sementara ayam goreng mungkin telah dipopularkan di selatan Amerika Syarikat, ayam goreng boleh ditemui di seluruh negara, mencuri hati golongan muda dan tua dengan kulit garing dan isi ayam empuk berjus. Sambil kita meraikan Hari Ayam Goreng Kebangsaan, hayati resipi-resipi Ayam Goreng dengan sentuhan Asia ini.

1. Ayam Goreng Ala Korea

Berjalan kaki berdekatan Universiti Seoul atau mana-mana bandar besar Korea dan anda akan temui berbaris-baris restoran ayam goreng Korea yang indah bercahaya. Makanan ringan ini digemari oleh golongan remaja negara ini dan mempunyai perisa enak dalam setiap gigitan. Tidak hairanlah ia menjadi lokasi kegemaran untuk makan malam kasual bersama rakan-rakan dan pilihan klasik pada malam minggu! Terdapat dua jenis ayam goreng utama - huraideu-chikin (ayam goreng barat) dan yangnyeom-chikin (ayam goreng berempah). Resipi Ayam Goreng Ala Korea ini membolehkan anda membuat versi berempah, dengan salutan sos pedas dan melekit. Kami cadang untuk buang sekali banyak, kerana sebekas drumet dan kepak ayam ini akan habis sekelip mata!

 

  • Berkaitan: 10 Snek untuk Dinikmati Sepanjang Hari Bagi Meningkatkan Tenaga

2. Ayam Masam Manis

Menjamu selera untuk hidangan keluarga di gerai cze char tempatan dan Ayam atau Babi Masam Manis pastikan akan dipesan ke meja anda. Hidangan tradisional tidak pedas Kantonis ini sesuai untuk golongan tua dan muda, dan tekstur rangup yang disalut sos manis umami dengan sedikit rasa masam sangat sepadan dengan isi ayam empuk. Nanas berkaramel keemasan dan lada berwarna-warni menambah selera kepada hidangan yang sesuai dikongsi ini, dan memberikan gigitan memuaskan di antara ketulan ayam rangup.

 

  • Berkaitan: 6 Resipi Nanas Keemasan untuk Menceriakan Hari Anda

3. Katsudon Ayam

Bila terfikir tentang ayam goreng Jepun, Katsudon Ayam pastinya yang pertama datang di fikiran! Pelajar Jepun yang rajin biasanya menikmati hidangan ini sebelum mengambil peperiksaan, kerana Katsu menurut orang Jepun menandakan kemenangan atau muncul dalam kejayaan. Seolah-olah ayam goreng tidak cukup hebat dengan sendirinya, ia menjadi rahsia kejayaan bermaksud kemenangan berganda bagi penggemar ayam di kalangan kita. Hidangan popular ini selalunya dipadankan dengan telur hancur dengan bawang goreng di atas nasi Jepun, yang menambah tekstur selembut sutera dan sedikit sentuhan rasa manis dalam hidangan ini.

 

  • Artikel berkaitan: 7 Cara Mudah dan Kreatif untuk Menggunakan Periuk Nasi Anda

4. Ayam Taliwang

Ayam goreng pedas istimewa dari Lombok, Indonesia, sangat sukar untuk berhenti makan Ayam Taliwang walaupun membuat lidah anda rasa seperti terbakar. Hidangan popular ini mendapat namanya dari perkampungan Karang Taliwang di daerah Mataram. Pes rempahnya adalah bahan penting dalam hidangan disukai orang ramai ini, yang dibuat dengan ayam kampung yang boleh ditemui di semua kampung. Drumlet ayam enak diperap sebelum digril, dipanggang atau digoreng, memberikan rupa sedikit hangus ala bbq yang meminta-minta untuk dikunya kegaringannya.

 

  • Berkaitan: 10 Resipi Pedas yang Sangat Shiok

5. Ayam Telur Asin

Telur asin memberikan sentuhan magis untuk banyak hidangan berbeza, dan begitu juga dengan Ayam Telur Asin. Hidangan mudah disediakan ini pastinya akan menjadi kegemaran ramai di meja makan anda, dengan sos telur asin bermentega yang sangat sepadan dengan ketulan ayam goreng rangup dan berjus. Ada sos lebih? Tiada masalah - ia boleh dijadikan sos pencicah lazat untuk kerepek dan kentang goreng.

