10 Petua Bijak Untuk Sediakan Makanan

10 Petua Bijak Untuk Sediakan Makanan

Jalan pintas untuk buat hidangan sedap-sedap, dua kali ganda cepat.

Jalan pintas, petua, teknik, apa saja yang dipanggil, perkara yang memudahkan sangat berguna dalam kehidupan dan di dapur. Tak sempat buat aiskrim? Sediakan aiskrim lemak berkrim dalam beberapa minit saja menggunakan mangkuk dan pemukul. Mahu buat karipap? Tak perlu uli tepung, beli saja prata segera untuk kulit karipap. Di sini ada 10 petua bijak boleh dihafal untuk sediakan hidangan dengan pantas.

1. Piza Mi Segera

Kalau pernah terfikir mahu buat piza mee segera, ianya sangat mudah dibuat di dapur dan hasilnya juga sangat sedap! Rebus mi segera separuh masak kerana ia akan dimasak sepenuhnya dalam ketuhar, memberikan kerangupan berwarna keemasan. Ditambah dengan keju mozarela dan sosej Taiwan sebagai topping, piza berperisa sudah lengkap.

2. Paf Mochi Kastard Telur

Apa benda yang putih dan kenyal, perang dan rapuh - semua dalam satu? Ia adalah Paf Mochi Kastard Telur. Bebola mochi berinti kastard telur yang dibeli di kedai dibalut dengan kulit pastri paf perang manis, menjadikan satu snek seperti roti bakar yang bijak. Hanya mengambil masa kurang 15 minit untuk dibakar dalam ketuhar. Nasihat kami? Gigit separuh ke dalam inti berlapis-lapis dan kulit pastri rapuh, atau makan sebiji sekaligus dan nikmati campuran perisa di dalam mulut.

3.Sandwic Telur Dadar Otak-otak

Ada berapa banyak untuk menikmati otak-otak? Salah satu cara menarik adalah dijadikan sandwic. Anda hanya perlukan roti Perancis, dibelah dua, diisi dengan telur dadar otak-otak (jenis siap dibeli pun boleh) dan beberapa helai daun salad untuk seimbangkan rasa berempah dalam pes ikan otak-otak.

4. Karipap Prata

Berikan sentuhan unik kepada karipap dengan menggunakan prata sebagai kulit karipap! Bukan saja Karipap Prata mudah dibuat kerana prata segera mudah ditemui di bahagian makanan sejuk beku pasar raya, tetapi ia juga sesuai dijadikan snek tengah hari untuk seisi keluarga di rumah, di pejabat atau di mana saja. Resipi ini juga lebih sihat kerana karipap dibakar berbanding digoreng. Sedikan kentang, paha ayam, bawang dan prata segera dan mula buat Karipap Prata hari ini!

5. Taco Keju dengan Kari Daging

Kulit taco garing dibuat dari keju di luar, dan inti kari daging empuk di dalam. Kari daging dimasak dengan pes miso, jintan, ketumbar, cili, bawang dan bawang putih. Apa lagi yang perlu dikatakan? Mesra keto dan sesuai untuk apa saja acara, resipi ini sangat lazat dan boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja.

6. Nasi Ayam Kubis Bunga

Satu-satunya nasi ayam boleh dinikmati tanpa rasa bersalah. Resipi Nasi Ayam Kubis Bunga ini sangat mudah dan mesra keto, di mana nasi diganti dengan kubis bunga untuk hidangan rendah karbohidrat. Anda masih boleh dapatkan rasa nasi ayam yang sama dengan kubis bunga hancur menyerap campuran bawang putih dan perencah lemak ayam. Percayalah, resipi “nasi” ayam keto ini dijamin setanding dengan nasi ayam yang dijual di pusat penjaja Singapura.

7. Mousse Matcha Satu Mangkuk

Mahu buat aiskrim matcha dengan muda? Resipi ini menghasilkan aiskrim bertekstur tebal dan boleh dibuat kurang dari satu jam. Resipi mousse yang sangat mudah ini adalah pencuci mulut yang hanya menggunakan bahan-bahan ringkas - serbuk matcha pahit, coklat putih manis, krim putar dan air panas. Pukul bahan-bahan ini dalam satu mangkuk untuk menghasilkan manisan yang enak dinikmati ketika cuaca panas. Sejukkan gelas, mangkuk dan sudu untuk kenikmatan rasa sejuk ektra.

8. Quesadilla Okonomiyaki Satu Kuali

Anda pasti suka gabungan lapisan keju mozarela parut dalam Quesadilla Mexico dengan Okonomiyaki Jepun. Pankek versi Jepun ini wajib dicuba bila anda melawat Jepun. Tapi jika anda mengidam mahu makan sekarang, versi Mexico yang menarik ini mudah dibuat dan mengandungi semua perisa yang hampir sama dengan yang asli. Tambahkan sos pekat okonomiyaki dan sedia untuk dimakan, sesuai untuk snek tengah hari atau makan malam pantas.

9. Sup Mentega Kacang Satu Periuk

Masak sup ini dalam beberapa minit, semua dalam satu periuk. Ceduk mentega kacang ke dalam periuk panas, tambah air, garam, gula (atau Swerve jika anda pengamal diet Keto), sedikit krim untuk pekatkan sup, dan siap! Anda boleh hirup Sup Mentega Kacang berkrim, pekat dan dipenuhi perisa pada bila-bila masa. Tidak kira dihidang sejuk atau panas, tetap kekal sedap.

10. Nasi Goreng Ayam Segera dalam Periuk Nasi

Resipi paling tular kini di hujung jari anda, dan ianya semudah seperti rupanya. Dalam masa 10 minit, potong ayam, aturkan di atas beras putih dalam periuk nasi dan tuangkan stok ayam. Kemudian hanya perlu bersabar sementara anda tunggu aroma ayam panggang keluar dari periuk nasi, memenuhi ruang dapur. Itu tandanya sudah tiba masa untuk menjamu selera.


Kategori:
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki