10 Cara Paling Mudah dan Sedap untuk Masak Sayur

10 Cara Paling Mudah dan Sedap untuk Masak Sayur

Dengan beberapa teknik, setiap sayur-sayuran boleh dimasak menjadi hidangan yang lazat!

Kailan goreng dengan kuah buttermilk yang berperisa, berkrim dan sedap tak terhingga. Pernah cuba Tajin Sayur seakan stew yang kaya berperisa? Ada banyak pilihan hidangan boleh dimasak. Jadi sediakan sudu dan garpu dan selami 10 resipi hidangan sayur yang menyelerakan.

1. Beriani Vegetarian

Beriani sesuai dinikmati oleh semua orang, terutamanya jika anda buat versi vegetarian. Hidangan versatil, anda boleh gantikan nangka dalam resipi ini dengan kentang, lobak, brokoli atau apa saja sayur yang ada dalam peti sejuk. Hidangan berwarna cerah menawan dengan aroma harum bawang putih, daun ketumbar, halia dan kunyit, dimasak dalam masa satu jam.

2. Kailan Goreng Buttermilk

Sayur berdaun hijau digemari ramai ini sering digunakan dalam hidangan sayur masakan Cina. berikan sentuhan unik menggaulkan sayur ini dalam kuah buttermilk yang berperisa, berkrim dengan aroma wangi mentega. Jika anda suka pedas, tambahkan lebih banyak cili padi dan daun kari, dan sediakan minuman sejuk di meja.

3. Tajin Sayur

Kita mungkin pernah nampak nama hidangan ini dalam menu. Dibuat dengan pelbagai jenis sayur-sayuran penuh khasiat dan lapisan perisa yang datang dari rempah seperti lada hitam dan lada cayenne, serbuk kunyit dan serbuk kulit kayu manis. Dan tidak dilupakan juga, bawang putih, yang ditambah ke dalam bro sayur berkuah yang enak dimakan bersama roti.

4. Buddha's Delight

Anda pasti boleh agak asal-usul hidangan ini. Secara tradisionalnya dimakan oleh sami Buddha, ia adalah menu makan malam yang sangat-sangat memuaskan. Dipenuhi dengan cendawan shiitake, kubis dan tang hoon, menjadikannya hidangan vegetarian ideal. Ditambah lagi dengan sos seperti kicap manis yang melengkapkan rasa segar sayur rangup, siapa yang tak suka?

5.  Sayur Naga Hijau & Tauge Masak Tumis Keto

Jangan rasa jelik kalau ada tag keto pada nama. Hidangan ini tetap sedap dengan sayur naga hijau yang dimasak dengan minyak sapi dan sos seakan kicap soya. Potong sayur pendek-pendek, tumis sekejap dan dalam masa setengah jam sudah siap. Kalau anda suka lebih garing dan berjus, dengan lebih banyak tekstur - perhatikan api. Tumis dengan lebih singkat dan anda akan dapat menikmati tauge yang berjus!

6. Jeruk Timun Jepun

Sama seperti kebanyakan makanan Jepun, Jeruk Timun Jepun adalah hidangan berperisa yang mengejutkan. Dibuat ringkas hanya dengan timun yang dihiris nipis, garam, gula, cuka beras dan minyak cili, biasanya dihidangkan secara tradisional sebagai lauk sampingan, tetapi boleh juga dijadikan snek berkhasiat! Mahu rasa yang lebih manis? Anda boleh gunakan timun saiz kecil.

7. Sup Cendawan Tom Kha Vegan Satu Periuk    

Masak makanan Thai versi vegan bermakna menghasilkan perisa tanpa sos ikan. Dapatkan rasa umami dari rumpai laut kombu Jepun dan cendawan tanpa perlu guna daging. Kelapa juga adalah ramuan penting dalam banyak resipi kari dan sup Thai dengan memberikan rasa dan aroma wangi santan kelapa dalam sup cendawan.

8. Sambal Belacan Kangkung

Gabungan rasa pedas dengan sayur memang tak dapat dilupakan. Rasa pes udang pedas dalam Sambal Belacan Kangkung mungkin sedikit masin, tetapi sangat sedap. Hanya dalam satu suap, anda boleh rasa perencah dan kesan rasa di lelangit dan lidah. Pedas dan berperisa? Tak perlu dibincangkan lagi, kami pasti suka!

9. Telur Dadar Jeruk Lobak

Anda mungkin biasa makan telur dadar daging atau telur dadar udang, tapi pernahkah anda cuba Telur Dadar Jeruk Lobak? Kalau belum, hidangan ini wajib dicuba. Walaupun berasal dari China, ia juga digemari oleh orang Singapura dan Malaysia. Hanya dengan beberapa bahan, Telur Dadar Jeruk Lobak atau nama lainnya Chai Poh Neng, mempunyai rasa manis dan masin seimbang. Boleh dimakan bersama nasi atau bubur, dan juga lauk sampingan lain.

10. Kerepek Kale Telur Asin

Sensasi telur asin di Asia kini digandingkan dengan daun kale, dan hasilnya tidak mengecewakan. Makanan berkhasiat ini dibakar dalam mentega, daun kari, cili dan kuning telur asin berperisa umami dan berkrim. Mahukan rasa yang lebih manis? Kami guna gavia, iaitu pengganti gula semula jadi yang jarang digunakan. Tetapi jaga-jaga, anda boleh jadi ketagih menikmatinya dan kerepek ini juga mesra keto.

Kategori:

Ulasan

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.