 

  • Artikel berkaitan: 5 Cara Asas Untuk Menggunakan Kuning Telur Asin

6. Ayam Penyet

Ayam Penyet boleh menjadi salah satu hidangan Indonesia paling profilik di seluruh dunia. Pasti tiada yang salah dengan aroma ayam goreng yang telah mereneh dalam setengah dozen rempah sebelum digoreng, dan kemudian dipenyek untuk mendedahkan isi putih ayam yang membangkitkan selera. Ditambah dengan pes belacan pedas, hidangan ayam yang lazat ini boleh dinikmati begitu saja atau dipadankan dengan nasi putih baru dimasak dan semangkuk Sayur Lodeh.

 

  • Artikel berkaitan: Kekal Tenang dan Terus Memasak dengan Projek Memasak Asian yang Menyeronokkan

7. Ayam Goreng Garing dengan Sambal

Bercakap tentang pes belacan, satu lagi hidangan yang tak lengkap bila menikmati Ayam Goreng Garing adalah Sambal. Versi ayam goreng ini mempunyai perisa yang menyegarkan, datang daripada limau dan juga asam jawa. Perapan ini mempunyai campuran beraroma dari serai, halia, jintan dan adas, yang meresap masuk ke dalam ayam selepas beberapa jam - kami gemarkan rasanya bila diperap semalaman. Cara ini menghasilkan hidangan jamuan yang enak, kerana ramai orang gemarkan ayam goreng yang mudah dicapai dan dinikmati sepanjang masa! Selain daripada sambal pencicah, anda juga boleh menawarkan jenis pencicah kurang pedas seperti sos tartar dan salsa tomato untuk dinikmati oleh kanak-kanak.

 

  • Berkaitan: 10 Hidangan Sambal Untuk Setiap Tahap Kepedasan

8. Ayam Buttermilk

Ayam Buttermilk adalah salah satu resipi popular kami, dan dengan sebab tertentu - buttermilk berkrim dan berempah menyaluti ketulan ayam goreng perang keemasan adalah gandingan mantap dalam dunia kulinari. Jika anda mahukan kerangupan ekstra, hanya perlu potong ayam menjadi kiub saiz gigitan lebih kecil - bermaksud lebih banyak permukaan untuk disalut dan digoreng! Padankan ia dengan Kucai Naga & Taugeh Tumis Keto untuk mengimbangkan rasa krim yang padat.

 

  • Artikel berkaitan: 5 Pengisar untuk Mengekalkan Hidup Lancar dan Berkrim

9.  Ayam Masak Lada Hitam

Mahu makan pedas, tetapi tidak terlalu pedas sehingga berpeluh-peluh? Resipi Ayam Masak Lada Hitam ini adalah alternatif sempurna berbanding ayam goreng sambal pedas, kerana ia memberi pilihan kepedasan yang kurang tanpa mengorbankan rasanya. Lada benggala merah dan cili hijau menambahkan warna meriah untuk hidangan keluarga yang tidak mahal ini. Sediakannya pada malam hari bekerja yang sibuk anda keluarga anda pasti berterima kasih untuk hidangan makan malam yang mengenyangkan!

 

  • Berkaitan: Nasi Ayam

10. Ayam Balado

Bagi negara yang gemarkan cili, tidak mengejutkan yang Balado atau Sambal Balado adalah sos sambal pedas berasal dari Padang, Sumatera. Warna merah terang sos Balado dibuat dengan menumis bawang kecil, bawang putih, cili merah dan daun limau. Bawang kecil boleh diganti secara mudah dengan bawang besar dan daun limau diganti dengan zes limau - jadi jangan risau jika dapur anda kekurangan bahan! Walaupun rupa Ayam Balado sudah boleh membuatkan anda berpeluh, anda boleh dapatkan warna merah yang sama dengan kepedasan yang kurang bila anda buang dahulu biji cili sebelum dikisar dalam pengisar. Apa yang pasti - sukar untuk terlepas pandang hidangan ini di meja makan!

 

  • Berkaitan: 10 Resipi Kegilaan Terhadap Mala Untuk Semua Tahap Kepedasan
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki